R I N D U ! !..erm sape yang tak pernah R I N D U??sila angkad tangan hehehe..sekarang nie aku tengah R I N D U lah nie..adoii tapi disebabkan atas kekangan yang tak dapat dielakkan aku pendam jelah perasaan ini..
tapi tahukah apa itu R I N D U ! !hahhh tak tahu leteww hehe..meh sini cheq nak habaq sat..
Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.
Bukanlah semua
R I N D U itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana
R I N D U yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.
R I N D U seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka
R I N D U akan hadir secara tidak langsung.
R I N D U juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.
Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :
“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.
Rindu itu adalahAnugerah dari AllahInsan yang berhati nuraniPunyai rasa rinduRindu pada kedamaianRindu pada ketenanganRindukan kesejahteraanDan juga kebahgiaan
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!