Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..


Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Menangani Masalah Mabuk - Kehamilan


Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat dirumah.




Apa yang menyebabkan mabuk semasa kehamilan?


Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui. Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan. Didapati wanita yang muntah-muntah pada awal kehamilan mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.


Wanita yang hamil kembar dua atau tiga biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, begitu juga dengan wanita yang mengalami ‘kehamilan anggur (molar pregnancy)’ iaitu sejenis kehamilan yang tidak normal. Adalah dianjurkan wanita yang mengalami ‘hyperemesis gravidarum’ gelaran yang diberi kepada wanita yang mengalami mabuk hamil yang sangat teruk, menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan tiada kehamilan kembar ataupun kehamilan anggur. Punca lain yang boleh menyebabkan mabuk hamil yang teruk adalah jangkitan saluran kencing, radang usus dan keracunan makanan.


Wanita dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mereka mengalami muntah yang teruk dan tidak berupaya untuk mengambil makanan atau minuman yang mencukupi.

Berapa lamakah ia akan berpanjangan?

Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.


Kesan mabuk hamil keatas kandungan

Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh mengalami dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis (keadaan di mana asid di dalam badan anik tinggi) atau ‘metabolic acidosis’ dan ini mungkin boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.


Mengalami mabuk hamil- Kenapa Saya?

Majoriti wanita akan mengalami mabuk hamil semasa awal mengandung. Manakala hanya sebahagian kecil (yang bernasib baik) tidak mengalami masalah ini. Gejala ini mungkin teruk dikalangan sesetengah wanita. Antara faktor yang menyebabkan seseorang ibu itu mengalami mabuk hamil yang teruk termasuk:

Mempunyai kandungan kembar
Mempunyai sejarah mabuk hamil pada kandungan lalu
Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami mabuk hamil



Pencetus mabuk semasa hamil


Kadangkala, sesetengah faktor boleh menjadi pencetus kepada mabuk hamil. Diantaranya adalah:

Bauan atau wangian seperti minyak wangi, kopi, asap rokok
Bauan semasa memasak atau menggoreng
Berasa sangat letih
Perasaan gelisah atau risau



Tip untuk mengurangkan mabuk semasa hamil


Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:

Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.

Makan semasa bangun tidur biasanya membantu, contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.

Terus makan sesuatu makanan apabila mengidamkannya (teringinkannya)

Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng

Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya

Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan

Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah

Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.

Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.




Vitamin tambahan

Mengambil multivitamin yang mengandungi piridoksin (vitamin B-6) semasa hamil boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah yang teruk. Dos yang dicadangkan adalah 25-50 mg setiap lapan jam.

Jika anda mendapati vitamin tambahan yang dimakan seperti hematinik (atmbha darah), boleh menambahkan rasa loya, anda boleh memakannya pada waktu malam sebelum tidur. Jika ianya tidak membantu, berbincanglah dengan doktor untuk menukar bentuk vitamin. Vitamin dalam bentuk gel biasanya kurang memberi kesan loya.



Siapakah yang boleh membantu saya berkenaan mabuk hamil ini?

Mempunyai suami dan ahli keluarga yang memahami keadaan ini akan banyak membantu. Walau bagaimanapun, sekiranya gejala ini berkekalan dan susah untuk ditangani, anda harus mendapatkan nasihat dan kaunseling dari klinik yang berdekatan. Anda juga mungkin memerlukan ubat untuk membantu mengurangkan rasa loya dan muntah. Kadang-kadang doktor anda mungkin melakukan ujian darah dan air kencing untuk menilai tahap kesihatan anda.



Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan perubatan?

Anda perlu mendapatkan rawatan jika:
Anda tidak berupaya untuk makan dan minum melebihi 24 jam
Jika gejala-gejala di bawah berlaku bersama muntah-muntah anda

Demam
Cirit birit
Sakit perut
Sakit kepala
(sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan muntah perlu diselidiki)


Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Cuti Panjang !!




Haiiiii assalamualaikum semua



memandangkan hari nie hari terakhir bekerja dalam minggu nie sebab azney akan bercuti selama 7 hari bermula esok sampai 7hb Mei. Perghhhh lama gila kan ?Kenapa cuti lama ??


  • 1HB cuti Hari Buruh
  • 2 HB cuti saje saje
  • 3HB cuti hari ahad Hari Wesak
  • 4HB cuti transfer Hari Wesak
  • 5HB cuti sempena Pilihan Raya Rompin MB Pahang kasi cuti untuk rakyat jelata 
  • 6HB cuti saje-saje lagi
  • 7HB cuti Hol Negeri Pahang


so keluarga Erul nak pergi ke Kelantan esok. Wahhh tak sabar nak jenjalan. Minggu lepas tak jadi ke Langkawi sebab tak berapa nak sihat. Asyik mula muntah meloya je. So duduk rumah jela. Mujur jugak tak apply cuti minggu lepas. Kalau tak memang tak dapat lah cuti saje-saje tue hehehe.


Mood berjalan sudah on.




oh yeahhh para pemenang giveaway sila inbox azney ye sebab tak cukup lagi 2 orang nie.


Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Risau




Azney tak tahu nak mula dari mana. Erm cam ne nak cerita nie. huhuhu. Okay lah pagi tadi Azney rasa tak sedap perut pastu rasa nak muntah. padahal azney dah makan nasi goreng sardin lagi pagi tadi. Beriaaa masak pagi tadi huhuhu . Tapi bila muntah keluar air je. Macam di paksa-paksa pulak keluar dari perut.




Yang azney paling risau sebab Miss P tak datang masuk 3 hari nie. Haishhhh risau pulak nie. Perut rasa cramp je seminggu nie. Sakit kat ari-ari. Pinggang tak de pulak sakit. Bila malam tidur tak lena mesti terjaga je. Bila nak pagi baru boleh tidur.



Sakit kepala dah 2 hari menyerang. berdenyut-denyut kepala, nak makan ubat malas sebab tak nak biasakan makan ubat huhuhu. Bertambah pulak dengan niple sakit kedua-dua belah. nak pakai baju sakitnya lah. Siap warning erul jangan tidur lasak-lasak. Takut terkena breast huhuhuhu.



Agak-agak azney pregnant ke ?? ahhh risau lahhhh. Nak check upt takut kecewa.. T__T



Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Saya adalah seorang insan yang mulia - Siti Aminah Binti Mohamed Tahir

  2 comments    
categories: 





Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia. Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta
sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya. Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya. Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar
Siti Aminah Binti Mohamed Tahir
From: Malaysia




Bukak email tengok ada email dari Siti Aminah Binti Mohamed Tahir nie. mula-mula rasa kesian tapi  bila baca banyak kali macam pelik je ayat. Yang azney tak boleh terima part *Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak di kenali * HAHAHA nampak nauuuu nie email ntah dari sapa-sapa nak menipu je kerjanya. Siap ada dua juta sterling pound tueeee. macam lah azney nie hadap sangat dua juta sterling pound seorang insan yang mulia tidak di kenali. 


Tolong lah jangan hantar email bukan-bukan pada azney. Kalau advertorial ke seronok jugak. ini email macam nie yang nak menipu orang tak payah la. Buat penuh inbox je  huhuhu.




Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang