Showing posts with label Asid Folik. Show all posts
Showing posts with label Asid Folik. Show all posts

"Making" AEJunior




Hi lepas misscarriage dulu ada jugak Trying To Conceive TTC pregnant. hehe sebab excited nak baby lepas kawen kan. Sape yang kawen tak nak baby. semua orang nak.So lepas misscarriage dulu install application period Calendar. Application nie kira membantu untuk Azney note pada tarikh-tarikh tertentu dan mengetahui tentang kitaran period bulanan. So sedikit sebantak memang membantu selepas missscariage dulu. Kot-kot pregnant boleh la tahu bila tarikh first period bulan lepas. Takde lah main agak-agak je cam check kat KKIA dulu pakai hentam je tarikh. Benda nie nampak macam simple tak penting tapi bagi KKIA penting sebab dorang akan dapat detect due date baby dengan tarikh first period. So mana mana mak bapak nak baby lahir bulan 9 ke bulan 10 ke da boleh usaha pada bulan 1 atau bulan 2.


Application nie boleh download kat play store.Free je pun. hehe





Bagi mak mak yang nak baby, kena lah consume Asid Folik pulak.bukan apa asid folik nie membantu menguatkan rahim dan bagus untuk tumbesaran baby dalam kandungan nanti.


Azney baru je consume Asid Folik nie. Huishhh tak sabar rasanya nak ada baby semula. Umur dah hampir 3 series nie. Kawan kawan umur muda lagi dah ada handbag masing masing. Kita teringin jugak nak ada handbag kan. Azney dengan Erul pulak memang suka kan budak-budak. Walaupun Erul nampak macam tak kisah nak baby awal ke tak tapi bila Azney pregnant dulu diaorang paling excited. 



Asid folik yang Azney consume nie jenis Appeton Essentials. Untuk 3 bulan terus. Harga pun tak mahal Rm38.00. Azney beli dekat farmasi Al-Asyifa kat Temerloh. Rasa pun sedap. Makan waktu selepas sarapan pagi.


InsyaAllah kalau consume asid folik, mak mak yang nak baby boleh mengandung. Haaa bukan mak mak je boleh makan. ayah ayah pun boleh ambil tau. bagus untuk tingkatkan kesuburan orang kata hehehe. Tak salah berusaha kan ?.


Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.


Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
  • Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  • Sumbing lelangit (cleft palate)
  • Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  • Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  • Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)


Bila ASID FOLIK perlu diambil?
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.


SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki



Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa – 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil – 600–800 micrograms sehari


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain


Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.
Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim. 

sumber: Dr.Zubaidi

Oleh itu tidak salah jika ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan . Kita berusaha ALLAH menentukan.  


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang