Remaja Ditemui Mati Tanpa Kepala

  No comments    

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki ditemui mati dengan kepala terputus di sebuah apartment di Masai,  dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan  Zainuddin berkata, mangsa yang hanya dikenali sebagai Surendra, 19, ditemui mati kira-kira pukul  4 petang di apartmen Vista sini.
Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang penganggur dipercayai ditetak beberapa kali di bahagian badan  dan sekitar leher sehingga putus.
Beliau memberitahu, mangsa dikatakan tinggal bersendirian di rumah  berkenaan.
“Mayat mangsa ditemui di ruang tamu  rumah tersebut dan kami percaya suspek  menggunakan senjata tajam untuk mencederakan dan membunuh mangsa.
“Polis juga tidak menjumpai senjata yang  digunakan bagi kes berkenaan dan kami akan  menjalankan siasatan terperinci berhubung motif  utama kejadian tersebut,” katanya kepada  pemberita di sini.
Roslan berkata, mayat mangsa dihantar ke  Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen  302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan  boleh dijatuhi hukuman mati mandatori,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai  sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkan maklumat di talian hotline  polis 07-2212999 atau mana-mana balai polis  berhampiran.

sumber mynewshub.my

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!