KEJAM : Penemuaan Mayat Nureffa Sahira

  3 comments    
categories: 


KEJAM !!

manusia yang takde hati perasaan je yang sanggup buat camnie..Allah dah bagi akal otak untuk guna dengan betul tapi mereka...haishhh tak sanggup nak tulis..dah bunuh lepas tue buang dalam tong dram..sungguh kejam..

sedih aku bila baca 

Mayat Kanak-Kanak Dalam Tong Dram


SEMPORNA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.

Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.

"Pebagai usaha mencari Effa gagal sejak hari pertama dia dilaporkan hilang walaupun dengan bantuan penduduk yang mencari di sekitar perkampungan ini.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga begitu terkejut selepas dimaklumkan seorang penduduk penemuan mayat mangsa dalam tong dram berhampiran rumah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mangsa seorang periang dan begitu teruja untuk masuk sekolah bermula Selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Firdaus Francis Abdullah berkata, mayat mangsa yang berpakaian lengkap ditemui tertiarap dalam tong dram berkenaan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Semporna untuk dibedah siasat bagi mengenal punca sebenar kematiannya.

"Pada masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, tetapi polis masih menunggu laporan bedah siasat.

"Jika laporan bedah siasat mendapati ia mempunyai unsur jenayah, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian tampil di Balai Polis Semporna atau menghubungi 089-781244 atau Pegawai Penyiasat Siasatan Asisten Superintendan Zairolnizal Ishak di talian 014-8757455.


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

3 comments:

  1. ish dasyatnya,,sapalah yg kejam buat cmni

    ReplyDelete
  2. kesian betul..apalah salah budak sekecil tu..sampai ada yang tak berperikemanusiaan buat macam2...

    ReplyDelete
  3. orang yang takde hati perasaan je sanggup buat cam tue kan..

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!