Tema "Larger Than Life" Batu Jemeki, Turban Pilihan Selebriti ke ABPBH 2011

  No comments    
categories: 
Laluan karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) sekali lagi mendapat perhatian ratusan lensa kamera dengan penampilan puluhan selebriti popular mewarnai malam gilang-gemilang berkenaan.

Seperti biasa juga, perincian mewah seperti batu jemaki berkilauan dan fabrik manik pelbagai warna telah menjadi pilihan untuk menyemarakan penampilan mereka meskipun ada diantara penggunaannya dilihat terlalu berlebih-lebihan.

Ingin lari daripada kebiasaan, ada diantara selebriti yang tampil dengan persalinan yang menggunakan fabrik bulu bagi melempiaskan ritma romantik dan lembut di bawah pancaran cahaya dan di atas laluan karpet merah membara.

Sesuai dengan temanya, Larger Than Life, ada diantara selebriti yang beria-ria dan berani menampilkan persalinan yang ada kalanya tidak masuk akal dan ada diantara rekaan yang nyata memperlihatkan permainan warna anggun lagi berseri.




Sementara itu selebriti seperti Didie Alias dan Wan Maimunah, Heela dan Fiffy Natasya dilihat cukup bersungguh-sungguh tampil dengan persalinan mengikut tema, meskipun ada yang menyifatkan agak keterlaluan atau over the top.




Demam turban yang diperkenalkan penyanyi Yuna sejak Anugerah Industri Muzik yang lalu juga telah menjadi pilihan selebriti popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Natasha Hudson, Ramlah Ram dan juga Enot.




antara pakaian selebriti-selebriti hadir ke ABPBH 2011

Batu Jemeki, Turban Pilihan Selebriti ke ABPBH 2011
Pilihan Stailista ABPBH 2011
Batu Jemeki, Turban Pilihan Selebriti ke ABPBH 2011



Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH25

  No comments    
categories: 

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2011
Aaron Aziz


Penyanyi Lelaki Popular -Hafiz
Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Artis Baru Lelaki Popular - Johan As’ari
Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shilla
Pelakon Filem Lelaki Popular - Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Artis Komedi Lelaki Popular - Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular -  Didie Alias
Pengacara TV Lelaki Popular - Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Artis Duo/Berkumpulan Popular -  3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Sheila Majid
Anugerah Seri Perak - Datuk Siti Nurhaliza 

Madah Persahabatan

  No comments    
categories: 

adorable, amazing, awesome, beautiful, classy

Dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati sahabat boleh diibaratkan dengan binatang yang suka memakan bangkai..bertambah busuk bertambah selera menikmati bangkai tersebut.

Teman boleh diibaratkan dengan pasir-pasir di pantai tapi sahabat yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu..

Teman ketawa diibaratkan bagaikan air di dau keladi walau tercurah tak berkesan tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin akan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terdahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab..

Persahabatan yang begitu erat mempunyai pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya.

Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan 3 waktu.tidak dapat diketahui adakah seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.Tidak dapat dikenal pasti seorang itu berani melainkan waktu berjuang.tidak kenal sahabat melainkan kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi dan saling memahami antara mereka.

Persahabatan yang akrab tidak dapatkan dipsahkan melainkan dengan kematian

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan,
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikanya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya.tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa kan bait-baitnya.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Freebies : Cute Icon Melody Emoticon

  1 comment    
categories: 
art, beautiful, black, black and white, blonde
hai selamat pagi..pagi nie tak tahu nak tulis entry ape so belek-belek ada entry tak publish lagi..nah 
Freebies : Cute Icon Melody Emoticon  
dah berzaman dalam draft..untuk copy sila ctrl + C tau..
bile lah aku boleh dapat galaxy tab nie..erkkk tibe-tibe hukhukhuk



http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/ALL%20EMOTICON/melody/mm-001.gif

http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/ALL%20EMOTICON/melody/mm-002.gif

http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/ALL%20EMOTICON/melody/mm-003.gif

http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/ALL%20EMOTICON/melody/mm-004.gif

http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/ALL%20EMOTICON/melody/mm-005.gif

http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/ALL%20EMOTICON/melody/mm-006.gif

http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/ALL%20EMOTICON/melody/mm-007.gif


http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/ALL%20EMOTICON/melody/mm-008.gif


azni awak nanti kawen nak letak bape duit hantaran???

  No comments    
categories: ,

boy, girl, marriage, marry, text

azni awak nanti kawen nak letak bape duit hantaran???


aku erkkk??? muka dah blurr....
adehhh soalan cepu cemas neh..acane aku nak jawab nie..

ahhh diam itu lebih baik dari berkata-kata kan..
haa nak selamatkan keadaan lah kononya...aik cane plak ley timbul sal hantaran nie??haaa tadi lepas lunch masuk ofis tibe-tibe enche nasir masuk ofis tanye kak nam..lina,,awak dulu bape duit hantaran..

kak nam : "7.."
en nasir : "oo tahun bila tue.."
kak nam : "2 tahun lepas.."
en nasir : "zamani 12k azhari 10k..sume dah main 5 angka..saya ada 3 org anak lelaki,,esok time saya puaslah saya..bape ribu pulak tue"

aku menyampuklah.."alahhh zamani tue standard lah isteri dia doktor.."

kak baha pulak sambung "alah budak-budak sekarang bertunang pun dah ada hantaran ipad inikan pulak kawen.."

okay ini bukan sketsa clover ye..

***************************************************************


sebenarnya aku nak cakap..hantaran tue sebenarnya tak wajib pun..kalau pihak lelaki tue berkemampuan so dia boleh lah bagi hantaran..sebabnya  Mahar atau Mas Kahwin  adalah sejumlah nilai yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri , sama ada semasa akad nikah mahupun sesudahnya, samada disebutkan ketika akad mahupun tidak.


Orang ramai selalu tidak dapat membezakan antara mahar dan hantaran. hantaran adalah semata-mata adat melayu yang islam tidak melarangnya, ianya boleh dianggap sebagai hadiah dari pihak suami kepada pihak isteri, oleh itu, sepatutnya hantaran tidaklah boleh menjadi terlalu mahal kerana ianya bukanlah hak wajib yang perlu diberikan, ianya sekadar hadiah.


dalam islam pun dah bagitau hanya ada istilah Mahar atau Mas Kahwin sahaja. Tidak ada apa yang dikenali kini dengan HANTARAN. Jauh sekali istilah serba satu, seba dualah, belanja hangus lah dan macam-macam istilah yang hanya memeningkan kepala pengantin lelaki sahaja yang WAJIB kepada pengantin lelaki sediakan, barulah kita kembali kepada aksesori terkininya iaitu hantaran.Yang WAJIB kepada Pengantin Lelaki ialah  Mahar atau Mas Kahwin .


Mas kahwin dalam bahasa agama dikenali dengan enam macam istilah:

Al-Mahr, As-shadaq As-shadaqah, atau fariidhah, An-Nihlah, Al-Hibaa'a, Al-Ajr, Al-Aqr, Al-'alaa'iq.


Kalau dirangkum dari sudut Istilah Fiqh nya bererti: pemberian dari suami kepada isterinya sebagai tanda kesungguhan cinta dan tanggungjawabnya, bukan sebagai bayaran.Mahar adalah syarat sahnya pernikahan, wajib ditunaikan seperti permintaan isteri ( Selama suami mampu ) kalau tidak disebutkan jumlahnya maka mengikuti mahar yang berlaku umum [ Mahar Misil]. Sengaja meninggalkan memberi MAHAR, membatalkan pernikahan. Mahar itu boleh berupa barang atau manfaat seperti mengajarkan membaca, menulis dan sebagainya..eceheceh aku bercakap macam aku dah kawen jekan..eh bukan macam tue..kira macam aku nie mengingatkan aku dan orang lain yang bakal akan mendirikan masjid..kita ape ape keadaan pun kita hendaklah bersederhana..bukan ape kebanyakan masyarakat kini terlalu ghairah menetapkan wang hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi hingga tidak memikirkan impak kepada pasangan yang sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga.Kadar wang hantaran masakini terlalu melambung tinggi, hingga "tidak setimpal" dengan anak gadis berkenaan.


***************************************************************

HANTARAN hanyalah tradisi atau adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan TIDAK ADA 1 dalil pun di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian HANTARAN untuk pengantin wanita.Rasulullah menyarankan agar kita mempermudahkan urusan perkahwinan, dengan merendahkan nilai Mas Kahwin dan menyegerakan walimah atau Kenduri Kahwin. Andai pengantin lelaki dibebani dengan urusan menyediakan Wang Hantaran berupa serba satu, serba dua atau belanja hangus, atau terpaksa menyediakan belanja kenduri, ini satu bebanan yang hanya akan melambatkan proses pernikahan itu.



Kalau pihak Lelaki tidak mampu menyediakan wang Hantaran ini, bermakna tak dapatlah dia kahwin . Tak dapatlah dia berkahwin untuk menjaga kesucian diri dan kemurnian maruahnya?Kekadang, jadi macam satu perlumbaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, perawan manakah yang lebih tinggi nilai hantarannya.. Maka ia telah jauh daripada Ruh Islam yang yang inginkan kita saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, kebajikan & taqwa.


Firman Allah :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa

Nabi SAW bersabda :

“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah”

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” - [al-Adab al-Mufrad, Hadis No: 594 dengan Sanad yang Hasan]


Pada zaman jahiliah, para ibubapa wanita yang berkahwin akan mengambil mas kawin yang diberikan kepada anak-anak mereka, dan tidak memberikannya kepada anak mereka sedikit pun, sepertimana yang berlaku dalam sebahagian masalah hantaran dikalangan orang melayu. akan tetapi, islam datang membawa sinar bahagian kepada golongan wanita. Islam mewajibkan mahar diberikan, dan ianya hanyalah milik mutlak si isteri tanpa dikongsi oleh mana-mana pihak hatta suami dan bapanya sendiri.


Mahar juga menjadi tanda islam mengangkat darjat wanita dan memuliakan mereka, masakan tidak, ianya menjadi tanda kepada si suami untuk mula memberikan hak kepada si isteri sebelum menjalani dunia perkahwinan. ianya, tidak diberikan dalam kebanyakkan agama, tetapi ditonjolkan dengan jelas oleh agama Islam.


***************************************************************


Merujuk kepada amalan dulang-dulang hantaran, ia merupakan adat masyarakat Melayu di Malaysia. Justeru saling memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam.Sekalipun adat, ia memiliki dasar di dalam Islam di mana dulang-dulang tersebut merupakan hadiah di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan.

Diharapkan dengan pertukaran hadiah-hadiah tersebut, ia akan dapat menjalin hubungan silaturrahim dan kasih sayang yang baik di antara kedua-dua keluarga pengantin.Walau bagaimanapun, syarat-syarat hadiah adalah ia diberikan secara ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga di hadapan orang lain.

Oleh itu amalan memberi dan bertukar dulang-dulang hantaran di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan ialah HARUS dan ianya hendaklah dilakukan secara ikhlas, yakni mengharapkan balasan dan keredhaan Allah.


Ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makan mee segera semata-mata untuk menyediakan dulang hantaran.Paling penting, persediaan dulang-dulang hantaran adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang di antara kedua-dua pihak pengantin.

Maka, jangan jadikan ia sumber menunjuk-nunjuk kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain. <— Ada yang terasa tak dengan ayat ni? :)


Betapa banyak majlis pertunangan dan perkahwinan yang dulang-dulang hantarannya diharapkan menjadi sebutan orang, namun selepas itu kehidupan kedua-dua mempelai mahupun hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak tidak seperti yang diharapkan.




love,
aznishamsuddin.


p/s : nasib baik aku penah baca artikel nie dulu sebab tue aku selit-selit dalam entry cepucemas nie..