Showing posts with label secondhand. Show all posts
Showing posts with label secondhand. Show all posts

Pinjaman Sewa Beli Kereta Maksimum 7 Tahun, Down Payment 20%


Satu isu yang terbaru melanda Malaysia hari ini. Ada maklumat yang menyatakan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menghantar notis kepada bank bank di Malaysia untuk melaksanakan peraturan baru didalampinjaman sewa beli kereta kenderaan bermula dan berkuatkuasa pada September 2013. Tujuan peraturan baru ini adalah untuk mengatasi masalah kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia yang dilihat semakin membimbangkan. 3 Jenis hutang yang membimbangkan di Malaysia adalah hutang pinjaman perumahan, kenderaan dan juga pinjaman peribadi.

Jika maklumat tersebut benar, maka setiap pembeli kereta baharu hanya boleh membuat pinjaman maksimum 7 tahun sahaja berbanding 9 tahun sekarang, dengan bayaran muka pula meningkat sehingga 20 peratus berbanding hanya 10 peratus ketika ini.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh BNM bagi mengetatkan syarat-syarat sewa beli kenderaan baharu selepas ini ialah bagi mengurangkan beban hutang isi rumah rakyat Malaysia yang kini begitu tinggi, kebanyakannya disumbangkan oleh hutang membeli kereta.

Ada pro dan kontranya dengan syarat-syarat pinjaman sewa beli kenderaan yang diperketatkan itu. Salah satunya ialah bilangan pembeli yang mampu membeli kereta baharu akan turun dengan mendadak, seterusnya akan menjejaskan sektor automotif negara.

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan mahupun BNM sendiri mengenai perkara tersebut, namun dipercayai kebanyakan rakyat Malaysia pastinya tidak akan bersetuju dengan keputusan yang bakal dilakukan itu.

Sebelum ini BNM turut mengetatkan syarat-syarat pinjaman peribadi daripada 20 tahun tempoh pinjaman kepada hanya 10 tahun sahaja. Ternyata keputusan tersebut mendapat bantahan daripada ramai kakitangan awam dan CUEPACS sendiri.



Pinjaman Sewa Beli Kereta Maksimum 7 Tahun


Aku cuba membuat kira kira ringkas bagi melihat kesan kesan dari perlaksanaan peraturan baru pinjaman sewa beli kereta ini jika dilaksanakan terhadap orang ramai. Lihat kira kira dibawah ini (interets kita letak TETAP);

Kereta Contoh = RM50,000

9 Tahun (10% down payment) (3.5% interest)

a) 10% x RM50K = RM5K (downpayment)

b) Loan = RM50K – 5K = RM45K

c) Interest For 9 Years = RM45K x 3.5% yearly x 9 Years = RM1575 x 9 years = RM14,175

c) Monthly Payment = (RM45K + RM14.175) / 108 month = RM547.92

7 Tahun (20% down payment) (3.5% interest) – Peraturan Baru

a) 20% x RM50K = RM10K (downpayment)

b) Loan = RM50K – 10K = RM40K

c) Interest For 7 Years = RM40K x 3.5% yearly x 7 Years = RM1400 x 7 years = RM9,800

c) Monthly Payment = (RM40K + RM9,800) / 84 month = RM592.86

Peratus Kenaikkan Bayaran Bulanan Baru terhadap skim lama = (592.86-547.92)/547.92 x 100% = 8.2%

Dengan kata lain, dengan kaedah skim pinjaman kenderaan terbaru, para peminjam secara asasnya akan terbeban dengan wang muka/down payment sebanyak 20% tetapi keuntungan pula adalah pendeknya tempoh pinjaman dan hanya kenaikkan 8% sahaja bayaran bulanan/monthly installment dari skim biasa.


credit wanwidget & keretamoto

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.