Hai. pagi pagi da ada yang bikin panas. Haish sejak bila dapat mc xleh cuti nie? omaigad !!! doktor bagi cuti 8 hari so kita guna lah dengan sebaiknya kan. so yang lain nak panas kenapa??
okayy kita rilex sudah. Jangan layan orang meroyan nanti dengan kita sekali meroyan okay?? hehe Nak share ari Jumaat lepas azney dengan erul ikut Kak Ngah Erul vacation kat Cameron Highlands. Saje saje je ikut bukan memang planning pun. Memandangkan kebetulan atau suratan azney dapat MC selama 8hari. kitorang decided ikut sekali.Vacation free sape taknak kan. hehe
Khamis petang sampai Bentong. Tidur semalaman kat rumah Kak Ngah. Kitorang gerak dari Bentong lepas semayang jumaat. Perjalanan dari Bentong ke Cameron Highlands rasanya ambil masa dalam 2 jam gitu. Sepanjang perjalanan azney memang tidur je sebab taknak pening haha
Kitorang sampai kat Cameron Highlands dalam pukul 5 lebih gitu lah. Pastu hujan renyai-renyai perghhh sejuk betul rasa hahaha Yang best kitorang menginap kat Rumah Peranginan Persekutuan. gila kentang betul. kitorang dapat banglo dengan kadar sewa RM100 semalam. Untung betul kakitangan kerajaan tapi lagi Untung Kak ngah laki bini.sebab selalu dapat murah.
awatttt gemok nieee.
excited sangat bila masuk-masuk bilik besar gedabak cenggini. serius memang besar dah macam hotel 5 bintang. memang puas hati betul dapat bilik nie. View dari bilik pun cantik jugak. Berkabus je macam kat luar negara dah rasa hahaha Disebabkan masih awal so kitorang solat Asar dulu sementara tunggu hujan berhenti.
Lepas magrib kitorang siap-siap keluar untuk cari keperluan sedikit untuk memasak. Haaa kat banglo nie boleh memasak tau . Ada dapur, microwave, tong gas, peti ais dan ruangan untuk memasak. rasa cam terlebih berbaloi pulak dapat banglo nie hehehe. Kitorang keluar ke Pasar Malam Tanah Rata. Ramai betul bila malam. sampai sesak jalan. Dan dan je bila kitorang sampai hujan pun turun huhuhu. tak sempat nak usha beria punnn dan paling tak best Kak Ngah suruh erul hantar azney masuk dalam kereta. sebab hujan takut sejuk. sebelum masuk kereta sempat lagi membeli stokin untuk tido malam. hehe kalau tak menggigil lah jawabnya. Harga tak mahal mana cuma RM5 sepasang hehehe.Erul beli payung warna pink sekaki RM10. comel ada strawberry hehehe.
azney dengan erul tunggu dalam kereta sementara Kak ngah dan yang lain beli makanan. Selepas tu kitorang singgah Pasaraya Jimat untuk beli keperluan yang lain tapi Kak Ngah dengan Erul je yang masuk sebab hujan kan.Sampai rumah Kak Ngah masak sup sayur . perghhh sedap betul sebab time sejuk-sejuk makan benda panas. huhuuu memang best.Selepas makan sempat tengok tv kejap tapi disebabkan sejuk mata pun layu. masing-masing semua tido awal.
Bangun pagi tengok dah cerah je. dah macam kire kitorang ie pra honeymoon je. hehe . turun bawah untuk breakfist , Kak Ngah dah sediakan nasi air, telur separuh masak dan air untuk kitorang. hehe . kebetulan pulak ada berita tak syok. kena tukar bilik lain sebab banglo yang kitorang menginap nie dah ada orang booking untuk hari nie. huhu so ready kemas-kemas barang untuk pindah bilik lain. huhu sebelum pindah kita selpie dulu lah buat kenangan hehehe.
Taraaa cantiknya bilik. cuba teka harga semalam berapa? heheh cuma RM25 sahaja tapi bilik macam hotel 3 bintang. semua ada. astro, tv, peti ais, katil sampai dua walaupun besar 1 bujang 1 tapi kira cukup la untuk kitorang. Oh ye lupa kalau datang sini kena bawak tuala sendiri ye sebab tak disediakan cuma mandian dengan syampo je ada. dan korang kena self service sebab tak service cam kat hotel hotel tau.
selepas angkut segala bagai barang dalam bilik baru azney erul dengan anak buah erul dan bibik jalan-jalan dekat Healthy Strawberry Farm, kebetulan datang tak kena time so strawberry tak dapat lah nak petik sendiri. cuaca pun asyik hujan je kat sana. banyak aktivit tak dapat dibuat sebab sejukkkkk hehehe. Healthy Strawberry Farm nie macam-macam ada bukan strawbery je tapi pokok kektus , bunga-bunga yang cantik pastu yang menarik boleh makan aiskrim strawberry. nyum nyum semangkuk cam erul makan nie RM5.00. memang menyelerakan. so deliciousssss hahaha. azney tak leh makan sebab dalam tempoh berpantang huhuhu so tumpang tengok jelah. eh lupa nak bagitau untuk masuk Healthy Strawberry Farm nie percuma je tak yah kena bayar pun hehe
nyumnyumnyum meleleh air liur tau :P
acecece kekonon bajet cam cite hindustan
candid by erul muah muah muah
Lepas makan aiskrim masing-masing balik bilik sebab dah tak tahu nak buat apa. dah habis tawaf Healthy Strawberry Farm. Lepas balik bilik tengok astro tak berapa nak elok. so azney erul dengan anak buah decide nak lepak lobi. tengok tv kat lobi lagi baik tapi erul sibuk dengan COC dye. kat mana-mana mesti nak main COC huhuhu sadis betul. sanggup kalau bateri habis balik bilik charge tau. azney je lah sensorang tengok tv. huhuhuhu oh kebetulan pulak time nie hujan turun selebat lebatnya so memang kitorang tak dapat pegi mana-man. sebab sejuk dan susah berjalan dalam hujan. nanti basah segala-galanya. huhuhu
Pukul 5 lepas asar Kak Nagah ajak kitorang jalan Tanah Rata sebab hujan dah berhenti dan cari makanan untuk makan malam. Pasar malam Tanah Rata nie macam-macam ada dannnnn harga sangat murah kalau untuk buah , sayur sayuran, bantal,baju hujan, payung paling laku hehehe dan macam-macam lagi.
Azney dengan erul ada beli sikit buah tangan untuk abang angkat erul dan kiriman dari kawan erul. untuk makan malam erul belikan azney udang galah celup tepung dengan nasi ayam. huhu tapi bila sampai bilik dah sejuk maybe faktor cuaca kot huhuhu .kebetulan pulak kitorang memang nak lepak bilik sebab malam tue ada Oppo Piala Malaysia. nasib baik sangat siaran astro dah okay.kalau tak memang cari mamak lah huhuhu.
Hari terakhir kak ngah bawak kitorang pergi Kea Farm, kat Kea Farm nie lagi banyak benda murah. lagi murah dari Tanah Rata. dan kat sini lagi banyak buah-buah kering, bunga,jagung madu, sayur dan buah buahan. tengok lah strawbery nie kemain cantik lagi. haa nak bagi tips untuk jimat korang beli by tray sebab 1 tray 1 kg pastu boleh dapat 4 packaging strawberry. 1 tray harga rm20 sahaja. tapi kena pandai cari sebab bukan semua peniaga jual harga cam tue.Lepas habis shopping Kak Ngah bawak kitorang singgah Kat Bharat Tea Plantation untuk beli sedikit teh sebagai buah tangan hehe. tapi orang kemain ramai. nak singgah minum teh pun susah sebab tempat duduk penuh. pastu dengan orang duk selfie lagi hehehe
Dari Bharat Tea Plantation sehingga ke Ringlet azney dah start pening last-last azney tido. sedar bila Kak Ngah singgah kat Masjid di Raub untuk sembahyang Asar. Sepanjang perjalan kitorang duk menguyah strawberry je bukan apa makin jauh dari Cameron makin masam hehe.
selfie dari kitorang sebelum balik hehehe :)
bestnya g jalan-jalan.
ReplyDeletebestnya g jejalan berdua.. kalo mamajue g berempat makan penat nak kejar anak2.. hahaha... salam kenal dr mamajue.. im follower 1440
ReplyDeleteLast pergi cameron dis 2013. Ala2 hnymoon. Ni dh ada bby x jnguk CH dah.. Susah pula nk berjln bwak bby kecik.. Kt sna klau hjan terlalu sejuk. Xthan bdan dibuatnya..
ReplyDelete