Kenanga 3 Aras 5 HOSHAS

  2 comments    
categories: , , ,

hai lama tak updated kan ? macam-macam berlaku sepanjang duduk wad tapi tak tau nak cerita yang mana. Hari nie da masuk minggu ketiga azney stay sini. Alhamdulillah dah boleh sesuaikan diri. Aktiviti banyak makan tido je sebab kitorang memang digalakkan banyakkan berehat dari buat benda lain. 

17hb lepas doktor nak tengok perkembangan baby. Dari pagi tunggu lepas doktor pakar round wad. Pukul 1 baru panggil untuk scan.Teruja ke tak tue dah jadi no 2 sebab tak se excited bila kali pertama scan. 

Urmmm kali nie Doktor Liew yang scan perut tengok baby. sambil doktor dok gelek gelek alat scan atas perut tu dan² lah pulak time tu perut nak berbunyi tqpi buat muka tak bersalah jela huhuhu. Harap harap doktor tak dengar hahaha. Doktor tunjuk jantung baby berdegup dengup pada azney yang lain tak paham langsung sebab hitam putih je screen monitor nie huhuhu selepas siap scan soalan yang Azney tanya "Uri saya naik tak?" jawapan dari doktor dengan senyuman "kalau naik pun sikit sangat" . Urm sambil gelak kecil keluar dari bilik. " "Terima Kasih doktor" sebelum meninggalkan bilik scan. Dalam hati ingat nak jugak tau jantina baby tapi bila pikir semula xpela janji semua selamat pun dah kira okay hehehe.

hari esoknya masa doktor pakar round tengok patient, singgah lama pulak kat bed azney. Rupanya doktor Liew nak bagitau yang baby azney besar. so doktor pakar decided suh minum air gula kot² ada kencing manis. huhuhu

lepas doktor pakar dan rakan rakan hehehe keluar dari bilik, azney check la result scan semalam. Baby baru 33 minggu berat dah capai 2.89kg. Berat sangat ke ? huhuhuhu tak pasal-pasal malam tue kena puasa sebab esoknya kena minum air gula untuk kali kedua.


alhamdulillah result air gula keluar, azney normal takde kencing manis. Bacaan semasa puasa 3.9 selepas minum air gula . 4.9. Risau sangat ada kencing manis nanti tak leh dah makan macam-macam. Makanan pun kena catu rasa. Sedih tengok patient lain yang ada kencing manis, Pagi-pagi sarapan dengan roti gandum. Kalau yang normal best la sikit. Boleh bilang berapa kali dorang dapat makanan selain roti gandum huhu. Tak sanggup rasanya.

Hidup kat hospital nie sedikit sebanyak boleh buat kita rasa bersyukur sangat. Bila kita dah biasa makan sedap tido lena tapi bila kat hospital kita takkan dapat sume tu. makanan disediakan dengan ala kadar sayur pun layu rasa ntah tak tau nak decided. bila malam diganggu dengan bunyi bising makcik² cleaner amek sampah la cuci tandas la pastu nurse check jantung baby. huhuhu memang tak selesa. alhamdulillah dapat tido dalam bilik 24jam econ hihi. kat umah pun tak dapat 24 jam econ.

lama da menaip entry nie tapi baru hari nie berpeluang publish. hari nie da masuk minggu ke 39 1 hari. kira tunggu hari lah, sepatutnya 22hb aritu azney dah selamat czer tapi dengan izin Allah pada minggu ke 35 plasenta naik jadi type 1. Alhamdulillah, doktor bagitau Azney boleh bersalin normal. Tapi menjadi kecelaruan pulak sebab baby Azney sihat sangat sebab sekarang nie da hampair 3.5kg. Esok ada tca lagi. Doktor baru bagi keputusan camne. Dalam minggu nie tanda-tanda bersalin tu ada la sikit cam sakit pinggang, kencing makin kerap, perut pun da ke bawah. perut kadang mengeras. Tapi Azney nervous jugak sebab tak pernah ada pengalaman bersalin. Google jela menjadi peneman. Apa-apa pun doakan yang terbaik. 


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

2 comments:

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!