Showing posts with label Vaginal Examination (VE). Show all posts
Showing posts with label Vaginal Examination (VE). Show all posts

#AEJunior : Threatened Misscarriage | Kronologi "KELAHIRAN" AEJunior



Assalamualaikum


AEJunior dah berusia 11 minggu sepatutnya tapi mungkin bukan rezeki azney dengan erul lagi, Azney keguguran pada minggu ke 8. Tapi takpe kami memang redha dengan kehilangan AEJunior. Mungkin bukan rezeki kami. Boleh cuba lagi haha macam erul cakap “yang penting b subur hehe”. Sedih tetap ada tapi takkan nak sedih sepanjang masa kan. Azney syukur sangat sebab sempat merasa menjadi ibu selama 8 minggu. Macam-macam azney rasa bila menjadi ibu. Antaranya sakit belakang , selera makan bertambah, pening-pening, dari rajin ke malas melampau (hahaha tak de lah rajin sangat-sangat) pastu selalu bau erul busuk hahaha dan erul pun sempat rasa pengalaman bila jadi ayah sebab aritu dia muntah-muntah.


Camne boleh keguguran? aikk bila pregnant?? hehehe  Ada yang tahu ada yang tak berita nie sebab kitorang tak nak kecoh-kecoh sangat kenkonon bajet retisss. Masa pregnant hari tu pun tak bagitau sape-sape pun. Keluarga terdekat je yang tahu sebab nak buat surprises bila buku merah siap tapi tak sempat nak buat baby dah keluar 27 10 2014. sepatutnya azney kena buat buku merah pada 28 10 2014. Baby tak sabar sangat nak keluar. Okay takpe ibu bagi AeJunior keluar lah cenggitu.hehehe


KRONOLOGI "KELAHIRAN" AEJUNIOR

23 10 2014

Lebih kurang dalam pukul 7.30 masa tue nak mandi. Pastu tetiba rasa cam panties basah. Cepat-cepat tengok. Ada darah tapi takde lah banyak cam darah mula-mula nak period tue. Warna coklat coklat. Mesej erul suruh balik rumah. Ermmm haram sebab henpon erul tak bawak pulak. Erm lepas siap mandi baru Erul balik. Cepat-cepat bagitau ada darah. Dye lagi lah terus text kakak angkat dye, Kak Anne. Kak Anne nie nurse kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. So memang senang lah bila ada masalah cenggini. Terus refer pada dye. Kak Anne cakap darah tue maybe baby baru nak menempel kat rahim so tue yang keluar darah tapi kalau darah banyak keluar cepat-cepat pergi hospital. Dan pesanan Kak Anne jangan buat kerja berat pastu banyak kan rehat dan tak boleh bersama dengan suami hehehe kesian erul. Pas dengar so takde lah rasa cuak sangat. Boleh lah rilex tengok tv dengan jayanya. 



Malam tue kebetulan erul keluar ada meeting dengan kawan –kawan. So siap order kueh teaw sup sebab teringin sangat nak makan. Sementara tunggu erul balik tengok lah tv. Biasa lah kan tengok tv sensorang mana syok so masuk tido dulu lah. Sedar tak sedar bila erul panggil suruh bukak pintu tengok jam dah pukul 12 lebih. Bangun bukak pintu pastu sengih sengih tengok ada kueh teaw sup. Pegi dapur nak amek sudu garfu. Tetiba rasa ada benda mengalir dari panties. Cepat cepat pegang. Rasa panas pastu tengok ada darah. Kira banyak jugak lah dari yang tadi. Bagitau erul, erul suruh basuh dan siap-siap pergi hospital padahal erul takut darah hahaha. Keja gila betul kelam kabut rumah dibuatnya. Semua terjaga hahaha MIL azney dah kejutkan kakak ipar azney Kak La untuk bawak kitorang ke hospital. Azney dah serba salah sebab dah susahkan orang lain padahal azney ada suami tapi MIL nak jugak Kak La hantarkan. Huuuu terharunya rasa. Kitorang decide terus ke Hospital Sultan Ahmad Shah Bahagian Kecemasan HOSHAS. Dalam kete erul genggam tangan azney cakap kalau takde rezeki kita takpe kita boleh cuba lagi. Azney time tue pana je. Ape benda lah erul nie. Ermmm baru teringat perut ada rasa mengeras jugak 2 3 hari sebelum bleeding. Petang tue dah ada text dengan Kakak Ipar yang duk kelantan bagitau perut tak selesa. Ingat tak serius cam nie huaaaa..






Sampai bahagian kecemasan erul suruh azney tunggu sementara erul daftarkan azney. Tak sempat nak duduk lama-lama nombor dah kena panggil. Macam-macam MA tue tanya sakit apa ada banyak tak darah ada rasa sakit lagi tak. Last last dye cakap tunggu kat luar sampai nombor dipanggil. Erm tunggu punya tunggu kemain lagi lama. Sampai rasa nak tido balik je. Time tu nak kata ramai tue takde lah tapi maybe tak cukup doctor kot hehe fikir positif je. Erul asyik tanya perut sakit lagi tak. Pastu dye sibuk main henpon. Tapi pandai pulak baby nie bila sampai hospital taknak pulak sakit. Aiyoooo… Lebih kurang dalam luar pukul 3 jugak baru dapat jumpa doctor. Doktor interview azney tanya benda yang sama MA tanya. So doctor decided nak scan. Azney rasa lega sikit. Doktor suruh azney baring dulu atas katil sementara doctor ambil peralatan. Ultrasound kalau tak silap namanya hehe.


Pastu doctor letak gel cam gel rambut  kat perut. Sejuk jeeee. Hehe scan punya scan doctor cakap tak nampak nie kena check ikut bawah. Alamak acane nie kena check ikut bawah. Dalam hati dah cuak giler mujur bukan doctor lelaki. Pastu doctor keluarkan barang-barang nak check. Seriau je bila doctor cakap angkat punggung bukak panties pastu kangkang. Haa??? Giler betul rasa. Aiyooo malu giler time tue. Ibarat macam bogel separuh badan huaaaa dan doctor cakap tarik nafas kita akan masukkan alat ikut bawah. Kaki kangkang cam orang bersalin punggung jangan angkat nanti sakit. Dannnn aku redhoooooooooo. Sakit tue tak rasanya tapi rasa cam ngilu. Doctor pun tengok guna torchlight. Yang pasti doctor cakap rahim tutup sambil tue dok godek-godek celup dengan kapas. Dah rasa cam eksperimen je huhuhu. Bila dah siap pastu doctor cakap saya nak masukkan jari nak check lagi haa yang nie nama dye (Vaginal Examination (VE)). Perghhhhh sakit woooo. Bila doctor keluarkan jari dia ada darah. Aku cakap ada luka ke? Haishhh seriau betul doctor tue mujur doctor tu baik hati lagi lemah lembut.


Speculum


Speculum dan Forcep dimasukkan huhuhu


vaginal exam 01 Diari Hamil | Dikorek Dengan Speculum & Forcep!
Vaginal Examination (VE)

Azney ingat dah tamat dah rupanya ada lagi. nak scan ikut bawah lagi tapi guna ultrasound, kaedah nie nama dye Transvaginal ultrasound . perghhh  berdesup je azney rasa bila benda tu masuk ikut bawah tapi tak nampak jugak doktor cakap.Tapi doktor detect Threatened Misscarriage atau bahasa melayunya Ancaman Keguguran.so azney tanya Threatened Misscarriage tue ape. doctor cakap Threatened Misscarriage sebab embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya pastu maybe masalah kromosom juga. Kalau baby lahir jugak maybe baby akan tak sempurna dan cacat. Tapi ada setengah case kandungan akan membesar dengan baik dan sempurna. Baby pun ok. Selalunya yang akan mengalami case cam nie lebih kurang 30% akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. kira azney tergolong dalam 30% tue lah. 






cenggini lah doktor tue buat kat azney untuk scan ikut bawah. seram sehhhh. tapi redho jela. huhu.Pastu doktor buat surat untuk azney supaya refer dengan pakar. So hari 27 10 2014 azney kena datang HOSAS lagi untuk jumpa pakar.Lebih kurang pukul 4 baru balik dari Hospital. memang lama betul urusan kan. Sampai rumah terus makan kue teaw yang erul beli tapi tak hadam ke perut langsung sebab tak sedap hahaha.



24 10 2014-26 10 2014



Hari hari mesti ada darah walaupun tak banyak setiap kali keluar tapi boleh menyebabkan dalam otak nie pikir bukan-bukan. Sepanjang 3 hari nie azney tak buat banyak kerja doctor memang suruh azney rehat. Bukan apa bila azney gerak mesti terasa darah keluar. Hari Jumaat dengan Sabtu azney tak pakai pad pun tapi darah terlalu kerap keluar terpaksa pakai pad jugak sebab sampai nak habis panties dok selalu tukar. Dan tiap-tiap hari lah azney dok google tentang Threatened Misscarriage. Seksa betul nak tunggu hari isnin untuk jumpa pakar.


Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.


Gejala dan symptom
Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:

  • Merah pekat
  • Merah cair
  • Coklat
  • Kadang-kadang sangat sedikit
  • Kadang-kadang berketul darah
  • Sakit belakang
  • Sakit pada ari-ari


Symptom sama je cam azney alami tapi dalam kepala piker positif harap-harap ada harapan. Sabar tunggu hari isnin.Tapi erul paling memahami bila situasi cam nie. Erul sanggup masak untuk azney , suruh azney rehat sampai tido berjam-jam pastu kejap kejap tanya sakit perut lagi tak? Ada darah lagi tak? Sampai erul cakap “ takpe kalau takde rezeki kita kali nie, boleh cuba lagi kan. Kalau ibu sakit cam nie sampai bersalin ,b tak bagi ibu mengandung da kesian b tengok ibu cam nie” auwww sweetnya my hubby huhu tapi azney sengih-sengih jela.





27 10 2014

Pukul 9 lebih dah terpacak kat HOSHAS untuk jumpa Pakar. Memula kena daftar dulu. Tapi nak daftar pun kemain lama nak menunggu. Bila nama dipanggil nurse Cuma ambil berat dan tinggi untuk simpan rekod. Pastu tunggu lagi doctor panggil. Sampai lenguh-lenguh duduk. Tunggu punya tunggu dekat 2 jam baru dapat jumpa doctor.




Bila jumpa doctor benda yang sama yang doctor tanya dengan MA dan Doktor sebelum nie. Azney bagitau lah apa yang azney rasa sebelum dan selepas bleeding cam sakit kat ari ari, perut sakit cam senggugut pastu mengeras je, ada darah warna coklat tapi tak banyak, dan sakit belakang. Doktor tanya last bersama dengan suami bila. Soalan tue pun tanya jugak. Cakap jelah dah seminggu huhuhu. Sambil jelling-jeling Erul hahaha. 



So bermula lah hehehe kena baring sebab doctor nak check perut. Buat Ultrasound nak check baby dalam perut. Habis digelek-gelek atas perut mencari sesuatu tapi tak nampak jugak. Ehemmm Azney sebenarnya dah ready untuk semua nie so time jumpa doctor pakar nie takde lah rasa takut dan nervous. Bila doctor cakap tak nampak azney dah pikir mesti kena scan ikut bawah. Yesss memang betul kena scan ikut bawah. Benda yang sama azney kena lalui sebelum nie. So memang dah tahu tak perlu doctor arahkan apa-apa azney dah buat dulu hehehe.




Kali nie 2 orang doctor pakar perempuan yang buat. Tapi result masih sama sebab tak nampak apa-apa. Erm takpe azney dah tahu dah mengalami sebelum nie. Dan dah tahu pasney mesti masuk jari pulak. Huhu kali nie tak sakit sangat bila masukkan jari tu. Huhu lega sikit. Sebenarnya kalau kita relaks memang tak rasa sakit pun. Rasa macam ada benda gerak je bila dalam rahim kita. Step by step yang sama azney lalui masih tak nampak jangankan baby kantung baby pun tak nampak jugak. Doktor suruh azney tunggu sementara doctor panggil doctor yang lain.




Azney tunggu kat luar dengan Erul, sementara doctor panggil lagi. Tak sampai 5 minit doctor panggil lagi suruh masuk bilik untuk Ultrasound lagi. AZney dah siap baring-baring kira macam memang dah ready je. Sekali yang masuk doctor lelaki cina. Alamak mula lah rasa lain macam je. Tapi mungkin sebab doctor cina tue tahu kot azney dalam keadaan tak selesa. Setiap perkara dye nak buat nak sentuh mesti dye mintak izin dan akan cakap “maaf ye puan”. So rasa lega sikit.



Lepas checkup doktor set appointmen lagi 2 minggu untuk Azney. Dalam tempoh 2 minggu doktor bagi Azney ubat kuatkan rahim untuk kuatkan lagi rahim. Lepas tue pegi Bahagian Farmasi ambil ubat. Ubat kuatkan rahim sebab nak tengok pekembangan dalam tempoh 2 minggu akan datang. Ubat tue nama Dydrogesterone. Ingat nak ambil ubat MiL sekali tapi staff kat situ tak bagi alasannya orang ramai. Okay kena pergi ambil kat Mentakab jugak lah jawabnya. Dapat ubat cepat-cepat balik sebab tak larat sangat. Berjam jam kat hospital. Hampir sehari la kiranya dari pagi sampai petang. Sampai Klinik Mentakab cepat je dapat ubat sebab tak ramai orang dan tak lama lah menunggu kan.



on the way balik rumah bawah perut dengan pinggang Azney da mula rasa sakit. Sakit yang Azney rasa sakit sangat. Sampai keluar air mata tahan sakit. Sampai rumah cecepat je masuk bilik sebab tak tahan sangat nak baring. merengat rengat rasa. Berguling guling atas katil. Ntah pukul berapa terlelap pun tak tahu.

Bukak je mata tengok hari da gelap, tengok jam dah pukul 7 tak lama pastu azan dari surau pulak dengar. Capai towel kenkonon nak mandi. Dalam toilet buang yang patut dulu, tapi kali nie ada darah menitik nitik. Azney tunggu sampai darah habis. Tangan nie dok rajin siram air dalam bowl pastu flush. Baru nak bangun ada benda jatuh dalam bowl. Azney tengok macam darah beku tapi besar. Mujur da flush boleh la ambil kalau tak flush tadi tak sanggup rasanya. Keluar toilet panggil Erul ermmm hampeh penakut dengan darah tak berani tengok dekat. Erul suruh mandi cepat cepat lepas makan pergi hospital. Lepas mandi makan kemas baju kain towel kot kot kena tahan wad ke. 



Sampai HoSHAS buat benda yang sama macam yang Azney bagi tahu tadi sampai lah jumpa doktor. Tapi berbeza kali nie bawak "benda" tue tunjuk kat doktor. Doktor pun sahkan "benda" tue kantung baby. kira macam janin lah. Doktor check scan tengok ada lagi tak tertinggal dalam rahim takut kemungkinan akan datang kalau tertinggal sisa sisa lagi.


Untuk pengesahan lebih detail Azney kena transfer dari Emergency ke Labour Room. Sementara ke Labour Room Azney dengan Erul duduk dalam bilik khas. Siap boleh gelak-gelak borak-borak rasa sakit memang dah tak de. Darah ada sikit je tue pun tak banyak macam biasa.


Datang sorang laki nie bawak wheelchair untuk bawak pesakit. Pesakit tue Azney lah hehehe. Azney naik dan orang tue bawak sampai ke Labour room. Kesian kena tolak Azney . risau beart je huhuhu Sampai kat labour Room dengar suara baby nangis, sayu je rasa dalam hati. Baby Azney tak sempat besar dah takde. time tue rasa nak nangis je Erul tak leh masuk kena tunggu luar. Tapi time sampai semua orang cam kelam kabut. Nurse bagitahu maybe lambat cikit sebab tak cukup staff pastu banyak case. Azney angguk-angguk jela. Cakap tak pe boleh tunggu. Time Azney sampai tue dah pukul 12 rasanya. 



Dalam Labour room tue yang Azney nampak ada 3 orang doktor dan salah sorang doktor lelaki. Azney dah mula cuak sebab malu kalau doktor lalaki yang scan Azney. Oleh sebab terlalu lama sampai berjam-jam Nurse suruh Azney baring dulu atas katil bila doktor free nanti baru doktor akan layan Azney. Baru nak terlelap doktor panggil nak buat scan. Bila tengah scan perut nurse panggil doktor ada case emergency. Mujur dah siap yang tak buat lagi scan ikut bawah je. Nurse cakap kena bangun tunggu kat kerusi depan sebab ada pesakit lain nak scan. Kesian sangat Azney tengok patient tue sebab nak bersalin. jalan baru bukak 3cm tapi perut sakit kena tunggu lagi. Sementara nak scan tue, doktor lelaki panggil Azney mujur nak ambil darah je, ingat nak scan bawah tadi. Doktor yang handle case Azney panggil bila kerja dye dah siap. Sambung balik scan. tapi kali nie scan ikut bawah. Malu betul rasa sebab dalam 1 hari ramai yang tengok huhuhu. Doktor cakap memang takde yang tertinggal so doktor cakap Azney kena masuk wad semalam esok pagi scan lagi sebelum keluar. so ini lah kali kedua Azney masuk wad sepanjang hidup Azney. Pukul 4 lebih Azney siap pastu kena hantar wad untuk semalaman. Erul tak boleh tunggu so Erul kena balik. Kesian suami aku huhuhu



Bangun pagi gosok gigi mandi tak pun sebab towel tak bawak rupanya. hahaha Pukul 9 doktor pakar akan round wad dan interview sikit tentang patient. Part Azney paling best sebab doktor tue cakap "lepas nie scan dan boleh balik." hehe  kemain lagi tak lama pastu Erul sampai bawak sarapan tapi kejap je sebab kena turun semula bukan time melawat lagi. Hospital bagi makan tapi bagi air teh dengn roti sebungkus. mana nak selera hahaha. Tapi bedal jugak akhirnya cuma air teh je tak sebab kena pantang ikut jelah orang tua punya pantang.


Time kena scan memang lah excited sebab nak balik tapi tetiba cuak sebab ramai giler dalam bilik tue. Penuh dengan student praktikal. Mujur scan perut je tue pun dah kira tebal muka rasa.Lepas scan balik ke wad tak lama pastu Erul sampai . Kebetulan Nurse datang lagi tanya "nak MC?? kerja tak semalam? Azney ape lagi cakap lah nak  sambil angguk-angguk kepala hehehe Nurse mintak settle kan payment kat bawah sebelum keluar. Erul cakap kemas lah apa yang patut nanti senang boleh balik.



Taraaaaa dapat MC sampai 8 hari tue yang dapat pergi CH tueee



Lepas Erul bayar kitorang pun checkout dari Hospital. Kemain lagi tahu pakai kain batik pergi  Temerloh Mall makan Nasi Ayam Kak Mala. Order air sunquick tapi tersejuk pulak. last-last Erul yang minum. Kat Foodcourt ramai je jeling-jeling tengok Azney pakai kain batik. Kalau dah pandang tue Azney pun saje je gerak kan tangan biar nampak sikit gelang mahal dari hospital nie. Pelik agaknya tengok orang pakai kain batik datang mall. Ahhh lantak lah hahaha. Maka bermula lah kehidupan Azney sebagai orang yang bersalin tapi tak de baby selama 2 minggu. huhuhu. lama ambil masa menaip entry nie berhari hari tau hehe. Sekarang nie kena tunggu 3 bulan baru boleh ada baby balik sebab kena tunggu kuatkan rahim dulu .





Like fanpage saya












hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang