Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April

  No comments    
why so serius pulak encek apit kali nie buat segmen huhuhu..
ok sekarang nie nak bagitau kenapa blog she is zaidatulazny's patut ada dalam bloglist enche apit kan..
yang pertama dan julung-julung kalinya blog aku nie blog peribadi sebenarnya..kebanyakan dalam blog aku banyak berkisar tentang perihal kehidupan aku dan perjalanan hidup aku..contoh mana aku pergi apa aku makan..apa aku buat dan macam-macam lagi..
yang kedua pulak blog aku nie pun kira cam blogshop gak lah..sebab kebanyakan income yang aku dapat sebab buat bisnes so kepada sape-sape yang nak beli nak shopping barang-barang kecantikan plus kesihatan boleh lah singgah kat blog aku nie..hehehe insyaallah harga mampu milik semua orang..hehehe

yang ketiganya melalui blog jugak lah aku kenal ramai orang walaupaun dorang tak kenal aku..tapi aku dapat tahu sedikit sebanyak tentang warna warni kehidupan orang lain yang boleh aku  jadikan contoh..aceceh kemain lagi aku yek hahaha..


haaa aku rasa tue jelah..kang membebel banyak-banyak pulak..

amacam apit nak terima idok blog aku nie??


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
zaidatulaznyscorner
Shaz Beauty Care Zaidatulazni Shamsuddin

 klik iklan nuffnang nak kawen.

Segmen: 300 bloggers

  4 comments    
categories: ,



Tarikh tamat @ 3 April 2013 Tepat pada masa 11:59 malam
nak join ???

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
zaidatulaznyscorner
Shaz Beauty Care Zaidatulazni Shamsuddin

 klik iklan nuffnang nak kawen.

Ibu nafi bayi dianiaya

  1 comment    
categories: ,




KOTA BHARU- “Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar seperti yang berlaku terhadapnya,” kata ibu bayi yang didakwa mengalami kecederaan di kaki kanannya, Nurul Wahidah Zulkarnain, 18, ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tempatkan dalam katil khas ketika menerima rawatan di hospital, menyebabkan ramai yang melemparkan tohmahan negatif terhadap pihak HRPZ II.

“Saya dan suami, Mohamad Saiful Naaian, 22, hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai penyebaran gambar anak dalam lama facebook, melalui Pegawai Perhubungan Awam hospital, Zaid Ahmad dalam keadaan kaki kanan anak sulung yang berdarah.

“Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian itu tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam, sehingga mengundang persepsi negatif kepada hospital.

“Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital. 

“Dengan penjelasan ini, saya berharap masyarakat mendapat gambaran jelas tentang kejadian sebenar yang berlaku di hospital dan mengharapkan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar bayi itu tanpa mendapat keizinan pihak hospital,”katanya.

Kelmarin, laman sosial facebook ‘neposan’ menjadi perhatian umum, apabila gambar bayi itu tersebar dan mendapat kecaman ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddian Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan namun akan bertindak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya.

sumber : sinar harian


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
zaidatulaznyscorner
Shaz Beauty Care Zaidatulazni Shamsuddin

 klik iklan nuffnang nak kawen.

Saya nak t shirt blog! Awak nak?

  1 comment    
categories: ,




Design baju yang dikehendaki dan saiz baju.
Saiz M boleh? hehehe

Saya suka Salju Creative kerana saya berpendapat Salju Creative sebuah blog yang berinformasi serta sangat bagus dengan idea-idea tentang kad kahwin, fotografi, banting serta cenderamata..ia amat sesuai untuk anda yang mahu kan sesuatu yang berlainan sempena hari-hari yang bermakna bagi anda semua contohnya untuk hari perkahwinan atau birthday party..selain itu design/idea serta konsep yang sentiasa segar yang mengikuti peredaran masa cukup membuat anda berpuas hati dengan Salju Creative..daaaannn tak lupa juga Salju creative juga merupakan blogger yang ramah mesra dengan pengunjung blog dan liker facebook..tak heran lah kan mengapa Salju Creative menjadi pilihan ramai orang.. =)
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
zaidatulaznyscorner
Shaz Beauty Care Zaidatulazni Shamsuddin

 klik iklan nuffnang nak kawen.

6 produk kecantikan diharamkan

  1 comment    
categories: ,



Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman, berkata enam produk diharamkan berkenaan adalah 

  • Temulawak Whitening Pearl Creamv Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Atika Beuty Renewel Night Cream
  • Chantique Whitening Night Cream
  • Treatment No 1
  • Treatment No 2.

Menurutnya, penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor. “Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit. “Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
zaidatulaznyscorner
Shaz Beauty Care Zaidatulazni Shamsuddin

 klik iklan nuffnang nak kawen.