Showing posts with label #MomandDadtobe. Show all posts
Showing posts with label #MomandDadtobe. Show all posts

Kenanga 3 Aras 5 HOSHAS

  2 comments    
categories: , , ,

hai lama tak updated kan ? macam-macam berlaku sepanjang duduk wad tapi tak tau nak cerita yang mana. Hari nie da masuk minggu ketiga azney stay sini. Alhamdulillah dah boleh sesuaikan diri. Aktiviti banyak makan tido je sebab kitorang memang digalakkan banyakkan berehat dari buat benda lain. 

17hb lepas doktor nak tengok perkembangan baby. Dari pagi tunggu lepas doktor pakar round wad. Pukul 1 baru panggil untuk scan.Teruja ke tak tue dah jadi no 2 sebab tak se excited bila kali pertama scan. 

Urmmm kali nie Doktor Liew yang scan perut tengok baby. sambil doktor dok gelek gelek alat scan atas perut tu dan² lah pulak time tu perut nak berbunyi tqpi buat muka tak bersalah jela huhuhu. Harap harap doktor tak dengar hahaha. Doktor tunjuk jantung baby berdegup dengup pada azney yang lain tak paham langsung sebab hitam putih je screen monitor nie huhuhu selepas siap scan soalan yang Azney tanya "Uri saya naik tak?" jawapan dari doktor dengan senyuman "kalau naik pun sikit sangat" . Urm sambil gelak kecil keluar dari bilik. " "Terima Kasih doktor" sebelum meninggalkan bilik scan. Dalam hati ingat nak jugak tau jantina baby tapi bila pikir semula xpela janji semua selamat pun dah kira okay hehehe.

hari esoknya masa doktor pakar round tengok patient, singgah lama pulak kat bed azney. Rupanya doktor Liew nak bagitau yang baby azney besar. so doktor pakar decided suh minum air gula kot² ada kencing manis. huhuhu

lepas doktor pakar dan rakan rakan hehehe keluar dari bilik, azney check la result scan semalam. Baby baru 33 minggu berat dah capai 2.89kg. Berat sangat ke ? huhuhuhu tak pasal-pasal malam tue kena puasa sebab esoknya kena minum air gula untuk kali kedua.


alhamdulillah result air gula keluar, azney normal takde kencing manis. Bacaan semasa puasa 3.9 selepas minum air gula . 4.9. Risau sangat ada kencing manis nanti tak leh dah makan macam-macam. Makanan pun kena catu rasa. Sedih tengok patient lain yang ada kencing manis, Pagi-pagi sarapan dengan roti gandum. Kalau yang normal best la sikit. Boleh bilang berapa kali dorang dapat makanan selain roti gandum huhu. Tak sanggup rasanya.

Hidup kat hospital nie sedikit sebanyak boleh buat kita rasa bersyukur sangat. Bila kita dah biasa makan sedap tido lena tapi bila kat hospital kita takkan dapat sume tu. makanan disediakan dengan ala kadar sayur pun layu rasa ntah tak tau nak decided. bila malam diganggu dengan bunyi bising makcik² cleaner amek sampah la cuci tandas la pastu nurse check jantung baby. huhuhu memang tak selesa. alhamdulillah dapat tido dalam bilik 24jam econ hihi. kat umah pun tak dapat 24 jam econ.

lama da menaip entry nie tapi baru hari nie berpeluang publish. hari nie da masuk minggu ke 39 1 hari. kira tunggu hari lah, sepatutnya 22hb aritu azney dah selamat czer tapi dengan izin Allah pada minggu ke 35 plasenta naik jadi type 1. Alhamdulillah, doktor bagitau Azney boleh bersalin normal. Tapi menjadi kecelaruan pulak sebab baby Azney sihat sangat sebab sekarang nie da hampair 3.5kg. Esok ada tca lagi. Doktor baru bagi keputusan camne. Dalam minggu nie tanda-tanda bersalin tu ada la sikit cam sakit pinggang, kencing makin kerap, perut pun da ke bawah. perut kadang mengeras. Tapi Azney nervous jugak sebab tak pernah ada pengalaman bersalin. Google jela menjadi peneman. Apa-apa pun doakan yang terbaik. 


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Masuk wad 03/11/2015

Jenuh tunggu line ada baru dapat update

Pagi tadi ingat app dengan pakar O&G takde yang serius sekali ambek kena tahan wad terus. Awal 2 bulan dari due date. OMG tak leh bayang camne la kehidupan selama 2 bulan nie dalam wad.Erul cakap Azney boleh rehat dengan aman takde tekanan da huhuhu.


sekarang nie tak tak tau nak buat apa. Nak turun pegi loby bawah pun nurse tak benarkan sebab serius sangat pregnancy problem kali nie. Azney dengan tak makan lagi rasa rugi betul tak melantak dulu sebelum masuk wad. huhuhu


Placenta Previa type IV azney punya kes. Kena tahan wad terus sebab risiko bleeding sangat tinggi. So memang langkah yang terbaik kena tahan wad terus. mari lah berhuhuhuhu


nampak gaya memang tak ke mana-mana la azney selama 2 bulan nie. Planning konon nak pegi Kuantan lepas check up ke laut. Planning nak ke KL 22 hb nanti sebab nak shopping barang baby.  Dalam mimpi je la jawabnya. Yang best tak dapat pergi kenduri anak buah 29hb nanti. Semalam baru je apply cuti untuk kenduri. Last-last hari nie kena tahan wad.



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

#AEJunior : 7Minggu

Pagi nie saje searching tentang perkembangan baby dalam kandungan tetiba jumpa saiz baby pulak. dan yang paling menarik baby azney sekarang nie dah 7 minggu pun besar dye cuma sebesar kacang kuda. rasa cam tak percaya pun ye. sebab keciknya sekarang nie.

menurut info yang azney perolehi minggu ketujuh 

Sekarang panjang embrio dalam 1.25sm, saiz sebiji kacang kuda, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang melompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini.

http://www.babycenter.com.my/a1044230/perkembangan-fetus---hamil-7-minggu#ixzz3Gw3FdMyp


macam menarik je. azney rasa teruja sangat. tak sabar rasanya nak buat buku merah. minggu depan je lagi. Hari tue masa dapat tahu preggy, nurse inform 28hb 10 kena buat buku merah kat Klinik Kesihatan yang terdekat sebab senang berdekatan untuk akan datang.


apa apa pun azney berharap baby dalam kandungan sihat sampai due date nanti. eee tak sabarnyaaaa. cam tak caya je dah jadi Ibu. hahaha oh ye sebelum lupa untuk ibu-ibu yang nak tahu perkembangan baby korang boleh lah klik link nie :) banyak info yang boleh korang ambil tau. hehe









Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

#AEJunior | Alhamdulillah :)



Mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tidak hehe Alhamdulillah azney kini hamil 5 minggu. Hanya Allah je tahu bagaimana perasaan yang azney rasa. Kalau Erul lagi lah. teruja kemain lagi dye. siap paksa-paksa azney beli Pregnancy Test lagi. Dye yakin sangat yang azney mengandung sebab azney ada bagitau yang pinggang azney sakit sakit. pastu period lewat seminggu. mulah lah risau kenapa period tak datang-datang kan. tapi dalam kepala taknak berharap sangat nanti kecewa.



Seminggu sebelum disahkan hamil azney ada mengalami simptom-simptom yang pelik contohnya sakit pinggang. Kalau duduk lama tak boleh. kalau duduk kena bersandar je. pastu yang jadi mangsa erul kena urut belakang. Sampah tak boleh tengok kalau ada sampah mesti nak marah je. yang jadi mangsa erul jugak. kena buang sampah sampaikan tong sampah mesti clear dari sampah.Lagi satu ada rasa sakit kat bahagian bawah perut. rasa macam nak period tapi tak period pun puas lah dok tunggu. Breast rasa sakit tak boleh sentuh langsung. Bau Erul busuk sokmo tak pernah wangi hahaha sebab tue Erul yakin sangat tue.



Alkisahnya dapat tahu hamil tue, rabu lepas kami keluar lunch sama-sama. kemudian kami ke Watson Temerloh Mall untuk cari pregnancy test. siap cakap awal-awal lagi kat erul "kita beli yang paling murah dulu, kot-kot negative takde lah rugi sangat kan " hehehehe. sampai camtu sekali punya lah taknak berharap.Bila masuk tercari-cari lah mane letak pregnancy test tue. sampaikan salah ambil punya lah ingat pregnancy test rupanya termometer check suhu badan hahaha mana la kitorang tahu sebab takde pengalaman hehehe.Nak tanya pekerja Watson malu sebab yang jaga kaunter time tue lelaki hehehe. 







Cari punya cari baru jumpa. Jumpa pulak yang mahal pulak tue. Jenama Clear Blue. memang bagus sebab bila kite test nanti siap keluar result bape minggu kita pregnant.tapi dah bagitahu plan awal tadi cari yang murah so kitorang decide ambil yang paling murah gitu dalam RM7.90 hehe.







lepas buat bayaran ingat nak pusing jalan-jalan dulu tapi erul terus tarik pergi toilet. rupanya dye yang excited nak tahu result. so azney nak taknak masuk lah jugak pergi test sendiri. hehehe bile test keluar camnie result. 






tunjuk kat erul, kemain lebar senyum dye. azney tanya "camnie pregnant ke?" sambil senyum kambing tersipu-sipi "mengandung lah nie, kan ada line camnie. kalau tak caya jom kite pegi check kat klinik pulak" tengok lah kemain excited lagi erul nie.meseg awal-awal staf opis cakap pergi klinik hehehe



sampai klinik terserempak dengan Abang Mat, elok sangat lah lagi senang kerja. Abang Mat kerja kat Klinik Kesihatan Tanjung Lalang sebagai MA so Abang Mat mintak kitorang terus ke kaunter untuk daftar dahulu. lepas daftar terus buat ujian air kencing. Tunggu dalam 5 minit cenggitu dan keputusanya POSITIVE. makin lebar lah senyum erul. "yes yes dah jadi ayah. " cenggitu lah dye.



Sepanjang seminggu nie sakit pinggang memang tak hilang hilang lagi. pastu selera makan pun bertambah-tambah tapi kena control sikit kot-kot nanti ada kencing manis ke. tak nak minum air gula hehe dan effect yang lagi satu sakit kepala yang sangat-sangat. risau pulak ada darah tinggi. Sakit kepala tue pulak bila nak tidor. jadi Erul kena lah picit sikit-sikit kepala bagi relax sikit kalau tak memang susah nak tido sampai menangis nangis.



so sekarang nie dah mula start google apa yang sesuai untuk ibu mengandung makan. apa pantang larang, makanan yang tak boleh makan dan paling excited barang-barang bay hehe. nampak tak betapa terujanya azney hehehe. okay lah nanti azney cerita benda lain pulak nanti takut ada yang terluka. yelah kan rezeki nie tak semua dapat ada yang sekejap dah ada ada yang kena tunggu bertahun tahun. apa apa pun yang azney boleh bagitau rezeki dari Allah nie amanah dari Allah bila bila je Dia boleh ambil. So azney cuma berharap dengan kehadiran rezeki paling indah nie. kehidupan azney dengan erul semakin lengkap dan sempurna.









Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

Rezeki paling INDAH

Alhamdulillah rezeki Allah bagi




Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.