Pengalaman Menghadapi Ujian Fizikal Jawatan Kostabel Wanita Part 1

meh nak cite meh..pakat dekat-dekat rapat-rapat baca apa yang ditulis setelah sekian lama entry yang di kepam berminggu-minggu dalam draft T_T..tapi kali panjang tau ai nak menaip haha..kesian korang kena baca panjang-panjang hahaha..tapi jangan risau sebab entry kali ini ada part 1 dan part 2..hehehe


pernah tengok sini ??kalau pernah mesti tahu apa nak diceritakan hehe..laaa koya betul lah kan kat atas tajuk dah bagi hint dah punggg...huhu sadis T__T walaupun tak lepas tapi bersyukur sebab pernah hadapi camne ujian fizikal untuk jawatan kostabel nie haaa...



awal bulan rasanya kalau tak silap dapat sms dari Kak Su bahagian Sukan & Latihan IPD Temerloh..huhu mati-mati ingat ada orang saje nak memain dengan kita hahaha..



tak balas pun sampai lah terdetik di hati nak usha laman web polis kat sini..sekali check ada nama huhu..cuak habes terus..dua hari lepas tue pergi IPD TEMERLOH amek surat tawaran dekat Kak Su.. :) dengan muka sememeh selamba je masuk cari kat Kak Su..hehehe



sebelum pergi kena prepared untuk ujian ..so kena lah bawak seluar pendek, T-shirt lengan pendek, myKad dan salinan myKad, sijil-sijil yang berkaitan dan salinan sijil-sijil, ballpen, 5 keping gambar errr apa lagi ye huhu .. rasanya tue je..tak payah lah korang nak bawak kasut sukan ke seluar track ke memang tak guna langsung..




kenapa kena pakai seluar pendek ??baju lengan pendek ?? takkan pakai tudung kan?? takkan tak payah pakai kasut sukan?? alaaa malu lahhh nanti ???mesti terbayang-bayang kan..jangan risau ye...sebab nanti dorang akan buat ujian fizikal tue dalam dewan..lepas tue semua perempuan..takde sorang pn lelaki..so lantak korang lah nak seksi camne pun dalam dewan tu huhu..





dannnnnn make sure syarat-syarat kelayakan memang kira layak lah sebelum pergi ujian fizikal nie..Ketinggian  wanita 157 sentimeter tanpa sepatu dan berat minimum 46 untuk perempuan ..kerana apa?? kerana kalau korang yang tak cukup 1cm cam eden nie haaa memang takkan lepas punya walaupun fizikal yang lain korang boleh buat..make sure kan jugak BMI dgn tinggi n berat seimbang..huhu kalau tak kena reject :) kalau berat dah okay sekali pun huhuhu...tapi takpe still cool bebeh hehehe...





pukul 6 lebih dah sampai IPD Raub..huishhh nebes bukan main..sampai-sampai kemain mak ayah hantar anak-anak dorang huhu..ai xpe cik abang yang antarkan hehehe..mula-mula sampai kemain ayu je pakai baju kurung bagai..lepas tue kena tunggu untuk buat pemeriksaan dulu sebelum masuk dewan..huishhh sementara tu sempat lah beramah mesra dengan orang lain..sempat jugak berkenalan hehehe...




lebih kurang 10 minit ramai je yang beratur depan kitorang..dok perkenalkan diri tapi dah lupa sapa nama dorang hewhewhew..nama dipanggil satu-satu..lepas tue kalau nama korang kena panggil korang kena jawab kuat-kuat tau haaa baru boleh jadi polis..bak kata abang polis tue lah..bergegar satu dewan pun tak pe hehehe..



bila nama dipanggil dorang check salinan sijil bagai dengan my Kad korang..betuk ke idok sama ke idok..pastu dorang bagi borang untuk korang isi..borang tue lupa nak snap..ada dalam bonet keta..nanti ai letak ye..bia korang tahu camne rupa borang tersebut hehehe..lepas isi borang korang kena bagi balik kat akak-akak polis tue..lepas bagi tue lah korang kena tukar pakaian..auw auw auw..



jeng jeng nanti kita sambung Part 2 pulak ye hehehe ...



hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Elak penyakit akibat jerebu

  No comments    

TAHUKAH anda fenomena panas yang melanda bumi boleh mendatangkan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan manusia?


Kesan langsung berkaitan dengan peningkatan suhu panas manakala kesan tidak langsung adalah disebabkan cuaca panas seperti kejadian jerebu dan kemarau hingga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air untuk minuman dan pertanian.

Bagi negara yang beriklim khatulistiwa, fenomena cuaca panas tidak menunjukkan kesan yang besar disebabkan adaptasi penduduknya adalah lebih baik berbanding mereka yang menetap di negara beriklim sejuk.

Sebagai contoh, semasa berlaku fenomena El Nino pada 1997 dan 1998, negara kita pernah mencatatkan suhu maksimum sehingga 41 darjah Celsius. Bagaimanapun kesan akibat suhu panas ini adalah tidak begitu ketara.

Kini negara berhadapan dengan masalah jerebu yang boleh menyebabkan penyakit seperti serangan asma, gangguan mata dan jangkitan saluran pernafasan (URTI).

Ketika berlakunya fenomena cuaca panas orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air dengan lebih kerap serta sentiasa menjaga kesihatan badan.

Apa itu jerebu ?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggung jawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu ?

Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
Ozon
Gas Karbon monoksida
Gas Nitrogen dioksida
Sulfur dioksida

Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan Apakah Indeks Pencemaran Udara?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Nilai IPU

Status Kualiti Udara, Diskripsi
0 hingga 50 > Baik
51 - 100 > Sederhana
101 - 200 > Tidak sihat

Kumpulan berisiko mungkin terjejas
201 - 300 > Sangat tidak sihat
Orang ramai terjejas
Lebih daripada 300

Bahaya

Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan ?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan .
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan .
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
Kesukaran untuk bernafas
Serangan jantung
Gatal-gatal pada tekak
Gatal-gatal pada mata
Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
Gatal-gatal pada kulit

Langkah penjagaan
Penutup hidung (nasal mask) mesti digunakan jika indeks pencemar udara (IPU) melebihi 200.
Bagaimanapun bagi mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit lelah, jantung dan paru-paru serta warga emas dan kanak-kanak, adalah dinasihat memakai penutup hidung walaupun IPU lebih rendah daripada itu.
Orang ramai juga dinasihatkan minum air yang banyak, basuh bahagian tubuh terdedah kepada jerebu dan kurangkan aktiviti di luar rumah.Perokok juga dinasihatkan tidak merokok apabila keadaan udara berada pada tahap tidak sihat iaitu IPU melebihi 100. 




hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

#wordless wednesday | Ujian Fizikal Kostabel Wanita

  No comments    
categories: ,





takut nak piiii

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

3rd Annivesary GA Blog

  No comments    
categories: , ,
As-Salam


22 MAY 2013 - 05 MAY 2013



hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Hapdet jugak :)

  No comments    
categories: , , , ,
hai assalamualaikum :)


dah lama rasanya jari jemari nie tak menaip kan hehe :) kalau rajin pun bila join segmen giveaway takpun contest huhuhu sibuk sesangat bila kerja di tempat baru nie..alhamdulillah dah masuk 4 bulan kerja kat sini..suasana kerja yang sangat best dan yang paling takde yang kepohci haha sebab majoriti yang kerja kat sini lelaki so memang betul orang cakap kerja dengan lelaki lebih senang berbanding kerja dengan perempuan..tak payah nak gosip-gosip murahan dekat opis hehe ...



okay memandangkan dah lama tak hapdet kan ape kata letak sedabak gambar dulu hehe ..






bulan nie boleh dikatakan bulan kawen.. sebab banyak sangat dapat undangan perkahwinan ..huhuhu ramai teman -teman sebaya dah kawen..saya? insyaallah bila sampai seru saya selamat lah hehehe..




2 minggu lepas ke Kuantan untuk wedding Nisah&Shahril..kelmarin ke Jerantut untuk Wedding Mimi&Safwan..dan akan datang berderet-deret sampai bulan enam..dah mengalahkan Yb dah..kena datang majlis-majlis rasmi huhuhu..




 

 


minggu nie tak sabar nak ke Lipis pulak..kawan 1 rumah sewa dulu time belajar..nak kawen dah dia..eh eh rasa nak buat entry khas untuk wedding kawan-kawan lah pulak..hehe apa kata nanti saya sambung lagi..kekangan masa sebenarnya nie..kita cite next time kay :)

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

klik iklan nuffnang nak kawen.