Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Menangani Masalah Mabuk - Kehamilan


Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat dirumah.




Apa yang menyebabkan mabuk semasa kehamilan?


Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui. Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan. Didapati wanita yang muntah-muntah pada awal kehamilan mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.


Wanita yang hamil kembar dua atau tiga biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, begitu juga dengan wanita yang mengalami ‘kehamilan anggur (molar pregnancy)’ iaitu sejenis kehamilan yang tidak normal. Adalah dianjurkan wanita yang mengalami ‘hyperemesis gravidarum’ gelaran yang diberi kepada wanita yang mengalami mabuk hamil yang sangat teruk, menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan tiada kehamilan kembar ataupun kehamilan anggur. Punca lain yang boleh menyebabkan mabuk hamil yang teruk adalah jangkitan saluran kencing, radang usus dan keracunan makanan.


Wanita dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mereka mengalami muntah yang teruk dan tidak berupaya untuk mengambil makanan atau minuman yang mencukupi.

Berapa lamakah ia akan berpanjangan?

Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.


Kesan mabuk hamil keatas kandungan

Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh mengalami dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis (keadaan di mana asid di dalam badan anik tinggi) atau ‘metabolic acidosis’ dan ini mungkin boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.


Mengalami mabuk hamil- Kenapa Saya?

Majoriti wanita akan mengalami mabuk hamil semasa awal mengandung. Manakala hanya sebahagian kecil (yang bernasib baik) tidak mengalami masalah ini. Gejala ini mungkin teruk dikalangan sesetengah wanita. Antara faktor yang menyebabkan seseorang ibu itu mengalami mabuk hamil yang teruk termasuk:

Mempunyai kandungan kembar
Mempunyai sejarah mabuk hamil pada kandungan lalu
Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami mabuk hamil



Pencetus mabuk semasa hamil


Kadangkala, sesetengah faktor boleh menjadi pencetus kepada mabuk hamil. Diantaranya adalah:

Bauan atau wangian seperti minyak wangi, kopi, asap rokok
Bauan semasa memasak atau menggoreng
Berasa sangat letih
Perasaan gelisah atau risau



Tip untuk mengurangkan mabuk semasa hamil


Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:

Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.

Makan semasa bangun tidur biasanya membantu, contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.

Terus makan sesuatu makanan apabila mengidamkannya (teringinkannya)

Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng

Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya

Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan

Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah

Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.

Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.




Vitamin tambahan

Mengambil multivitamin yang mengandungi piridoksin (vitamin B-6) semasa hamil boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah yang teruk. Dos yang dicadangkan adalah 25-50 mg setiap lapan jam.

Jika anda mendapati vitamin tambahan yang dimakan seperti hematinik (atmbha darah), boleh menambahkan rasa loya, anda boleh memakannya pada waktu malam sebelum tidur. Jika ianya tidak membantu, berbincanglah dengan doktor untuk menukar bentuk vitamin. Vitamin dalam bentuk gel biasanya kurang memberi kesan loya.



Siapakah yang boleh membantu saya berkenaan mabuk hamil ini?

Mempunyai suami dan ahli keluarga yang memahami keadaan ini akan banyak membantu. Walau bagaimanapun, sekiranya gejala ini berkekalan dan susah untuk ditangani, anda harus mendapatkan nasihat dan kaunseling dari klinik yang berdekatan. Anda juga mungkin memerlukan ubat untuk membantu mengurangkan rasa loya dan muntah. Kadang-kadang doktor anda mungkin melakukan ujian darah dan air kencing untuk menilai tahap kesihatan anda.



Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan perubatan?

Anda perlu mendapatkan rawatan jika:
Anda tidak berupaya untuk makan dan minum melebihi 24 jam
Jika gejala-gejala di bawah berlaku bersama muntah-muntah anda

Demam
Cirit birit
Sakit perut
Sakit kepala
(sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan muntah perlu diselidiki)


Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Spontaneous Thursday : Doa untuk Hamil




Doakan saya cepat dapat baby !!


A089
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".Surah Al-Anbiya:21:89

A038
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". Surah Al Imran 3:38



Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

10 Tanda Hamil




Masa Azney mula-mula pregnant dulu kan, Azney pelik jugak dengan perubahan pada diri Azney. Yelah kan tetiba selera makan bertambah-tambah, pinggang sakit-sakit, kepala pening-pening pastu kuat tidur hahaha. Azney pernah kongsi dalam Kronologi "KELAHIRAN" AEJunior . Tetiba teringin nak mengandung lagi. Seronok sangat rasa tapi takde rezeki lagi. Hari isnin baru nie ingat dah mengandung semula sebab period lewat dah 2 hari. Erul suruh tunggu lagi 2 minggu sebab tak nak berharap katanya. Alih-alih hari nie tak rupanya hahahahaha. Bendera Jepun sedang berkibar sekarang nie :P .


Okay jangan buang masa jom kenali tanda-tanda kot-kot korang terhamil ke hahaha. Sebab time pregnant dulu Azney rajin baca kat babycenter.com nie. banyak info yang Azney dapat tahu. Kali nie Azney share apa yang babycenter.com share untuk korang semua pulak hehe. Memang sebijik sebijik apa yang Azney rasa dan lalui selama Azney pregnant dulu. Kalau lah bendera jepun tak berkibar mesti Azney dah mengandung kan ...



1. Mengidam

Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.






2. Warna areola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.





3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.




4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.





5. Keletihan

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.





6. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.




7. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.





8. Mabuk hamil pagi

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.



9. Tidak datang haid

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.



10. Ujian kehamilan yang positif

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini.Tahniah!

sumber --> babycenter.com

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang