Resepi Ice Cream ala Baba Ice Cream



Baba Ice Cream nie popular di Kelantan. Lokasi di Rantau Panjang dan dijual dengan harga RM2.00 satu cawan. Bahan-bahan mudah diperolehi dan senang nak buat. Boleh buat aktiviti dengan anak-anak. hehe kot kot mana yang teringin bebenor nak makan Ice Cream Baba nie tapi jauh kena terbang ke Kelantan boleh lah mencuba resepi yang Azney kongsikan nie. Resepi nie Azney jumpa bila dok saje-saje godek cara-cara buat Ice Cream tapi terjumpa pulak yang nie. 


terima kasih sumber

BAHAN BAHAN
  1. Ice cream
  2. Roti (di potong dadu)
  3. jagung (dlm tin)
  4. coklat tabur/sprinkle chocolate
  5. kacang
  6. cincau
  7. butir selasih (boleh diganti dengan bijirin sarapan pagi)
  8. susu pekat

CARA MEMBUAT
  1. masukkan Ice cream ke dalam bekas
  2. masukkan pula roti, jagung, butir selasih, dan cincau
  3. masukkan ice cream sekali lagi
  4. taburkan coklat dan kacang
  5. akhir sekali letakkan susu

siap :)


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

#AETravel : Medan | Kualanamu- Parapat


Assalamualaikum !! Horas Horas Horas !! Perkataan yang selalu Azney dan Erul dengar sepanjang 4H3M di Medan . Alhamdulillah tercapai jugak hajat untuk berhoneymoon hehe. Cuti tahun dah habis cuti MC pun dah habis so terpaksa lah apply cuti tanpa gaji 4 hari semata-mata untuk Medan nie. Giler kaww sape tak nak pergi nak-nak honeymoon nie di sponsor pulak tue hahaha.Flight kitorang pukul 7.40 pagi tapi pukul 5.00 lagi dah terpacak kat KLIA2. Sampai di Kualanamu pun pukul 7.40 pagi jugak. Waktu di Indonesia lewat 1 jam. kira bangun pukul 8 kat mesia masih pukul 7 lagi lah hehehe.




Sampai di Kualanamu Airport kami disambut oleh Pak Ali selaku pemandu pelancong kami selama 4H3M di Medan. Sementara menunggu group yang kedua sampai Azney dan Erul pergi mencari simkad di Medan nie. Kami jumpa sebuah kedai nama Grapari bersebelahan dengan money chager yang paling menarik pekerja di money chager dok lambai-lambai kami suh tukar duit dengan dorang heheh naik takut pulak Azney siap menyuruk belakang Erul lagi hahahaha.Time kitorang nak beli kartu nie kira ada 2 orang pelanggan sedang berurusan kat kaunter. Perkerja kat Grapari nie cantik betul lah. dah gaya nengok sinentron je hahaha. Ohya kartu tue simkad hehehe. Harga simkad simPATI nie murah je kalau convert duit malaysia tapi kalau dalam indonesia nampak benor mahal sebab ada ribu ribu hahaha. Harga simkad dalam Rp25000 pastu tambah pulsa untuk internet dengan telefon sekali dalam Rp76000.Pulsa tue kalau kat malaysia topup lah. hehe padahal kat dalam simPATI tue dah ada pulsa bernilai Rp3000. kot kot tak cukup ke nanti dah malas nak beli pulsa.




Selepas group kedua sampai Pak Ali membawa kami menaiki bas yang disewa khas untuk menuju ke Parapat. Sepanjang perjalanan untuk ke sana Azney dan Erul memang tertidur sebab sepanjang malam sebelum bertolak kami memang tak tidur. Perjalanan ke Parapat mengambil masa 3- 5 jam. Sedar tak sedar Pak Ali buat annouce untuk singgah di Toko bernama Paten yang terkenal di Kota Siantar . Di Paten ini terdapat makanan ringan ting ting, teng teng, tang tang, ala ala bepang kacang di Malaysia tapi pelbagai jenis. Di sini kita boleh merasa sebelum membeli. 1 jenis berharga Rp25000 kalau ambil 5 Rp100000 percuma 1. waa dah jimat di situ tapi kami cuma beli 4 kotak sahaja sebab masih takut takut untuk guna duit rupiah haha nilai sampai ribu ribu.





Kat Paten nie jugak lah Azney pestime rasa Teh Botol. Kalau kat Indonesia memang pemes. Kat Malaysia je belum jumpa Teh Botol. Botol cam botol Cocacola cuma isi dan rasa je lain hehe. Rasa bukan macam teh malaysia tau. rasa macam pelik sikit.Tak tahu nak cerita camne.



Kami kat Paten tak lama pun sebab perjalanan lagi 2 jam Pak Ali bagitau, Azney dengan Erul awal-awal memang tak tidur lagi sebab syok sangat pemandangan sepanjang perjalanan ke Perapat. Tapiiiiii tak lama pun terlelap jugak akhirnya hahaha. Last-last kitorang tersedar bila Kak Ngah cakap " okay kita singgah makan tengahri dan solat kat sini ye " hehehe. Kitorang lunch dengan solat kat Restoran Panorama Masakan Minang | Melayu. Makanan yang disediakan memang mabeles. nasi putih dengan pelbagai jenis lauk. Makanan tak sempat ambil gambar sebab lupa gara-gara terlalu lapar hahaha. konon pagi breakfirst kat Airport tak nak huhu.




Selepas Makan dan Solat kami meneruskan perjalanan ke Parapat. Kematu rasa punggung dalam bas sebab asyik duduk dalam bas. Oh ya baru Azney perasan yang pemandu kereta motor disini kalau mahu memotong mesti bunyikan hon sebagai tanda untuk memotong. Kalau kita di Malaysia selalunya bagi signal kan. Dannnn yang paling kagum sebab banyak giler Innova dan Avanza di sini. Kayanya dorang !! jenama Honda pun banyak jugak hahaha Azney pun tak mampu kaww.


Akhirnya kami selamat sampai ke Parapat lebih kurang pukul 4 petang. Pak Ali bawak kitorang ke tempat shopping di Parapat. Dari tempat nie boleh nampak Tasik Danau Toba. serius memang cantik tak sabar rasa nak pergi tengok depan-depan. Kat sini tak banyak sangat kedai tapi memang rambang mata woooo dan Pak Ali cakap boleh tawar menawar kat sini so kena pandai lah ye. Azney dengan Erul beli baju 2 helai untuk pakai hari kedua nanti. Aktiviti yang lain kitorang banyak bergambar je hahaha. Nak beli baju pun kena keluar calculator jugak tahu kot-kot dorang tipu kite ke. hahaha 2 helai baju kitorang dapat Rp120000. itu pun dah abes tawar huhu tak pelah yang penting baju cantik hahahaha.Kemudian kitorang nak balik Erul ajak turun bas semula sebab nak beli seluar pendek pulak. Ingatkan kenapa rupanya tempat yang kitorang menginap nanti ada kolam renang, sebab tue je.ehemmm. Lepas kitorang beli Pak Ali bawak kitorang semua ke tempat kitorang bermalam nanti.









Parapat View Hotel tempat kitorang bermalam. kawasan memang cantik pastu kat atas bukit, boleh nampak Danau Toba dari tempat kitorang menginap plus sejukkk. Pekerja hotel pun mesra alam siap tolong angkat beg dari bonet lagi.Kat Malaysia susah rasanya nak jumpa servis cam nie huhuhu. Hujan turun dengan sedu sedannya maka bertambah sejuk lah. huaaa confirm tidur lena malam nie. Kat sini pukul 6 pun dah macam pukul 7 di Malaysia sebab dah gelap. Waktu sembahyang sama jugak di malaysia cuma beza waktu sahaja. Pukul 7 di Malaysia Pukul 6 di Indonesia cenggitu la sebab Azney ada install application prayers dalam henpon.Okay lepas dapat bilik masing-masing dah tak sabar dan angkat beg untuk ke bilik tapi sebelum tue Kak Ngah annouce pukul 7.30 makan malam. Masa tengah heret beg untuk ke bilik ada pekerja hotel datang tolong kitorang, pekerja hotel nie angkat beg kitorang ke bilik.










Bilik kitorang dapat memang cantik, luas pastu bersih. Toilet pun cantik dan bersih siap ada air panas sejuk lagi. Kipas jangan cari sebab kat Parapat nie sejuk. tak pasang kipas pun tak pe hehehe.Sementara kemas-kemas barang Eruldah lesap sebab pergi mandi kolan renang. Pukul 7.30 kitorang turun makan, cuaca masih hujan pastu sejuk sangat. mengigil rasa. Makan malam kitorang  makan ayam rendang, sup sayur, ikan masak merah , keropok dan air suam. memang sedap dan lain sikit dengan makanan Malaysia.Lampu time makan malam ala ala candle light dinner tau. samar samar gitu hehehe memang romantik habis.Lepas makan masing-masing balik bilik dan beradu masing-masing dah penat sebab perjalanan jauh. okay bersambung hari kedua di entry seterusnya....



Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

Nasi Air Temerloh



Semalam dah makan hari nie makan lagi tapi tambah menu baru iaitu cendol. perghh hari panas gedegang memang mabeles lah rasa. Hari nie ambik nasi air 2 bekas special punya harga RM6.00 semangkuk. Nasi Air Temerloh nie memang pemes kalau kat sini (Temerloh & Mentakab) rasa memang sedap. yang best special punya ada 4 biji bebola daging hahaha. Nasi Air makan dengan cili jeruk lagi mabeles. memang syokkk.Oh ya lokasi Nasi Air nie kat jalan lama panggung lama berhampiran dengan bangunan Majlis Perbandaran Temerloh. Kalau tanya orang sini mesti tahu confirm tak sesat.




Cendol nie harga RM2.00. Order dengan gerai sebelah, Rojak Abdul nama femesnya. hehe terliur tak ?? panas-panas memang best bila makan.



P/S : menyandar bila masuk opis. kekenyangan..

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

Kenapa ada word verification ?

  7 comments    
categories: 

ada yang mengalami masalah yang sama tak ? bila nak komen keluar word verification .. Bila check pada setting tak de lah  pulak. ehemmm ingat kan memang sesetengah blog je bila nak komen keluar tapi majoriti bila nak komen memang keluar. tu yang jadi pelik tu. bila ada benda nie macam leceh sikit nak komen. kalau yang pakai broadband tue naya lah line slow salah key in word verification dah kena key in semula. semalam okay je lagi rasa hari nie je perasan jadi cam nie. ermm ada tak yang cam nie??

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

Rezeki Bertuah dari Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com

Assalamualaikum.



Masuk office terus rasa badan tak sihat hidung soksek soksek dari kelmarin mungkin perubahan cuaca campur penat sebab Azney baru balik dari Honeymoon hehehe. Perasaan malas untuk kerja lebih tinggi berbanding rajin. Tetapi tetiba jadi excited sebab bila login Blogger terus check inbox






Wahhhhh memang rezeki azney betul lah. dapat jugak tersenarai dalam Giveaway Ephyra Skin Bar untuk Pencarian 50 Blogger cari punya cari nama Azney pada no 29. Alhamdulillah :) ceria sedikit walaupun tak berapa sihat hehehe






Terima kasih Kak Mia sebab anjurkan Giveaway Ephyra Skin Bar untuk Pencarian 50 Blogger tak sia-sia mencuba akhirnya ada hasil jugak hehehe


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang