Nama Anak Perempuan Azad dan Eira, Amarra Sofea Rose

  No comments    
categories: ,


baby-eira-syazira-azad
Pada 11 Januari 2013 baru-baru ini, Azad Jazmin dan Eira Syazira telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Amarra Sofea Rose.


Eira Syazira selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.2 kilogram itu menerusi pembedahan “Caesarean” pada kira-kira pukul 8.50 pagi di hospital Columbia Asia, Puchong.
Menurut Azad Jazmin, nama Rose pada bayi perempuan yang dilahirkan isterinya, Eira Syazira itu adalah bersempena nama ibunya, Roshidah dan ibu Eira iaitu Rohani. Nama Rose juga dipilih sebagai tanda penghargaan buat ibu dan ibu mertuanya.
anak-eira-syazira-azad-jazmin
Bercerita lanjut mengenai nama anaknya, Azad berkata, nama Sofea Rose sebenarnya sudah lama dipilih oleh mereka berdua dan perkataan Amarra pula telah ditambah baru-baru ini.
Azad yang begitu gembira dengan pengalaman baru sebagai bapa ini, mengakui menitiskan air mata tanpa disedari setiap kali melihat wajah anak perempuannya, Amarra Sofea Rose.
Eira Syazira dan Azad Jazmin walaubagaimanapun masih belum bersedia berkongsi gambar anak mereka untuk tatapan umum.



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

http://www.facebook.com/zaidatulaznyscorner

AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!