BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU

  23 comments    
categories: 
BEN ASHAARI


Dah lama tak join Abang Ben Ashaari punya segmen..tiba-tiba rasa nak join sebab :
  • Aku tak tahu kenapa sekarang makin kurang yang berkunjung ke blog aku nie..buruk sangat ke??lambat loading ke?? ermmm ntah lah..puas dah aku memikirkannya..

korang kalau rasa blog aku nie ada kekurangan serta perlu dibaiki sila lah kritik..hehehe..yang penting ikhlas..yang nak join tue sila klik sini


Please Jangan Iri Hati Dengan Aku..

  2 comments    
categories: 


Aku tak tahu nape hamba allah nie dengki bebenor dengan aku..aku nie nak cakap baik take lah baik mane pun..nak cakap jahat tak delah jahat mane pun..nak cakap cantik memang takde lah..sebab aku sedar sape aku..aku tahulah kau cantik tapi tak perlu lah nak berlagak bagi..semua ciptaan ALLAH nie cantik-cantik belaka..dan cantik itu subjektif..lain orang lain pandanganya..ye dokk..


aku belajar pun tak tinggi mane pun..keje pun gaji bukan beribu riban..kau nak jeles jugak ke..hari-hari dok jadi stalker aku..tak penat ke weh..bawak-bawak lah bertaubat..aku tak ganggu hidup kau pun..kenapa perlu iri hati dan dengki mendengki.Tak ada untungnya , menambah dosa lagi ada.


kau ada hidup kau..jaga orang sekeliling kau sudah..jaga famili sendiri sudah..jaga sedara mara kau sudah..dan paling penting jaga diri sendiri k..takut nanti kalau ada orang yang tak suka kat kau sembur kau pulak..aku nie dah penat nak dengar sume tue..orang sekeliling dok bercakap kau macam-macam tapi aku diam jek..malas nak tokok tambah..


aku rasa kalau kau tahu apa yang orang cakap nie ade yang kau hamburkan semuanya kat wall facebook kau..adoy penat lah hari-hari baca post kau yang menyindir-nyindir orang nie..aku yang taknak baca pun dah terpaksa baca..nak remove kau kawan aku..kesian nanti friendlist kau kurang pulak kalau aku remove..mujur kau takde blog kalau ada mesti kurang followers kau kan..hehehe..


ada artikel mengatakan orang yang membiarkan dirinya di kuasai oleh iri dengki hidupnya akan menanggung beban berat yang tidak seharusnya ada. Bayangkan la , setiap kali melihat orang lain yang di dengkinya dengan segala kejayaannya, maka mukanya akan menjadi tertekuk , lidahnya akan sentiasa mengeluarkan sumpah seranah , bibirnya amat berat untuk tersenyum dan yang lebih bahaya lagi , bila hatinya semakin penuh dengan dengki , marah, benci, curiga, kesal, kecewa, resah, dan perasaan² negatif yang lainnya.


Nak ke kehidupan seperti itu? kehidupan yang menyesakkan. Bumi ini luas , jadi jangan di rasakan sempit hanya kerana sikap buruk ini. Seperti layaknya penyakit, ketika di pelihara akan mendatangkan penyakit lainnya. Demikian pula penyakit hati yang bernama iri dengki. Bila tidak di hilangkan , ia akan mengundang pelbagai penyakit lainnya. Tak guna berdengki kerana ia akan menyusahkan diri. Belajar la bersaing dengan cara yang sihat , jadikan kejayaan orang lain itu sebagai satu cabaran buat kita untuk turut sama berjaya.


Tidak sesulit mane pun untuk membuat kebaikan dan meraih kemenangan.Cuma jangan biarkan dengki menguasai diri tapi cubalah berlumba dalam keadaan kebaikan..Insyaallah semuanya akan di permudahkan..

Sebab Cinta Harus diupayakan..

  No comments    
categories: 


Suatu kali seorang teman bertanya kepada saya :

“cik, ada 2 pilihan untukmu.

1. Menikah dengan orang yang kau cintai

2. mencintai orang yang kau nikahi

Mana yang kau pilih?”

Saat itu spontan saya memilih yang kedua: mencintai orang yang saya nikahi (menikahi saya).

“Kenapa?”

Hhm… iya ya, kenapa?



Sebab jodoh adalah hal yang pasti, walaupun masih menjadi misteri bagi orang-orang yang belum menemukannya. Sedangkan mencintai adalah hal yang berbeza. Mencintai seseorang saat belum ada hak atasnya, bagaikan seperti menggenggam bara. Jika Allah berkenan menjadikannya pendamping seumur hidup, maka bara itu akan menjelma menjadi energi untuk meciptakan kebersamaan yang indah. Tetapi, jika Allah tidak berkenan mempersatukan, bara itu akan membakar, dan bisa jadi menghanguskan diri sendiri.



Lebih dari itu, pilihan kedua rasanya lebih aman dari berbagai penyakit hati, yang boleh jadi mengotori niat suci menikah kerana Allah.



sweetkan..indahnya rasa..


tadi baca benda lain tapi terjumpa yang nie..wahhh rasa tak sabar nak kawin weh..huhu insha allah tahun depan..tapi sebelum tue..orang cakap tak baik bagitau tapi dalam hati nie memberontak jugak suruh bagitahu huhu..semalam enche bakal cakap nak bertunang dengan aku..wahhh terkejutnya aku susahnya nak percaya yang kami bakal bertunang serta bakal berkahwin..minta-minta jodoh yang diaturkan ini menjadi..amin..



Ya Allah
Bila tlah kau catatkan dia akan jadi milikku
Satukanlah hatiku dan hatinya
Titipkanlah kepada kami bahagia yang abadi
Melayari hidup ini dengan redhamu ilahi


Namun bila tlah kau takdirkan dia bukanlah milikku
Bawa jauh dia dari pandanganku.
Lenyapkanlah kebahagiaan saat dia disisiku
Dan pelihara diriku dari kecewa hatiku.


Tenangkanlah hatiku dengan lembut cintamu
Dengan kasih sayangmu.
Agar ku merasakan indahnya kurniamu
Yang kau anugerahkan untukku.


Janganlah kau biarkan aku hidup sendirian
Membawaku di kegelapan dunia.
Maka berikanlah diriku pasangan yang beriman
Agar aku dan dia dapat
Setia tuk menyembahmu.

amin..

Miss rose kosmetik

  No comments    
categories: 
semalam dan hari ini aku tbe-tibe tukar kerja..usahawanita..eh betul ke?? ealah..jual ape?? jual barang kosmetik??macam ne terlibat?? hahaha sebab tolong makcik aku punya kawan..kawan dia nie mak andam..dan dia sangat baik serata banyak mulut..kalau beernorak sampai bila malam pun tak abis..heheh mana barang make up??make up?? hahaha barang-barang dia nie selalau dia guna untuk penganti or dinner ke tunang ke..so dia nak share dengan semua orang sape-sape yang nak jadi pengantin selalu boley lah beli barang dia nie..selalu nya barang-barang dia nie dia cakap guna sikit je nanti dah nampak kesan..

wah berminat tak??kalau berminat nanti boleh search kak innohidayah di facebook dia k..








Jelly tak??hee

  4 comments    
categories: ,
ape rasa??hehe  hari tue pergi Jom Heboh..kebetulan nak balik dan singgah surau dan terjumpa Aiman Hakim Ridza aka Amir Ashraf..seriously dia sangat baik dan peramah..siap ajak bergambar lagi..



  • Nama Penuh : Aiman Hakim bin Ridza Abdoh
  • Tarikh Lahir : 17 Januari 1989
  • Tempat Lahir : Johor Bahru
  • Umur : 23 Tahun
  • Sejak dari lahir Aiman tinggal di johor sehinggalah tahun 1990. Kemudian, dia berpindah ke Pulau Pinang hingga 1994. Bermula tahun 1994 dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya.
  • Selain mempunyai bakat nyanyian, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Aiman pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.
  • Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo. Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.
  • Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia dapat bermain bola sepak bersama pasukan Bayern Munich.
  • Kiranya Aiman ni bukan sahaja hebat dalam bidang nyanyian, malah turut hebat dalam dunia bola sepak serta lakonan..




p/s abaikan saya si kerdil di sisi aiman..