22-23 Ogos yang lalu Azney berpeluang ke Pulau Pangkor bersama officemate. dan yang paling best sebab disponsor penuh oleh company hehehe. Erul pun sekali join sebab ada kekosongan. Untung kan ! bukan staff pun dapat join hehehe . Kitorang gerak dari Temerloh pada pukul 6.30 pagi dan sampai pada pukul 2 lebih selepas dicampur tolak dengan masa makan dan berhenti di R&R hahaha.
Sampai di Jetty Marina kena tunggu feri ke Pulau Pangkor. Tiket kami pukul 3.00 petang. Perjalanan ke Pulau Pangkor dari Jetty Marina mengambil masa dalam 10 minit cenggitu hehehe. Sampai di Pulau Pangkor ,incharge kami Encik Adnan bawa kami semua makan tengahari dulu sebelum check in di Purnama Beach Resort.
Perjalanan ke resort ambil masa dalam 5 minit dengan menaiki teksi. Teksi comel sangat sebab van berwarna pink hehehe. Rata-rata di sini pelancong akan menggunakan teksi pink nie sebagai pengangkutan utama. Sebuah teksi boleh memuatkan sampai 9 orang penumpang. Selain teksi pink motorsikal dan skuter juga ada disediakan dengan kadar harga yang berpatutan. RM40 skuter RM35 motorsikal.Rata-rata yang lelaki lebih suka menaiki motorsikal untuk ke resort manakala kami yang ladies nie naik lah teksi pink yang comel tue. hehehe
sepanjang perjalanan ke resort dapat lah tengok permandangan laut yang cantik sangat . Geram sangat nak terjun terus dalam laut time tue hehehe
helmet comel bebenor !!
Selepas check in masing-masing masuk ke bilik dan berehat sementara menunggu aktiviti air pada sebelah petang. Azney apa lagi masuk bilik terus lah bersihkan badan sebelum membuta haha. Erul ada aktiviti sendiri apa lagi kalau bukan mandi kolam. huh tak kuasa nak layan badan penat. tido lagi baik hahaha.
Pukul 5 berkumpul di lobi sebelum aktiviti air, Aktiviti petang nie Banana boat , Big Mable dan Jetski . semua dok pakai main aktiviti air nie kecuali Azney dengan isteri bos sebab kitorang jaga barang lagipun keadaan Azney tak mengizinkan time nie huhu sebab tu Erul dapat main sume aktiviti bahagian Azney. Depa sume duk pulun main sampai lah puasa sebelum balik ke resort untuk aktiviti mandi kolam pulak. Haa yang nie Azney boleh join hahaha sebab tak bahaya. Huishhh best betul kolam renang depan bilik je. So tak de lah segan sangat haha. Mula-mula tak nak join tapi bila dah tengok ramai je yang mandi, Azney pun join lah hehehe.
Masing-masing dah puas berendam sume dah penat dah lapar pukul 8 makan malam pulak. Alhamdulillah makan malam pun di sponsor . hahah Azney memula ingat kos pengangkutan dengan penginapan je di tanggung yang lain-lain sendirian berhad rupanya tak. semua kos ditanggung oleh company. wauuuu best kan kali nie bercuti.
kolam depan bilik memang masing-masing teruja
Masing-masing dah puas berendam sume dah penat dah lapar pukul 8 makan malam pulak. Alhamdulillah makan malam pun di sponsor . hahah Azney memula ingat kos pengangkutan dengan penginapan je di tanggung yang lain-lain sendirian berhad rupanya tak. semua kos ditanggung oleh company. wauuuu best kan kali nie bercuti.
lepas makan malam kitorang pusing-pusing pulau dengan menaiki motorsikal yang disewa. Amek angin malam katakan. memang menarik sangat bila kat sini bila malam dah macam kat Phuket je rasa. kiri kanan banyak kedai-kedai cenderamata untuk para pelancong. Tapi sayang tak bawak kamera nak snap huhuhu. Lewat pukul 12 jugak lah baru kitorang balik resort. lepas tue apa lagi. tido lah kan. sebab esok pagi ada aktiviti snorkeling pulak. huishhh tak sabar rasa.
Pagi-pagi lagi dah bangun sebab teruja nak snorkeling di pulau. Pulau mana tak pasti hahaha. Lepas breakfast pukul 9 kami semua pergi ke tepi pantai untuk tunggu bot ambil bawak ke tempat snorkeling.
Best la masing-masing dapat snorkeling sebab Azney dengan Mira tak join sebab Azney tak boleh join aktiviti air sebab keadaan tak mengizinkan. So kami jadi penjaga beg dan hp lah jawabnya. Jadi photographer tak bertauliah kejap hahaha. Tapi tak dapat join pun dapat jugak main air tempat yang cetek, siap dapat bagi ikan makan lagi. huishhh seronoknya. Kitorang di biarkan di pulau selama 2 jam. maknanya snorkeling lah sampai lebam selama 2 jam. Selepas 2 jam nanti ada bot yang akan ambil bawak ke pantai semula.
Dah habis aktiviti snorkeling, nak balik standby untuk scheck out pulak
nampak tak buaya hehehe Kat pulau nie lah kitorang pergi.
Pulau tempat kitorang snorkeling dari jauh :)
sebelum balik bilik. selpie dulu tepi pantai buat kenangan.
selepas check out kami pun gerak ke jeti untuk balik ke Pahang. Kami singgah makan dulu sebelum menaiki feri, nanti tak lapar sebab perjalanan maih jauh. Selepas makan ada yang yang sempat membeli belah barang-barang seperti ikan bilis, ikan masin, sate ikan dan macam-macam lagi lah hehehe. Azney beli sate ikan je sebab tak tau nak beli apa hihihi. Sebelum feri sampai apa lagi selfie lah kan hahaha.
kaum kerabat Mawar DZO & JBD Enterprise *Erul pun terselit jugak hahaha
selepas sampaiJetty Marina kitorang gerak balik ke Pahang, siap lalu Cameron Highland lagi tapi apa yang tak bestnya kitorang sampai dah lewat dalam pukul 6 lebih, kebayakkan tempat menarik di CH dah banyak TUTUP! hahaha kecewa lah siapa yang tak pernah sampai ke CH lagi. Azney tak pe sebab selalu dah ke sana hihihi. So perjalanan di terukan sampai ke Temerloh. Lebih kurang pukul 12 lebih kitorang sampai selepas ditolak campur mkan dan tandas hahaha.
Doakan saya cepat dapat baby !!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang