Jom kenali 9 ayat power perempuan..alaa mesti korang dah biasa dengarkan..hehehe sebab aku pun same jugak kadang-kadang guna ayat-ayat cinta nie..hehehe so boipren-boipren yang kat luar sana tue kalau kalau tengah gaduh ke dating ke awek korang keluar ayat super power nie harap paham lah kenapa ye..hehehehe..
1. Ok. Fine!
awek-awek akan selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.dah geram sangat lah tue kononya hahaha...
2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.
betul kan?? sebab aku lah tue..hehe tak padan dengan diri sendiri..kalau menunggu si pakwe lambat sikit pun dah melenting hehehe..
3. Tak ada apa-apa atau lebih glemer, nothing!
Ayat ini menunjukkan awek-awek sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman..malas nak berbunyi nanti keluar semua kata-kata nista pulak..kecik ati kang si boipren hehehehe..
4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. awek-awek sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat...jangan jadi bebal sangat tau enche boipren,,kitorang memang suka berbunga-bunga sikit ayat..nak bagi kias-kias sikit katekan..hehehehe
5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. awek-awek akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya...mungkin dah takde ayat nak marah enche boipren so jalan terakhir dengan mengeluh kuat-kuat biar enche boipren tahu yang awek dorang dah penat bergaduh dengan korang hehehehe...
6. Tak apa lah
Jika makwe korang berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda ..kira habes sadis dah nie,,makwe korang guna konsep redha je bile korang buat salah padahal dalam hati berasap-asap tau hahahaha...
7. Terima kasih
haaa yang nie aku selau guna hehehe sebab bile awek-awek korang berterima kasih kepada korang dan jangan persoalkannya. Jawab saja "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak ye!", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab "sama-sama"... hehehehe
8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi awek-awek untuk mengatakan F**K You!...Jadi awas .... jangan dapat ayat ini wahai enche boipren..dah geram sangat-sangat nie kalau awek-awek terkeluar ayat nie tau..
9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri...hehehe kira macam konsep redha jugak lah yang nie hehehe..
Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh makwe-makwe dan terutamanya aku kot hehehehe dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata makwe-makwe dan pakwe-pakwe sekelian??? betul atau tidak .. tepuk dada tanya sama hud hud kihkihkih....