Pavlova


Semalam gigih azney ajak erul pergi beli barang untuk buat pavlova. pavlova nie memang dalam list yang azney wajib cuba selepas stand mixer beli hehe. Sanggup pegi pagi-pagi sebab nak cari whipping cream cam Cik Epal punya hahaha. Mujur azney jumpa kat kedai bakeri Jaqaranda.


Sampai rumah excited sangat nak buat pavlova nie. Resepi cik Epal azney sanggup print, punya lah semangat nak belajar buat pavlova hihihi. Okay jom kita buat pavlova yang mudah giler kentang nie. Nak beli kemain melambung harga padahal mudah giler kentang.





Bahan-bahan Meringue :

4 biji telur putih sahaja
3/4 cawan gula kastor * azney guna 1/2 cup je sebab manis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan



Bahan untuk Topping

strawberi & kiwi (buah-buah masam)
1/2 cup whipping cream
whipping cream nie memang sedap betul. memang dah rasa manis. wangi pulak tue. hihi



cara nak buat Meringue :


  1. pukul telur sampai kembang dan berbuih-buih. bak kata cik epal cam buih mandian tue.
  2. masukkan gula sedikit demi sedikt. masuk sikit pukul masuk sikit pukul. ulang sampai habis gula tue.
  3. Meringue kalau jadi mesti berkilat dan bertanduk. nak tahu cam ne meringue jadi? korang terbalikkan meringue tu. kalau tak jatuh maknanya jadi lah hihi.
  4. masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dan di kacau menggunakan spatula. tak payah guna mixer.
  5. lukis bulatan pada baking paper mengikut saiz loyang korang kemudian letak  meringue atas baking paper.
  6. panaskan oven suhu 150C selama 15 minit, pastu bila masukkan meringue dalam oven turunkan suhu kepada 140C. Bakar meringue selama 1jam-1jam 15 minit.

AMARAN 
Bila meringue masak, jangan keluarkan terus dari oven tapi tunggu meringue sejuk dahulu. Bukak sedikit je pintu oven tu.



Topping

Pukul whipping cream sampai kembang. pastu sapukan atas meringue guna spatula.

pastu hias lah buah-buah kat atas tue ikut citarasa masing-masing.

sejukkan dalam peti sejuk baru boleh makan sebab time sejuk memang mabeles.

pavlova nie rangup diluar tapi yang dalam lembut gilos. dah lah manis manis masam. memang sedap betul.



yang nie azney punya pavlova sebelum masuk peti ais
selepas masuk peti ais di bawah nie 




erul dekat 3/4 pavlova nie dia sorang je yang makan. sedap katanya hihihi.
yang nie je tinggal untuk hari nie. 




Doakan saya cepat dapat baby !! 







Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang



Tonton Online & Download : Fast & Furious 7






Bosan sangat kat opis tak de kerja nak buat so saje godek-godek google cari Furius 7. Memandangkan memang tak de masa nak tengok kan. Memang bernasib baik sebab azney jumpa link tengok online siap pakej download Fast & Furious 7 lagi hehehe. Dah tengok Fast & Furious 7  ke belum ? Kalau belum boleh lah tengok secara online hehehe.





Sinopsis Fast & Furious 7

Selepas berjaya mengalahkan Owen Shaw dan ahli kumpulannya dalam sequeal filem Fast & Furious 6, Dominic Toretto, Brian O’Conner dan kru yang lain dibenarkan pulang ke Amerika Syarikat dan menjalani kehidupan biasa semula seperti mana yang mereka idamkan.


Namun kehidupan seperti orang biasa mereka tidak lama. Mereka telah diancam oleh abang Owen iaitu Deckard Shaw, seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih (Special Forces) yang telah bersumpah untuk menuntut bela atas kejadian yang telah menimpa adiknya.


Satu persatu ahli kumpulan Toretto ingin diburunya. Han, yg berada di Jepun telah berjaya dibunuh untuk memberi mesej kepada Toretto dan kumpulannya. Luke Hobbs, ejen benteras jenayah kerajaan berjaya dicederakan. Rumah Toretto dimusnahkan dengan bahan letupan.


Jadi untuk mengelakkan mereka terus diburu, Toretto dan kru yang lain telah bersatu kembali untuk memburu Deckhard Shaw. Dibantu pula oleh Frank Petty, ejen perisikan kerajaan, mereka kemudiannya menjejaki seorang ejen perisikan yang cukup hebat dan terlatih.


Deckard Shaw memang sukar untuk dikesan tempat persembunyiannya. Kepakarannya memang sukar ditandingi. Hanya satu alat yang boleh mengesan dengan tepat persembunyiannya iaitu the the God’s Eye. Alat pencarian istimewa ini dicipta oleh Megan Ramsey.



>>>Tonton Online & Download : Fast & Furious 7<<<


Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Lazada : Stand Mixer dah sampai




Akhirnya barang yang di nanti-nanti sudah tiba pagi tadi.

bungkus togel cam nie je ? habis 1 opis tahu azney beli mixer huhu

Puas azney tunggu , baru sampai hari nie. Seminggu jugak lah baru sampai huhu.nie kalau tak sebab google resepi pavlova tak denya azney nak beli hehe. Tak sabar nak explorer balik rumah nanti hehehe tak sabar nak buat pavlova !!!




Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Aktiviti Bila MC



Semalam azney MC sebab  sakit kepala terlampau sampai tak leh nak bangun. Pegi klinik pun lewat balik pun lewat . Ingatkan kena demam denggi ke apa tapi doktor decide azney kena pakai spec sebab kemungkinan rabun. What ?? azney rasa mengarut sangat sebab azney boleh baca apa yang ditulis tak kira jauh atau dekat. Doktor bagi ubat Ibuprofen, makan 2 biji bila sakit mungkin untuk tahan sakit. .Ntah la sebab doktor pun bukan detail sangat check. huh !



On the way balik rumah dapat email dari Zalora bagitau barang dah di pos. Dalam hati berbunga-bunga tak sabar rasanya nak pergi  kerja esok hehehe. So duduk kat rumah tak de aktiviti sangat nak buat solepas masak tengahari asam pedas ikan jenahak maka terhasil lah kek batik. resepi azney ambil kat blog cik Epal. Alhamdulillah menjadi walaupun manis sikit padahal azney dah kurangkan susu huhuhu.



baru keluar dari peti ais nyum nyum




Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang



Tonton Online Hati Perempuan Full Episod 1-28



Sekarang mak mertua azney sejak dah nampak mata nie. Dah pandai layan cerita cinta cintun kat TV3. Nak pulak sekarang nie Hati Perempuan baru ditayangkan. Azney balik kerja bukak pintu mak mesti dah terpacak depan tv layan Hati Perempuan. Kalau belah malam layan Isteri Separuh Masa. Siap record lagi kalau tak sempat nak tengok. Hehehe macam-macam mak nie. Azney pun tak tahu sangat pasal cerita-cerita yang tengah hot sekarang nie tapi mak semua tahu, Asam Pedas Untuk Dia ,Teman Lelaki Upahan, Menantu 10 Ribu , Suami Sebelah Rumah yang terbaru Hati Perempuan nie lah hehe.


Macam azney yang dah terjebak tapi tak sempat nak tengok nie, tengok online je la jawabnya. Haaa kat bawah nie ada link untuk tengok online. senang takde lah terkejar-kejar dari opis nak ke rumah. huhu Balik-nalik cerita dah separuh jalan. 









Sinopsis Hati Perempuan

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?



eh perasan tak Yuhanis aka Mia Ahmad nie macam blogger FynaHere kan kan kan ???


Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang