Cinta tak semestinya bersama. Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari kita ? Boleh atau tak kita menerima hakikat tu ?
Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang tu atau orang lain. Kalau kita salahkan orang lain, means that kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.
Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura ? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Maybe tu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu, mesti kita nak tengok dia bahagia kan..
Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita..
Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.
Kalau saya sayang, kasih dan cinta pada seseorang tu, bererti saya menerima dia seadanya selagi dia tak mengkasari saya, menyakiti saya dan menjaga segala percakapan dengan saya. Paling tak suka dengan lelaki yang kasar-kasar. Suka yang jenis gentleman, cool, relax je. Kalau kita sayangkan seseorang tu dengan ikhlas, kita tetap sabar dengan dia, kita sanggup berubah untuk dia, terima baik buruk dia, yang mana tak elok kita perbetulkan. Macam saya, kalau saya sayang & cintakan orang tu, saya biarkan je dulu dia nak buat apa, nak pergi mana, dengan siapa. Saya sabar, simpan dulu. Sebab one day dia akan jadi milik kita juga.Yang penting kita adalah yang terakhir untuk dia. Begitulah. Once dah macam tu, and memanglah kita akan setia & jujur dengan dia.
Cinta tu ada jarak masa ke ? Baru kenal ke, dah lama kenal ke, tu ukuran pada cinta ke ? Bagi saya, bila perasaan tu nak hadir, hadirlah. Kalau bercinta bertahun-tahun, kalau bukan jodoh, tak bersama juga. Kalau kenal sehari dua je pun, kalau dah memang jodoh, bersama juga, bahagia juga. Kan ? Jadi takde jarak pengukur. Tapi lagi bagus jika kenal-kenal, memahami antara satu sama lain sebelum mencintai sepenuhnya.
Bercinta lepas kawen. Ermmm sweet kan. Kalau dulu-dulu masa zaman belajar, selalu di beri pendedahan pasal cinta selepas kawen. Dengan saya sendiri nak macam tu juga. Kalau boleh tak nak cinta sebelum kawen. Sebab cinta sebelum kawen ni macam pura-pura. Cinta ialah menyalurkan perasaan itu dengan cara yang halal.Indah kan..
Kalau nak hurai pasal cinta ni, takkan habis. Terlalu banyak.Apa yang saya katakan dalam entry ni, sekarang ni, itu yang saya rasa, yang saya nak sampaikan, yang saya nak share. Current feelings kot. hehe. Kalau faham, fahamlah. Kalau ada yang memahami, memahamilah..
credit to someone..
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."