Masuk minggu nie maknanya 3 minggu berturut-turut azney berjalan hehe. Rezeki lepas kawen kot. InsyaAllah bulan depan Azney dengan Erul akan ke Medan pulak. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Sebelum kawen dulu nak bercuti memang payah yelah kadang kewangan kadang cuti kadang kesihatan. Tapi sekarang nie terlebih lebih pulak haha Alhamdulillah.
Kali ini Azney ke Singapura, lokasi yang dituju USS lah. memang menjadi impian sebelum kawen nak datang sini. Alhamdulillah dapat jugak datang sini tapi kali nie Azney dan Erul bercuti bersama Kak Ngah dan anak-anak Kak Ngah. Azney join travel trip untuk cikgu-cikgu Kolej Vokasional Bentong yang Kak Ngah buat kebetulan sangat ada kekosongan so Azney join la. Erul memang taknak pergi memulanya tapi last minit cakap nak pergi pulak dannnn nasib bertuah ada tempat kosong. Pakej yang kitorang join tersangat lah murah berbanding pakej-pakej lain. Pakej nie hanya boleh beli dengan Kak Ngah Erul sebab Kak Ngah Erul nie buat bisnes travel luar dan dalam negara. Jangan risau jangan takut kena tipu. Selama 3H2M kitorang stay kat Scholar Inn UTM kebetulan anak Kak Ngah ada study sana dan penginapan ini termasuk dalam pakej yang kitorang join nie.
Pakej ke USS Singapore
RM350-400 (3 Hari 2 Malam)
Termasuk :
Transport bas pergi dan balik
(BENTONG - JOHOR - USS - JOHOR - BENTONG)
**kitorang semua dari Bentong bukan dari lain negeri so naik kat Bentong
Tempat tinggal 2 malam
Ticket masuk USS
*Makanan dan passport tidak termasuk dalam pakej
Untuk makanan bajet dalam RM100 pun dah cukup untuk di JOHOR tapi kitorang untung sangat sebab Kak Ngah sponsor makan minum dan tempat tinggal kitorang selama 3 H 2M hehehe. so kitorang cuma bayar RM200 untuk tiket USS dan caj transport sahaja.
untuk perbelajaan di USS korang bawak dalam RM270 pun dah cukup kira SGD100. Azney bawak RM313 bila convert ke SGD jadi SGD120 sahaja. huhu keciknya duit malaysia. Tapi jangan risau memang cukup.
yang depan nie lah nie anak sulung Kak Ngah , Along Tiesa yang study UTM tue.
ade yang kenal tak ??
ade yang kenal tak ??
Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. kitorang semua bangun dengan awal untuk ke USS. Siapa yang tak eksited kan hehe sepanjang perjalanan memang riuh je dengan kitorang, orang lain biasa je hahaha. Sebelum masuk ke Singapore benda yang wajib ada ialah passport dan borang lawatan untuk memasuki Singapore.
Dan untuk masuk ke USS pulak korang wajib kena ada tiket . Kalau takde tiket so korang tengok jelah globe UNIVERSAL kat luar tu hehehe
nie lah tiket untuk masuk USS tue.
Tiket ke USS Singapore dia murah sebab korang boleh dapat free meal voucher $5 dan free retail voucher $8 harga RM185.
Bila sampai acara paling wajib ialah bergambar di globe yang ada di depan USS nie. time nie kitorang lambat sampai orang pun ramai kat globe tue. memang ikut dan jelah bergambar. cuaca kat sini sama je dengan Malaysia. hahaha sejuk panas suam suam.
Bila dah rasa habes bergambar di globe kitorang semua masuk ke dalam USS. Korang kena scan dulu tiket yang korang beli tu sebelum masuk dan yang paling best tiket nie digunakan untuk semua permainan yang ada dalam USS dan tak perlu dibayar dah. kira memang berbaloi dengan harga. USS nie luas sangat kawasanya sampai tak tahu nak mula yang mana. time kitorang masuk nie manusia kemain ramai tau padahal baru pukul 10. Benda pertama korang kena ada ialah map kot-kot korang takut sesat ke hehe. Dalam USS nie ada 7 zone iaitu hollywood, madagascar, far far away, the lost world, ancient egypt, sci-fi city, dan new york. Dannnnnnn yang paling menarik setiap langkah korang akan ambil gambar sebab USS nie kira tempat wajib ambil gambar. kejap-kejap ambil gambar dan korang tak perlu segan-segan sebab orang lain pun sama jugak sibuk dengan bergambar hahaha. contohnya macam kitorang lah hahaha.
Hollywood zone
Sci Fi City | Transformers The Ride zone . Area paling wajib!!!
Memula kitorang terus ke zone Sci Fi City sebab ada transformers. tapi kecewa kot sebab barisan untuk giliran dah sampai keluar pastu kitorang kena tunggu 120 minit untuk tunggu giliran. itu belum lagi masa untuk naik transformer ride. rasanya ada sampai 4 jam. kat situ dah rugi masa kan. dannnnnn ada yang lebih menarik perhatian kitorang iaitu Bumblebee dan optimus prime . ape lagi berlari-lari kitorang tahu. dah macam kanak-kanak. Untuk bergambar dengan Bumblebee dan Optimus Prime kena beratur dan masa untuk bergambar sangat lah pendek. so kena cepat-cepat. Tapi tengah-tengah beratur Optimus Prime dah nak masuk sebab dah abes masa kot mujur ada Bumblebee.
Bumblebee yang mesra alam. siap joget-joget lagi tau hehehe
Light camera and action . kat sini boleh tengok betul-betul bagaimana Filem Steven Spielberg, dalam suasana ribut taufan yang berlaku di New York, memang gerus dan rasa cam real nak-nak bila ada api terbakar atas air, bot terjatuh, kapal rempuh masuk dalam bangunan arghhh semuanya best lah.
aktiviti yang nie pun seronok jugak bila berada di Waterworld. sebab kita akan tengok scene dalam filem waterworld dilakonkan di depan mata. haa kalau yang duduk seat depan memang confirm kena air lah. Pastu dorang punya pelakon memnag kelakar dan sempoi habis lah. jangan terkejut bila tiba-tiba kena tembak dengan pistol air panjang dorang. Macam-macam aksi dapat tengok antaranya bom meletup, tembak menembak . serius memang terhibur.
Semasa di Jurassic Park kitorang naik pelampong besar yang muat dalam 9 orang kekonon masuk ke zaman dinosour. aktiviti nie memang best dan untuk jimat korang bawak raincoat sendiri sebab kat sana 1 rain coat SGD4 kalau beli 2 percuma 1. hehe macam azney memang bawak sendiri. beli kat Guardian atau Watson pun boleh. Taknak pakai raincoat pun tak pe kalau korang jenis redha je kalau pakaian basah.
Revenge of The Mummy (Ancient Egypt) memang best gila roller coster ni. Roller coster The Mummy adalah indoor, gelap dan memang tak nampak apa-apa, paling menakutkan roller coster yang pernah main. Serius korang akan menjerit je sepanjang naik roller coster. Tapi memang menyeronokkan. dannnn nak bagitau bag atau barang kena letak dalam loker. 45minit yang pertama adalah free. lebih dari tue t kena bayar SGD3 utk 1 hour tambahan. Loker disediakan di pintu masuk roller coster tersebut.sebab bag tak dibenarkan bawak masuk.
Enchanted Airways roller coaster (Far Far Away) nie kira macam roller coaster junior lah. lebih kecik lebih comel berbanding roller coaster nie.tapi menjerit-jerit jugak lah walaupun junior hahaha.
aktiviti yang kami buat adalah bergambar dan bergambar baergambar sampai memory henpon azney penuh tahu hahaha
Permainan yang tak sempat main . maybe next year nak pergi lagi sebab tak puas. serius memang best USS nie sampai boleh hilang stress dan terasa macam budak-budak je bila kat sana. USS lebih menarik berbanding Genting Highland.
2. Canopy Flyer (The Lost World) orang ramai giler
3. Transformers: The Ride-3D (Sci-Fi City) terlalu lama dan panjang
4. Sesame Street tak perasan yang nie hahahaha
1) Lebih baik beli tiket secara online supaya tidak perlu beratur panjang dan untuk menjimatkan masa.
2) Pastikan tiba seawal mungkin supaya korang boleh mencuba kesemua permainan dan pertunjukan. USS beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7.00 malam.
3) Pakai kasut atau sandal yang selesa kerana di sini korang perlu banyak berjalan dan kadang-kadang berlari.
4) Kalau korang tidak suka beratur panjang, lebih baik bercuti ke sini pada hari-hari bekerja. Selain lebih selesa, harga tiket juga lebih murah.Untuk lebih selesa beli lah express card supaya tak payah beratur untuk mencuba segala permainan yang ada.
5) Lebih baik bawa botol minuman sendiri kerana air kosong boleh diisi secara percuma. Kalau tidak, anda boleh membeli botol minuman yang disediakan dan setiap isian semula adalah percuma.Jangan lupa bawak roti kot-kot lapar nanti ke sebab makanan berat tak boleh bawak masuk huhu.
6) Terdapat tiga lokasi selera yang halal di sini iaitu Celebrity Café & Bakery, Mel’s Drive-in dan Oasis Spice Café. tapi kitorang tak makan pun sebab mahal lagipun kitorang bawak bekal roti dan air.
7) Sebelum bertolak pulang, jangan lupa dapatkan pelbagai cenderamata di Universal Studios Store yang terletak berhampiran pintu masuk utama.Tapi kitorang beli kat Transformers je huhu.sebab dah tak teringat kat Universal Studios Store pun ado.
8) Bawak duit dalam RM270 sahaja. cukup untuk beli sehelai Tshirt dan cenderahati lain contoh macam keychain. Macam kitorang beli Botol air Bumbleblee sahaja dah SGD 28.50 siap ada air sekali pastu dapat tali. Tshirt USS SGD29.90 sehelai keychai SGD7.50. nampak marah murah bila convert ke RM pitammmmm.
bestnye , teringin nak g gakkkk
ReplyDeletejom join segmen BW :)
http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/11/segmen-blogwalking-sampai-penat.html