Hari tue kat Starmall kan ??



saje nak update..
gambar nie dah lame simpan tapi sebab rindu kat dye..
sepatutnya tak leh cakap rindu kena simpan je kan..
huhu tapi degil pulak hari nie. nak jugak publish..hahaha









thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin


1st Giveaway By Iena Eliena

  2 comments    
categories: 
click banner untuk join yer..
banyak hadiah yang menarik untuk dimenangi..

HADIAH-HADIAH

Top Referral 

- Busana Muslimah daripada 
Bernilai RM 100 ++

- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena


Tempat Pertama 

- Domain + own domain email selama setahun
- Busana Muslimah Daripada
Bernilai RM 200 ++
- Dua Helai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)



Tempat Kedua

-Busana Muslimah Daripada
Bernilai RM 200 ++

- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)



Tempat Ketiga

-Busana Muslimah Daripada
Bernilai RM 100 ++

- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena

- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)


Tarikh Tamat : 7 Jun 2012
Atau mungkin dipendekkan atau dipanjangkan
mengikut kesibukan cik iena
(^_~)



tagging by Ahmoy Si Merah 

sekarang nie nak tag yang singgah belog nie..
sape??
awak lahh..ye awak yang skodeng belog kiter nie...
selamat berjaya yer..


love,
aznishamsuddin

Spontaneous Thursday#14

  No comments    
categories: 






Jangan terlalu "rajin" mengambil tahu hal peribadi orang lain..
jaga hal peribadi masing-masing..
bayangkan bila hal peribadi kita dicanang merata?
sakit hati bukan?
macam tue jugaklah pihak tersebut merasa..
kita tak tahu bila turn kita pulak nanti..
ambil iktibar dari apa yang orang lain alami..





love,
aznishamsuddin

Alhamdulillah Mogok Lapar Palestine Berakhir

  1 comment    
categories: 



Mogok Lapar Palestin Berakhir 

RAMALLAH – Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain mengingati ‘malapetaka’ apabila Israel diasaskan pada 1948 atau ‘Nakba’.



Israel kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran, kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan.



Nasib tahanan itu adalah satu perkara sensitif kepada penduduk Palestin kerana hampir semua mereka mengenali jiran atau saudara yang pernah dipenjara Israel. Beratus-ratus warga Palestin keluar di dua kota utama itu sambil membawa gambar anggota keluarga yang ditahan Israel.



Beribu-ribu lagi melakukan tunjuk perasaan di bandaraya selatan Hebron yang bertukar menjadi laut merah, putih, hitam dan hijau dengan bendera Palestin dengan mereka meraikan kejayaan menamatkan mogok lapar.



Di Gaza, penduduk Palestin menjerit ‘Allahu Akbar’ dan ‘Alhamdulillah’ menggunakan pembesar suara ketika menyambut persetujuan antara tahanan dan pihak berkuasa penjara Israel.



Selain mengibar bendera, mereka juga mengedarkan manisan dan ada yang melakukan sujud syukur.
Perjanjian itu menamarkan salah satu bantahan terbesar tahanan Palestin apabila dua lelaki memulakan mogok lapar pada 28 Februari lalu dan tidak makan selama 77 hari, mogok lapar paling lama.



Selain itu, 1,600 tahanan Palestin lain, lebih sepertiga daripada bilangan tahanan dan menyertai mogok itu pada 17 April lalu yang berlangsung selama 27 hari.

“Tahanan membuktikan kepada dunia bahawa perut kosong adalah lebih kuat daripada mana-mana pemerintah atau penindas,” kata jurucakap kerajaan Gaza, Fawzi Barhoum.



Kemeriahan juga dibantu sambutan ‘Nakba’. Tarikh 15 Mei adalah detik penduduk Palestin mengingati ‘malapetaka’ apabila beratus ribu lari atau diusir dari kediaman oleh pengganas Israel.



Siren kuat dibunyikan di seluruh bandaraya Ramallah pada waktu tengahari menandakan ulang tahun di mana penduduk meraikannya dengan senyap selama satu minit menjelang perarakan besar di ‘Clock Square.’



Di seluruh bandar itu, kereta mengibarkan bendera hitam membawa gambar satu kunci dan perkataan ‘kembali’ dalam bahasa Inggeris dan Arab untuk mengingati rumah yang ditinggalkan mereka atau dipaksa ditinggalkan dan kini menjadi sebahagian Israel.– AFP

#wordless wednesday Happy Teacher's Day....

  2 comments    
categories: