kecoh 2 3 hari nie dengan menu patin buah ikan kelah makan sampai beribu. standard lah harga ikan tu memang mahal pun. kami yang duk kat temerloh nie pun tak mampu nak makan ikan ikan tue. bukan nak cakap ikan tue makan emas ke apa. kalau orang luar tak biasa dengan temerloh ikut dan je makan memang mahal. sebelum makan kena tanya . tak de lah sampai rabak kocek di buatnya. ikan patin bukan ada sejenis je ada 2 3 jenis. ada Buah ada Muncung ada Juara,, hak jual tepi jalan kat pasar tani tue murah lah.. ikan sangkar murah kalau nak murah lagi ikan kolam.. kalau luar dari pahang memang tak tahu beza melainkan dah biasa makan.. kalau ikan kelah tak payah nak berbunyi dah terang terang memang mahal. kalau tak tahu.. cuba search sikit harga pasaran.. kalau belum masak dah rm200 seekor sekilo.. lagi besar lagi berat lagi mahal.. nak mendapatnya pun bukan senang.. bukan semua tempat ada. selalunya ada kawasan air terjun, jeram dan sungai atau aliran deras di kawasan pergunungan.harga pulak ada masa sekarang, harga ikan kelah hidup untuk tujuan makan – restoran ialah RM80/Kg borong - mati dan RM150/Kg borong – hidup. kalau untuk tujuan hiasan antara RM500/Kg ke RM1000/Kg.
sebelum nak komen ke nak marah ke selidik dulu sebelum buat apa-apa..ini tak dah memalukan orang lain.bagi kami lah yang makan dengan yang jual tak salah pun.yang salah nya masyarakat sekeliling asal boleh je anggap yang buruk..padahal dua dua pihak okay je ..
nah baca apa dalam metro hari nie.
‘Mereka sudah setuju’ metro
Kuantan: “Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh.
“Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.
Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.
Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.
HARIS menunjukkan ikan kelah merah yang berharga RM200.
Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.
“Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut.
RESIT yang menjadi kontroversi di FB.
di bawah nie penjelasan dari owner restoran tersebut.
Salam sejahtera...sy owner Kedai ni nak buat penjelasan atas resit ni..terima kasih atas komen2 yg Positif dan negatif...malah ada yg mencemuh dan berburuk sangka..resit ni adalah benar dan pelanggan sy MR. Wong KK telah tempah semua makanan ni utk mkn tengahari bersama kawan2 bikers nya..makanan ni sy adakan atas permintaan beliau..utk makluman saudara dan saudari semua...makanan INI tidak dijual pada hari2 biasa di Kedai kami hanya utk tempahan shj. Bil INI di hantar utk kawannya yg x dpt ikut serta dlm konvoi tersebut..bkn utk menunjuk2...sy agak lmbat menjawab isu INI demi menjaga pelanggan kami dan Cuba menjawab dalam bahasa yg sebaik mungkin...INI ada lah exotic food dan dihidangkan bermasak...tiada masalah mahal or murah Tp makanan yg mahal adalah BG yg mampu..yg x mampu boleh makan patin sangkar shj...kalau free turunlah ke pekan sehari Temerloh utk survey harga ikan2 tersebut...sy ada bil yg mencecah 5k lebih utk tempahan makan...pelanggan kami akan dtg lg bersama2 kawan2nya kerana beliau amat berpuashati atas keaslian hidangan kami..semua gambar2 makanan tersebut dan pelanggan ada di fb sy...boleh terus pm sy atau komen dan sy akan Cuba menjawab sebaik mungkin...sekian terima kasih. En Haris Harley
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.