Sebelum nie Azney ada bagitau yang Azney dapat berita baik. Alhamdulillah Azney telah menghadiri Ujian Medsi serta Temuduga untuk Program Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Hehe tak sangka dah hampir 5 tahun Azney meninggalkan zaman belajar dan bertuah kerana terpilih untuk mengambil Ujian dan temuduga nie. Azney pergi ke UTM sehari sebelum 14HB dengan anak buah Erul , Atiesa memandangkan dia nie belajar kat sana.
Hari sebelum bergerak ke Johor, dokumen dokumen yang wajib ada disediakan. Dokumen yang original dan penting adalah
- Sijil Kelahiran
- Kad Pengenalan
- Diploma/STPM
- Sijil MUET
- Sijil-sijil kokurikulum
- Sijil-sijil berkaitan
**************************************************
Pukul 8 dah terpacak kat Makmal Interaktif UTM. Ujian Medsi mula pukul 8.30 pagi. Slip Medsi dengan alat tulis dah bawak sekali. Tapi bila masuk Makmal Interaktif rupanya guna komputer jawab ujian nie. Hehehe. Dulu pernah sekali ambil Medsi tapi jawab guna kertas dan pensel je. hehe.
Soalan-soalan Ujian Medsi kebanyakannya berkisar tentang diri kita, sikap, minat dan perasaan kita. Kebayakan jawapan adalah YA atau TIDAK. Kira memang senang untuk dijawab tetapi soalan-soalan macam psikologi. Kena pandai jawab sebab kemungkinan soalan 17 akan hampir sama dengan soalan bernombor 3 contohnya. Selepas 1 jam ujian pun tamat. Dalam hati berdebar-debar sebab selepas nie akan ada temuduga pulak. huishhhh risaunya lah.
Calon-calon kena masuk dalam sebuah bilik kuliah untuk menunggu giliran. Temuduga dijalankan dengan 2 orang calon serentak. Maka debaran makin kuat. Kalau berdua maka ada penilaian dari penemuduga. Akan ada perbandingan. Azney dapat nombor last sekali so berpasangan dengan Suziana. Suziana dalam kos lain iaitu elektrik. Tetapi kami boleh berborak macam dah lama kenal je hehe walaupun dia muda beberapa tahun dari Azney.
Sampai giliran kami berdua. Mula-mula masuk bilik temuduga wajib bagi salam dulu. Selepas itu kami dipanggil untuk buat ujian warna dahulu. Selepas itu baru kami mula temuduga. Solan pertama berkaitan tentang latar belakang diri kita tetapi dalam bahasa inggeris. huhuhhuhu menggagau jugak lah nak jawab. tetapi hentam keromo jelah walaupun tergagap-gagap hehe dah lama tak hadapi interview hehehe. Slepas itu giliran Suzianan.
Soalan kedua berkenaan dengan PT3. errrr memang tak study apa-apa tetapi Azney jawab je ape yang Azney rasa logik. hehehe Soalan ketiga berkenaan Kolej Vokasional pulak. Masak-masak sebab soalan yang tak pernah-pernah tahu tentang Kolej Vokasional. Ermmmm ape lagi goreng jela apa yang tahu.
Soalan yang keempat ialah kena mengajar. Azney mengajar tentang insurans sebab Azney memang tak ingat langsung tentang Bahan Binaan. Modul bahan Binaan semester pertama tahun 2007 dulu hahaha. Modul pun dah hanyut dek banjir. huhuhu
Akhirnya tamat pun temuduga Azney. Last sekali kami berdua berpeluang untuk bertanya apa-apa soalan. Azney ambil peluang. Soalan pertama "Kenapa dalam surat tawaran temuduga ada tulis semester II ? soalan kedua "Bila keputusan akan dapat keluar?
Jawapan yang Azney perolehi semester masih pertama tetapi lewat 1 semester kerana semester 1 kemasukan pada bulan September. Tapi kali nie kemasukan bulan Febuari. Jawapan kedua pulak selalunya seminggu atau 2 minggu sebelum daftar di UTM. Kemungkinan tarikh daftar pada 20 Febuari 2015.
Alhamdulillah berakhir sudah temuduga Azney selepas itu cepat-cepat pergi beli tiket bas untuk balik Pahang. Sampai Pahang dalam pukul 8 lebih. Badan penat sangat sampai keesokan harinya terasa lagi penat sebab jalan jauh. Semua berharap Azney dapat masuk UTM nanti tapi Azney masih gundah gulana sebab berjauhan dengan Erul selama 4 tahun. huaaaaaa. Apa-apa pun kita tunggu keputusan nanti !
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang