Semalam air makin naik makin tinggi. Keadaan makin teruk. Pada hari nie Mentakab pula dinaiki air. Risaunya kitorang kat sini. Semalam Erul pergi keluarkan duit tapi rata-rata atm sudah kehabisan duit. Manakala kedai-kedai runcit mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati. Bagi orang ramai terpaksa juga membeli untuk buat bekalan sekiranya banjir melanda kawasan mereka.
Air bersih juga cepat-cepat tadah buat simpanan risau nanti bekalan air bersih ditutup. Elektrik masih ada cuma penuhkan powerbank kot kot nanti takde elektrik. Lilin 2 kotak Erul beli untuk waktu malam sekiranya lektrik tiada.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah