lelaki memang taknak..

  No comments    
categories: 
Tumblr_lok27r7xav1qbd4ndo1_500_large

Perghhh menyirap je rasa darah dari kaki ke kepala..panas betul rasa..
Susah sangat ke na jawab call..
Tue belom yg off henpon ag..
Kalau dapat call xna jawab pastue reject..
Adoii na bincang sumting pn susah..
Mesti ada buad bnda terlarang la tue sampai call xnak angkat...*gerammm gila tahap cipan dah nie..
Kalau xnak diganggu juz sms kita ckp sibuk ad client ke meeting ke..nie tidak rejectnya call..
Tak beradap sungguh..
+
+
+

+
+
+
marah kat enche bakal sebab call taknak jawab & sms taknak balas...


Published with Blogger-droid v2.0.2

#memories : Tayar Motor Pancit..

  2 comments    
categories: , ,
 penah tak bila pegi dating moto car korang pancit atau rosak??aku penah..huahuahua...nie kesah kami time 2 tahun lepas..pegi tengok gajah dekat Kuala gandah..bila sampai sana sume orang naik keta ngan bas..cuma kami je naik moto..dia cakap kalau naik keta nanti ramai yang nak ikut so naik motor jela..tapi sebelum tue pegi Deerland dulu..bestnya kat sini sebab kita boley bagi rusa makan..










ok kami pusing-pusing kat tempat tue..anak gajah yang paling comey k..geram sangat..dan boleh tengok gajah mandi kalau rase berani boleh naik gajah heeeee..bila dah penat kitorang balik..

sampai parking tiba-tiba motor tayar pancit!!!!kesian kitorang tau..

cuba bayangkan kitorang terpaksa naik motor yang dah pancit..lebih kurang 6km..sampai ada makcik tue tegur yang motor kitorang tayar pancit..adoiii malu pulak rasa time tue..

kalau ingat balik mesti senyum sorang-sorang..


p/s : enche bakal kena beli keta besar sebab  na bagi baby cukup team futsal nanti 
picha sume ehsan dari enche gugle..

Published with Blogger-droid v2.0.2

Perghhh 2 minit pun tak sampai...

  2 comments    
categories: ,

morning people..huhuhu walaupun hari nie kena kerja tapi dalam hati punya lah malas..
ermmm..oke,, sekarang nie nak story mory kat korang sume tentang sumting yang aku baru belajar..
semalam pegi birthday party kat umah kawan makteh..disebabkan kekalutan kerana lambat bersiap..so lilit-lit je shawl..tibe-tibe tercipta 1 style yang tak penah kot orang lain buad hehehe..

asyik tiru orang jek kan..hanya guna 2 pin peniti je heeee..ringkas dan tak sampat 2 minit pun na buad style nie..

tadaaa...
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+




Published with Blogger-droid v2.0.2

Mengambil Berat atau Menyibuk?

  4 comments    
categories: 
4c9ead0f12090a157f19cda8bd05d254_large

"Ya Allah, aku bukan mahu menyibuk hal orang, tapi aku mengambil berat. Tapi, aku yang sakit hati kerana aku ini dikatakannya 'menjaga tepi kain orang'." Kalau dirasakan patut saya diperkatakan begitu, terpulang.

Suatu hari, apabila kita mahu mengambil berat, orang itu menyakiti hati kita. Kita mengambil berat tentang hidupnya, bukan rahsia hidupnya (walaupun sesekali kita ambil tahu, dengan maaf). Ikutlah kebaikan mata hati. Mungkin ada sesuatu yang kita tidak harus tahu, tidak perlu. Mungkin ada sesuatu yang harus kita tahu, teruskan menyelami lantas bertindak mengikut kemampuan. Akan tetapi, kita yang mengambil berat hal-hal yang biasa (seperti persekolahan, keadaan kesihatan, pekerjaan) yang dipedulikan oleh masyarakat dikira sebagai penyibuk. Ini tidak masuk akal.

Orang selalu bertanya kepada saya, jarang pula saya katakan mereka penyibuk, melainkan hal-hal yang tidak sepatutnya (seperti keaiban dan maruah).

Suatu perkara perlu kita ambil perhatian dengan semurni pertimbangan. Kita digolongkan sebagai manusia yang tidak beriman jika kita bersikap tidak mempedulikan dan prihatin terhadap keluarga, sahabat, rukun tetangga dan masyarakat. Amalan keprihatinan dan mengambil berat adalah sebahagian aktiviti amar makruf dan nahi munkar serta berupaya menyelamatkan nyawa, akhlak dan emosi manusia.

"Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya."
(Hadis Riwayat Muslim)

"Sesungguhnya Mukminin itu bersaudara. Maka, damaikanlah antara dua saudara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah, semoga kalian dirahmati."
(Surah Al-Hujurat, ayat 10)

Amalan 'menjaga tepi kain orang' mampu meningkatkan persaudaraan. Amalan ini memberi peluang kepada manusia untuk mengenali siapa saudara Islam itu dan masalah hidup mereka. Usaha kita membina semangat kemasyarakatan tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri tidak prihatin dengan insan lain. Oleh yang demikian, umat Islam diseru untuk untuk sama-sama memikul rasa keprihatinan. Barulah wujud semangat persaudaraan.

Bagi umat Islam yang diambil peduli, berterima kasihlah mengikut kemampuan, zahir mahupun batin. Orang yang ikhlas dalam keprihatinan tidak akan meminta terima kasih dan mengharapkan balasan kerana keikhlasannya. Mereka tahu bahawa segala jasa dan budi dibalas sebagai pahala oleh Allah SWT. Akan tetapi, rasa terima kasih adalah sebahagian daripada budi bahasa rakyat Malaysia yang telah lama diterapkan.

"Sesungguhnya segala pemberian ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan usaha amalan kamu diterima dan dihargai oleh Allah."
(Surah Al-Insaan, ayat 22)

Bukankah balasan untuk kebaikan itu tidak lain tidak bukan hanyalah kebaikan?
Jadi, kalau perkara biasa di ambil prihatin terhadap orang itu sebenarnya sungguh baik daripada kita membiarkan orang itu susah atau sedih kerana sesuatu kesukaran. Bukanlah kita menyibuk dasar-dasar kehidupan yang amat mendalam (walaupun ada untuk sesekali). Setakat pertanyaan apa khabar, sakit apa, bagaimana dengan pelajaran dan tindakan kita (yang sekurang-kurangnya berdoa, mengucapkan kata-kata semangat, harapan; kalau kita membantu, itu lebih baik) itu apakah ia suatu kesalahan hanya kerana prihatin atau dalam erti kata lain 'menjaga tepi kain orang'?



Ghibah ( Mengumpat ) Yang Dibenarkan Oleh Islam !!!

  No comments    
categories: 


Sekadar memperingati diri sendiri juga yang sentiasa alpa dengan hasutan nafsu & syaitan.Fenomena ini sentiasa ada di sekeliling kita di mana jua kita berada. Memang sudah menjadi lumrah, di kalangan masyarakat kita yang masing- masing mempunyai (P.h.D) PERASAAN HASAD DENGKI, pantang melihat kelebihan mahu pun kejayaan orang lain, maka wujudlah konspirasi untuk menjatuhkan orang. Pelbagai agenda disusun rapi, salah satu ‘peluru’ yang paling popular digunakan ialah melalui hasutan. Tidak kurang juga bagi yang terlalu banyak mempunyai masa terluang dengan mengisikan aktiviti jaringan kemasyarakatan dengan bergossip sambil bercicah mangga bersama kicap belacan.Tetapi tahukah kita??????


Ghibah (Mengumpat)
Apakah ghibah atau mengumpat ? Iaitu mengucapkan perkataan (atau dengan gerak badan, mata, tulisan dan sebagainya) sesuatu yang tidak disukai pada diri orang lain. Tidak kira samada yang tidak disenangi itu ada pada tubuh badannya, gerak lakunya, agamanya dan sebagainya.
Menurut Imam al-Ghazali, definasi ini adalah yang telah diijma’kan oleh kaum muslimin (tiada seorang pun membangkang). Maksudnya, mereka bersepakat mengatakan bahawa inilah dia definasi ghibah. Ghibah, dalam bahasa Melayu kita disebut mengumpat. Iaitu menceritakan keburukan orang lain di belakangnya.



Hukum Ghibah (Mengumpat)
Umat Islam seluruhnya juga telah ijma’ mengatakan bahawa hukum ghibah adalah haram. Namun Imam Al-Ghazali telah menggariskan beberapa jenis Ghibah yang dibenarkan dalam Islam. Atas alasan-alasan syarak ia diperbolehkan. Apakah alasan syarak itu. Iaitu mahu mencapai satu-satu tujuan yang benar menurut pertimbangan syarak, di mana jika tidak melalui cara itu tujuan itu tak mungkin akan tercapai. Walaubagaimanapun, jika ada cara lain seboleh-bolehnya gunakan cara berkenaan. Elakkan ghibah.


Untuk membela diri. Adalah dibenarkan jika:
Atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak
Jika tiada jalan lain melainkan dengan membuka aib orang lain.

Contohnya, anda telah dituduh mencuri, sedangkan anda tahu siapa yang mencuri. Anda terpaksa mempertahankan diri dengan berkata benar. Ini biasa berlaku di mahkamah. Mahkamah terpaksa membuka aib mereka yang terbabit untuk tujuan yang dibenarkan oleh syarak, iaitu membuktikan benar atau salahnya orang yang dituduh (mencari penjenayah).


Di senaraikan enam tempat yang dibenarkan Ghibah.


Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung & sebagainyanya kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.


Kedua: Mahu mencegah kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti kita melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan kita membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat).Kita hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Kita dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.


Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. “Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?”


Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada kita meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan kita tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan lemah agamanya. Jika memadai dengan kata ‘JANGAN’, hendaklah kita mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah kita membuka aibnya.


Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikan, bid’ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.


Keenam: Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan itu, elakkan..


Dalil:
Firman Allah Taala:
“Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, kecuali dari orang-orang yang teraniaya…” (al-Nisaa’, ayat 148)

Hadis:
“Aisyah r.a. berkata: Seseorang datang minta izin kepada nabi s.a.w. (masuk ke rumah). Lalu nabi s.a.w. bersabda: Izinkanlah. Dia adalah sejahat-jahat orang di kalangan kaumnya.” (riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis:
“Aisyah r.a. berkata: Hindun binti Uthbah (isteri Abu Sufian) berkata kepada nabi s.a.w.: Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut dan tidak memberi cukup belanja kepada ku dan anak-anakku, kecuali kalau saya ambil di luar pengetahuannya. Nabi s.a.w. menjawab: Ambillah secukupmu dan ank-anakmu dengan sederhana.” (Riwayat Bukhari & Muslim)


Hadis:
“Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi s.a.w. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. ada menceritakan keburukan orang lain untuk mencapai maksud yang dibenarkan oleh syarak. Dan tiada pilihan lain melainkan memberitahu aib orang berkenaan.
Wallahu’alam..


Rujukan:
Untuk mengetahui lebih lanjut dan terprinci lagi mengenai ghibah sila rujuk al-Ihya’ Ulumuddin – al-Ghazali & al-Azkar – Imam al-Nawawi.Untuk mereka yang tidak dapat membaca kitab asalnya yang berbahasa Arab, bolehlah dapatkan terjemahan kedua-duanya.

takzirah jumaat