Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

akhirnya kami..

  No comments    
categories: ,

assalam..

yeayyy tak sabar rasanya nak balik pahang hee..minggu nie insha allah aku ade date dengan kawan-kawan aku mase aku sekolah dulu..siyes kami dah lama tak jumpa..sejak masing-masing sibuk study aku pun sibuk keje makin lama pulak aku tak ketemu dengan mereka..hehehe sebelum nie asyik plan je tapi tak jadi huhu insha allah kalau takde aral melintang jadi lah kali nie..amin...


rindu nak borak-borak nak jalan-jalan sama..wah siyes sekarang nie rasa rindu sangat kat zaman sekolah..takde yang dapat digantikan lagi selain zamn sekolah..huuhuu rindu tak rindu tak??


insha allah kalau aku tak lupa esok macam hari nie aku akan apply cuti untuk fly ke pahang..kami ada date sabtu nie..wahhh !! kat mane pahang tue?? kat temerloh je..hee ada orang temerloh ke?? kalau nak join date kami boley jugak..tapi kena belanje makan huahuahua..tak delah memain je hee..



p/s : aku nak makan roti canai dulu nie hee..

R I N D U ! !

  No comments    
categories: 
6857502141_ae36b34846_z_large

R I N D U ! !..erm sape yang tak pernah R I N D U??sila angkad tangan hehehe..sekarang nie aku tengah R I N D U lah nie..adoii tapi disebabkan atas kekangan yang tak dapat dielakkan aku pendam jelah perasaan ini..

tapi tahukah apa itu R I N D U ! !hahhh tak tahu leteww hehe..meh sini cheq nak habaq sat..

Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.

Bukanlah semua R I N D U  itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana  R I N D U  yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

R I N D U  seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka  R I N D U  akan hadir secara tidak langsung.  R I N D U  juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.



Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan