#AETravel : Medan | Parapat - Pulau Samosir
by: Nonny No comments
categories: #AE, #AEHoneymoon, #AETravel, #AllAboutUs, Ambarita, Huta Siallagan, Kaum Batak, LoveStoryAzniShafirul, Medan, Medan - Parapat - Pulau Samosir, Tomok
categories: #AE, #AEHoneymoon, #AETravel, #AllAboutUs, Ambarita, Huta Siallagan, Kaum Batak, LoveStoryAzniShafirul, Medan, Medan - Parapat - Pulau Samosir, Tomok
Okay ini sambungan dari hari pertama Azney dan Erul di Medan tapi kali nie kami akan pergi ke Pulau Samosir. Cuaca pagi di hotel sangat nyaman dah gaya kat Cameron Highlands tapi lagi sejuk. Permandangan Danau Toba lagi cantik dari semalam. Kami turun untuk sarapan pukul 7.00 pagi dan menu yang disediakan nasi goreng, meggi goreng, sup sayur, air kopi dan air teh. Selepas makan Azney dengan Erul sibuk jenjalan kawasan hotel sambil bergambar. Semalam tak sempat gambar banyak-banyak sebab sampai pun dah lewat hari hujan pulak tue. Lama jugak kitorang duk habis masa dengan bergambar sementara tunggu orang lain siap sarapan pagi. Pukul 9 cenggitu kitorang checkout meninggalkan Parapat View Hotel menuju ke tempat feri pulak.
Bila sampai kat tempat feri, feri yang disewa khas untuk kitorang dah ready pun. Kitorang cecepat lah naik. Azney dan Erul memilih untuk di bahagian atas sebab terlalu excited kan. Mula-mula kami akan dibawa ke
perkampungan Ambarita yang terletak di Pulau Samosir. Dari hotel kami di Parapat kami harus menyeberanginya dengan feri yang mengambil masa dalam 45 minit. Permandangan Danau Toba cukup cantik. Subahanallah !!! Pulau Samosir nie dikatakan lebih besar dari Singapura tau !! Kebanyakkan penduduk pulau ini adalah daripada suku Batak yang juga merupakan penduduk asal pulau ini. Mereka beragama Kristian hanya sebilangan kecil sahaja beragama Islam.
Oh ya sejarah wujudnya tasik Danau toba nie apabila Danau Toba terhasil daripada adalah bekas Gunung Berapi yang meletus 400 juta tahun dahulu. Gunung Berapi yg meletus ni la yang telah memusnahkan spesis Dinosaur dulu. Danau Toba adalah tasik ke-3 terbesar di dunia dan tasik pertama yang terbesar di Asia Tenggara.. Gunung berapi yang meletus 400 juta tahun dulu, telah menghasilkan kawah ditengahnya, dan kini terbentuk la Tasik semulajadi Danau Toba.. Besar gila tasiknya.. rasa mcm kat laut, tapi bukan laut okay.
Sepanjang perjalanan ke perkampungan Ambarita kami dihiburkan dengan pengamen. Mereka medendangkan kami dengan lagu-lagu. hehe boleh request lagu sekali tau. hehe Selepas tue boleh lah ikhlaskan diri untuk memberi sedikit sumbangan untuk mereka. Pak Ali bagitau apabila sampai Perkampungan Ambarita supaya jalan terus menuju ke Huta Siallagan. Selepas 45 minit kitorang pun sampai di Perkampungan Ambarita untuk ke Huta Siallagan, sepanjang laluan ke Huta Siallagan dipenuhi dengan kedai-kedai menjual cenderamata dan para penjual pula akan menegur dalam bahasa Batak "Horas!"...lebih kurang seperti memberi salam bagi kita orang muslim. Pak Ali cakap kalau nak beli kena pandai menawar kalau dah tawar harga yang kita nak tue jangan tak beli pulak nanti Orang Batak marah. Menurut apa yang Pak Ali cerita Orang Batak sebagai kaum yang memakan orang tapi itu dulu bukan sekarang.
Di Huta Siallagan kami dapat melihat Rumah Adat masyarakat Batak. Rumah Batak merupakan salah satu kebanggaan. Ia mempunyai 3 tingkat. Tingkat bawah merupakan kurungan atau tandas. Tingkat kedua atau tengah sebagai tempat tinggal dan tingkat atas sebagai tempat menyimpan barang-barang atau makanan.
Selain itu masyarakat batak mempercayai bahawa kubur simati di kawasan rumah dan di atas bukit akan lebih dekat dengan Dewa.Dihadapan rumah raja Siallagan terdapat batu batu seperti meja dan kerusi. Batu batu ini dikhabarkan sebagai tempat untuk bermesyuarat. Sebagai contoh sekira ada pesalah maka pesalah akan dibicarakan maka bila didapati bersalah akibat kesalahan berat pesalah akan dipancung dan akan dimakan!.
Seterusnya kami menuju ke kedai-kedai menjual cenderamata sebelum bertolak ke Kampung Tomok. Perjalanan ke Kampung Tomok perlu menaiki feri jugak tetapi jangan risau sebab tak jauh pun hehehe.
Sampai di Kampung Tomok kami terus menuju ke kawasan makam raja-raja suku batak. Untuk memasuki kawasan makam ini pengunjung harus memakai kain selempang yang dinamakan Ulos. Warna merah, hitam dan putih merupakan warna simbolik suku Batak. Di setiap tempat suci mereka pasti akan mempunyai ukiran merah, hitam dan putih.
Ini adalah kawasan makan bagi Raja-Raja Batak di Kampung Tomok.
Pak Ali sedang bercerita tentang makam Raja-raja Batak
Pak Ali sedang bercerita tentang makam Raja-raja Batak
Kemudian aktiviti seterusnya ialah membeli belah oh yeahhh !!! keadaan di kampung Tomok sama jugak dengan Kampung Ambarita. Pandai tawar jimat lah poket anda hehehe.Kemudian Pak Ali bawak kami makan di Restoran Istana II. Betul-betul sebelah Restoran Istana yang tak hala sebab terang-terang letak papan tanda Babi panggang errrr. Ini kalau buat salah masuk memang naya betul lah hahaha.
Habis makan dan solat, kami meneruskan perjalan ke Berastagi. Dengar cerita di sana cuaca lebih sejuk berbanding di Parapat. hehe kira macam di Cameron Highlands lah kalau di negara kita. Perjalanan mengambil masa agak lama dan keadaan jalan memang buat kecut perut betul sebab boleh nampak gaung dari atas bas!!
nie tasik Danau Toba. Cantik kan!!
Sepanjang perjalanan ke Berastagi Azney dapat tengok kecantikkan Danau Toba. Subahanallah cantik sungguh ciptaanMu. Kemudian kami singgah di Siantar untuk menikmati Kopi halia dan pisang goreng. Kawasan nie memang cantik sebab berlatar belakangkan Danau Toba. Walaupun jam sudah pukul 4 cuaca masih sejuk di sini !!!
Seterusnya kami singgah ke air terjun yang terkenal di Danau Toba iaitu Sipiso-piso. Nama ini adalah berikutan airnya yang tajam seperti pisau sekiranya terkena di badan. Walau bagaimanapun,korang mungkin tidak mampu untuk turun sehingga ke airnya kerana parasnya yang tinggi. Kepada yang sanggup, terdapat anak tangga untuk menuruni bukit ini dan tiba di air terjun tersebut.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Brastagi. Kami sampai di Brastagi dalam pukul 8 malam. Sebelum check in kami singgah makan dulu di Green Garden Hotel Berastagi. Selepas makan kami menuju ke hotel yang akan kami bermalam adalah Hotel Mikey Holiday merupakan hotel 4 bintang di Brastagi !!
Selepas check in, Erul mengajak ke bahagian bawah hotel untuk mengambil angin malam. Tetiba terhenti pulak kat pusat karoke hehe. Sebelum berkaroke sempat lagi bermain pool. eh yela kot. sebab tak pernah main pun hehe. Ini pun Erul yang ajak main hahaha.
Mata makin berat badan pun penat . Selepas berkaroke kami pun naik ke bilik untuk beradu. Rasa syok sangat tidur sampai terlewat bangun keesokanya hahaha.
tunggu hari ketiga punya entry okay !!!
#AETravel : Medan | Kualanamu - Parapat 1st Day
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang
"Making" AEJunior
by: Nonny 4 comments
categories: AEJunior, Asid Folid, Asid Folik, Asid Folik Appeton, BabyAE, Parenting, Period Calendar, Pregnancy AE, Pregnancy Diary, Trying To Conceive
categories: AEJunior, Asid Folid, Asid Folik, Asid Folik Appeton, BabyAE, Parenting, Period Calendar, Pregnancy AE, Pregnancy Diary, Trying To Conceive
Hi lepas misscarriage dulu ada jugak Trying To Conceive TTC pregnant. hehe sebab excited nak baby lepas kawen kan. Sape yang kawen tak nak baby. semua orang nak.So lepas misscarriage dulu install application period Calendar. Application nie kira membantu untuk Azney note pada tarikh-tarikh tertentu dan mengetahui tentang kitaran period bulanan. So sedikit sebantak memang membantu selepas missscariage dulu. Kot-kot pregnant boleh la tahu bila tarikh first period bulan lepas. Takde lah main agak-agak je cam check kat KKIA dulu pakai hentam je tarikh. Benda nie nampak macam simple tak penting tapi bagi KKIA penting sebab dorang akan dapat detect due date baby dengan tarikh first period. So mana mana mak bapak nak baby lahir bulan 9 ke bulan 10 ke da boleh usaha pada bulan 1 atau bulan 2.
Application nie boleh download kat play store.Free je pun. hehe
Bagi mak mak yang nak baby, kena lah consume Asid Folik pulak.bukan apa asid folik nie membantu menguatkan rahim dan bagus untuk tumbesaran baby dalam kandungan nanti.
Azney baru je consume Asid Folik nie. Huishhh tak sabar rasanya nak ada baby semula. Umur dah hampir 3 series nie. Kawan kawan umur muda lagi dah ada handbag masing masing. Kita teringin jugak nak ada handbag kan. Azney dengan Erul pulak memang suka kan budak-budak. Walaupun Erul nampak macam tak kisah nak baby awal ke tak tapi bila Azney pregnant dulu diaorang paling excited.
Asid folik yang Azney consume nie jenis Appeton Essentials. Untuk 3 bulan terus. Harga pun tak mahal Rm38.00. Azney beli dekat farmasi Al-Asyifa kat Temerloh. Rasa pun sedap. Makan waktu selepas sarapan pagi.
InsyaAllah kalau consume asid folik, mak mak yang nak baby boleh mengandung. Haaa bukan mak mak je boleh makan. ayah ayah pun boleh ambil tau. bagus untuk tingkatkan kesuburan orang kata hehehe. Tak salah berusaha kan ?.
Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula
mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah
anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang
kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi
manfaat buat kita bersama.
Apa itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.
Mengapa ia PENTING?
- Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
- Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
- Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
- Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
- Sumbing lelangit (cleft palate)
- Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
- Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
- Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
Bila ASID FOLIK perlu diambil?
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
- Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
- Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
- Merawat kesuburan pada lelaki
Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
- Wanita biasa – 400 microgram (0.4 mg) sehari
- Wanita hamil – 600–800 micrograms sehari
SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
- Hati ayam
- Daging, ayam, telur
- Kekacang
- Beras perang, barli, oat
- Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain
Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?
Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.
Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.
sumber: Dr.Zubaidi
Oleh itu tidak salah jika ingin mengambil asid folic
sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk
meningkatkan tahap kesuburan . Kita berusaha ALLAH menentukan.
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang
Whatsapp untuk Pc/Desktop
Hai
rupanya senang je nak guna whatsapp guna pc nie . Semalam sepatah apa tak paham. pastu tadi saje godek-godek kot kot boleh kan. akhirnya lepas try and error berjaya pun.
Bila pikir balik ek eleh ape ke benak sangat semalam tak paham-paham hahaha itu lah nama belajar dari pengalaman hehehe
Okay step pertama bukak laman web nie https://web.whatsapp.com/
step kedua korang bukak whatsapp korang yang dalam henpon . Kemudian tengok gambar bawah nie. ada jumpa yang android, bb, windows bagai kan. pastue ikut step by step dalam gambar nie. Pastu dah siap pun. dah boleh guna kat pc/lappy korang.
rupanya senang je nak guna whatsapp guna pc nie . Semalam sepatah apa tak paham. pastu tadi saje godek-godek kot kot boleh kan. akhirnya lepas try and error berjaya pun.
Bila pikir balik ek eleh ape ke benak sangat semalam tak paham-paham hahaha itu lah nama belajar dari pengalaman hehehe
Okay step pertama bukak laman web nie https://web.whatsapp.com/
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang
Subscribe to:
Posts (Atom)