Showing posts with label Hati Seorang Pengantin. Show all posts
Showing posts with label Hati Seorang Pengantin. Show all posts

Hati Seorang Pengantin

Sejak beberapa hari nie ramai yang share video panggilan hangit Hot FM Encik Izzudin yang bertajuk Hati Seorang Pengantin . bila saya dengar memang kelakar tapi bila fikirkan diri saya sendiri dalam situasi Encik Izzudin saya dapat rasakan betapa risau gementar dan takut kerana semua persiapan sudah dibuat cuma perlu jelaskan bayaran. cam contoh kita nak pergi bercuti dah bayar half deposit dan lagi separuh janji nak bayar pakej percutian hujung bulan tapi tiba tiba duit kita kena curi atau hilang . apa perasaan?? cam tu lah rasa Encik Izzudin bila dapat tahu loan untuk kahwin tak lulus.



alhamdulillah untuk mendirikan majlis akan datang nie enche tunang tak apply mana mana loan untuk kahwin bukan apa. sekarang seronok lah semua majlis berjalan lancar tapi lepas majlis hidup dalam hutang. hutang belajar pun tak habis lagi ini kan pulak hutang kahwin. ohh tak sanggup rasanya. cuma kena usaha lebih lah sikit dari biasa. cari duit lebih untuk majlis nanti dan selepas majlis.


enche tunang bagitau buat majlis tak payah besar besar sebab lepas kahwin banyak lagi duit nak pakai.takkan lepas kahwin nak duduk rumah je tak ke mana mana kan. time nie la kita nak spend time masa berdua betul betul dalam keadaan halal.


pedulikan orang nak cakap apa spekulasi murahan katanya. majlis kecik lah duit hantaran murah lah. mulut orang memang kita tak mampu nak tutup. kalau boleh tutup macam mulut tempayan takpe senang :) lama lama dah penat diam lah kan.


majoriti masyarakat kita memang cam tu suka perlekehkan orang lain. nak tak nak kena hadap jugak. bukan senang nak puaskan hati semua orang. mujur sangat keluarga kami sangat memahami. takde nak buat grand bagai. ikut je planning kitorang :) apa apa pun doakan yang terbaik untuk kami :)






Like fanpage saya
  
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.