KEJAM : Penemuaan Mayat Nureffa Sahira

  3 comments    
categories: 


KEJAM !!

manusia yang takde hati perasaan je yang sanggup buat camnie..Allah dah bagi akal otak untuk guna dengan betul tapi mereka...haishhh tak sanggup nak tulis..dah bunuh lepas tue buang dalam tong dram..sungguh kejam..

sedih aku bila baca 

Mayat Kanak-Kanak Dalam Tong Dram


SEMPORNA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.

Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.

"Pebagai usaha mencari Effa gagal sejak hari pertama dia dilaporkan hilang walaupun dengan bantuan penduduk yang mencari di sekitar perkampungan ini.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga begitu terkejut selepas dimaklumkan seorang penduduk penemuan mayat mangsa dalam tong dram berhampiran rumah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mangsa seorang periang dan begitu teruja untuk masuk sekolah bermula Selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Firdaus Francis Abdullah berkata, mayat mangsa yang berpakaian lengkap ditemui tertiarap dalam tong dram berkenaan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Semporna untuk dibedah siasat bagi mengenal punca sebenar kematiannya.

"Pada masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, tetapi polis masih menunggu laporan bedah siasat.

"Jika laporan bedah siasat mendapati ia mempunyai unsur jenayah, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian tampil di Balai Polis Semporna atau menghubungi 089-781244 atau Pegawai Penyiasat Siasatan Asisten Superintendan Zairolnizal Ishak di talian 014-8757455.


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

Usang

  No comments    
categories: 


lama dah tak sentuh blog nie rasanya..dah masuk tahun baru pun..selamat tahun baru semua..2013 dah kan..nampak gayanya usia pun dah bertambah..ape azam untuk tahun nie??haii makin tua lah aku jawabnya..soalan cepu cemas mesti ada nanti..bila nak kawen?yuyu pun dah bertunang..haii makin ramai yang melangkah ke alam yang baru kan..aku je tak lagi..insya allah : )

nak jugak letak gambar hehe -.-

okay kemain lama tak mengadap blog..mood menaip memang ada tapi tak tahu lah sekarang nie ada je kekangan bila nak hapdet blog..so sekarang nie dah rasa macam dah tak tahu nak hapdet dalam blog..haish tak boleh lah cam tue kan..blog nie jelah tempat aku luahkan segala-galanya..macam-macam nak share tapi buat masa nie tak cukup masa..nak tido dulu hehe..insyaallah esok lusa kita hapdet lah hehehe..



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Dah lama tak jumpa kan ..?

  6 comments    
categories: , , ,
dua minggu lepas kami ( saya & enche bakal) pergi ke kuantan..plan sebenar nak pergi Gambang water Park tetapi di saat akhir tak jadi lah pulekss..its ok kami teruskan plan tue terus ke Kuantan..

belum sampai kuantan text membe-membe yang ada kat sana mane tahu boleh jumpa kan hehehe..yess dah dapat sorang..pukul 8 lebih janji nak date dengan membe nie..jumpa dekat Starmall..hehe cakap nak shopping baju enche bakal je tapi alih-alih barang saya yang paling banyak tau..haha biase lah perempuan kan..pantang jumpa SALE hahaha..


bila jumpa mula peluk cium bagai..tak pandang kiri kanan dah time tue..hehe lepas habes shopping membe cakap nak pegi makan..so kami okay jelah kan..phewitt membe bawak pegi Tanjung Lumpur weh..huhu dah lama tak makan sotong celup tepung kat kuantan..rinduuu zaman studi dulu tau...


kemain membe kami, yati nie order makanan..macam-macam..ikap siakap tiga rasa,telur dadar,tomyam campur sotong celup tepung..








semua sekali kena dalam RM61..serius murah thanks yati sebab belanja kitorang hehehe..nanti kami datang kuantan boleh belanja lagi hehehe..


lepas makan yati nak balik dah sebab esok dye kena kerja so tak leh lepak lama-lama..sementara malam masih muda kami pusing - pusing dulu kuantan..mengimbau kenangan lama hehe..yess kuantan lah tempat bersejarah dalam hidup kami sebab kat kuantan lah kami study berjumpa berkawan dan bercintan cintun sampai sekrang..already 4 year almost hehehehe..eceheceh speaking pulak ye..tah betul ke idak haha..


singgah dekat taman kerang sebab tertarik ada aktiviti untuk budak-budak..




lepas puas tengok budak-budak kecik maen kereta kat taman kerang kitorang pun balik sebab badan masing-masing dah penat giler hehe..esok ada banyak planning nak dibuat hehe alang-alang bercuti kan :P


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

26th Birthday Giveaway by ShidaR

  1 comment    
categories: ,




Sayang selasih di tepi perigi,
Di tepi paya si pohon keladi,
Menjunjung kasih, saya iringi,
Doa yang tulus di hari Jadi...


Air sungai tenang mengalir
Burung-burung riang menyanyi
Di ucapkan selamat hari lahir
Moga di panjangkan umur murah rezeki serta sntiasa di berkati...


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

Tak perlu nak burukkan orang lain

  5 comments    



seburuk-buruk aku
tak pernah terlintas dalam hati nak aibkan kau
macam kau buat kat aku
betul ke salah aku tak perlu tahu
bukan hak kau nak judge aku.


kau burukkan aku
sebab kau rasa kau lagi bagus tapi buruk sebenarnya kan
sebab tu kau susah-susah
nak buat aku dan orang lain nampak buruk dan teruk.


kau kata rupa orang tak elok semua
rupa kau tu elok sangat ke?
yakin kat akhirat tak kena bakar muka kau yang 'elok' tu?



walaupun hanya dengan sekelumit
perasaan busuk hati dan benci
itu dah cukup untuk membuatkan
kau lagi tak baik dari semua orang
yang kau kata Tak Baek !!!..


#TakeNote



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!