PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN




Assalamualaikum. alhamdulillah dah selamat menjalani kursus perkahwinan hehe gile lagi 2 bulan nak nikah baru nak pegi kursus kahwin.semalam balik rumah siapkan borang kebenaran berkahwin.eksited sangat isi borang hehe yela kan nak kahwin.

tapi sebelum isi borang kena paham dulu apa yang patut dan tak patut di isi. nanti salah isi dah susah. 


PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN


Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat-maklumat yang terkandung dalam borang permohonan kebenaran berkahwin (Borang 1) berdasarkan kepada kesesuaian jantina seperti yang dinyatakan di dalam borang.


Perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon semasa mengisi borang adalah seperti berikut :


MAKLUMAT PEMOHON

Pemohon hendaklah menandakan jantina pemohon di petak yang disediakan.

  • Jika pemohon menandakan jantina lelaki, maklumat pemohon di para “A”adalah lelaki dan maklumat pasangan di para “B” adalah perempuan.
  • Jika pemohon menandakan jantina perempuan, maklumat pemohon di para “A” adalah perempuan dan maklumat pasangan di para “B” adalah lelaki.



UMUR


  • Pemohon lelaki hendaklah berumur genap 18 tahun dan perempuan hendaklah berumur genap 16 tahun semasa permohonan dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah.

Contoh: Seorang Pemohon lelaki telah mengemukakan permohonan ke Pejabat Agama Islam Daerah pada 25 Febuari 2010. Tarikh lahir pemohon ialah 14 Mac 1992.Umur Pemohon pada tarikh permohonan tersebut ialah 17 tahun 11 bulan 13 Hari. Pemohon masih dikira belum genap umur 18 tahun.

  • Jika umur pemohon masih belum mencapai umur yang tersebut di atas, permohonan akan dilanjutkan ke Mahkamah Syariah.
  • Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Berkahwin Di bawah Umur ( Subseksyen 18(1)(a))”.

  • Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang Permohonan Berkahwin Di bawah Umur ( Subseksyen 18(1)(a))” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .


MAKLUMAT WALI



Pemohon hendaklah memastikan wali yang betul mengikut susunan wali yang dinyatakan di atas.
  • Perpindahan wali ke wali yang berikutnya hanya disebabkan oleh kematian /belum baligh / tidak siuman /atau sebab-sebab yang dibenarkan oleh hukum syarak.
  • Jika wali telah meninggal dunia, pemohon hendaklah mengemukakan salinan sijil mati wali setiap susunan DAN salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa bagi pemohon anak perempuan atau wali adik beradik lelaki.

Contoh 1: Jika wali pemohon adalah datuk. Pemohon hendaklah mengemukakan salinan sijil mati bapa DAN salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa. 

Contoh 2: Jika wali pemohon adalah adik beradik lelaki. Pemohon hendaklah mengemukakan salinan sijil mati bapa, datuk DAN salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa.

  • Sekiranya gagal mengemukakan salinan sijil mati / salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa, pemohon hendaklah membawa dua orang saksi ke Pejabat Agama Islam Daerah untukpengesahan semasa pemohon menghantar borang permohonan.

  • Jika wali pemohon belum baligh DAN di bawah umur 15 tahun Qamariah pemohon hendaklah membawa dua orang saksi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk pengesahan wali pemohon belum baligh semasa menghantar borang permohonan.
  • Permohonan kebenaran berkahwin akan dilanjutkan ke Mahkamah Syariah jika :

a) Wali tidak dapat dikesan ( wali ghaib)

Contoh: Seorang pemohon perempuan telah tinggal bersama keluarga angkat sejak lahir. Beliau dan keluarga angkat tidak mengetahui tempat tinggal bapa kandung dan tidak mengetahui samada bapa telah meninggal atau masih hidup.

b) Tiada wali nasab (tiada wali seperti susunan di atas).Contoh saudara baru yang tidak mempunyai wali, anak tidak sah taraf, dll.

c) Wali Enggan untuk menjadi wali.

Contoh: Seorang pemohon perempuan ingin berkahwin tetapi tidak mendapat persetujuan wali atas sebab-sebab yang tidak wajar mengikut hokum syarak.

  • Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Berkahwin Berwali Hakim ( Subseksyen 18(1)(c))”.

  • Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang Permohonan Berkahwin Berwali Hakim ( Subseksyen 18(1)(c))” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .

Pemohon hendaklah memastikan wali telah menandatangani di ruang disediakan.



Jika Wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan, pemohon hendaklah melengkapkan Borang Izin dan Wakalah ( JAIP.US.15 ).


STATUS

Pemohon hendaklah menentukan status perkahwinan.

  • Jika status perkahwinan pemohon adalah beristeri atau duda cerai hidup sedangkan bekas isteri masih dalam iddah, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran berpoligami daripada Mahkamah Syariah sebagai ganti akuan bujang yang disebutkan di para “F” Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.

  • Jika status perkahwinan pemohon adalah janda atau balu, pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan yang dinyatakan di dalam senarai semak.


  • Jika status perkahwinan pemohon adalah Teruna/Dara/Thayyib (perempuan yang pernah bersetubuh), pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan status seperti yang disebutkan di para “F” Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.

  • Pengesahan majikan yang beragama Islam sahaja diperakui jika pengesahan status ditandatangani oleh Majikan.

  • Jika status perkahwinan pemohon Janda berhias (seorang perempuan yang telah bercerai sebelum disetubuhi oleh suaminya) yang belum habis iddah perceraian bukan Janda berhias (seorang perempuan yang bercerai dan telah disetubuhi oleh suaminya) , hendaklah terlebih dahulu membuat permohonan di Mahkamah Syariah.

  • Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Bernikah Perempuan Yang Bercerai Tanpa Iddah / Janda Berhias) Subseksyen 18(1)(b))”.

  • Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang Permohonan Bernikah Perempuan Yang Bercerai Tanpa Iddah / Janda Berhias ( Subseksyen 18(1)(b))” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .




PERMASTAUTIN


  • Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan permastautinan jika alamat sekarang tidak sama dengan kad pengenalan

PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR (WALI HAKIM)

  • Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan Penolong Pendaftar (Wali Hakim) daripada tempat pemohon tinggal.



PERINGATAN.

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah
sebulan dari tarikh cadangan berkahwin.

2. Borang permohonan dianggap lengkap apabila telah mengisi semua maklumat yang diperlukan dan
menyertakan dokumen-dokumen yang dinyatakan di dalam senarai semak.

3. Bagi Pemohon dan pasangan di dalam daerah yang sama borang permohonan berkahwin hendaklah
dikemukakan serentak ke Pejabat Agama Islam Daerah.

4. Kebenaran berkahwin akan dikeluarkan pada hari yang sama dengan permohonan yang diterima oleh
Pejabat Agama Islam Daerah.

5. Kebenaran berkahwin tidak dapat dikeluarkan pada hari yang sama dengan permohonan yang diterima
disebabkan perkara-perkara berikut:

Permohonan berkahwin yang dilanjutkan ke Mahkamah Syariah seperti yang dinyatakan di para 3.2.2, 3.3.6 dan 3.4.6 panduan ini.

  • Gagal mengemukakan 2(dua) orang saksi seperti yang dinyatakan di para 3.3.4 dan 3.3.5 panduan ini.
  • Gagal mengemukakan borang izin dan wakalah Wali sekiranya wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan.
  • Borang wakalah tidak ditandatangani oleh Qadhi / Pendaftar di tempat walinya tinggal.
  • Sebahagian maklumat tidak dilengkapkan seperti tiada tandatangan pemohon/ wali /WaliHakim dan lain-lain.
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

Semakan Tarikh Roadtax Tamat Tempoh

Selalu customer datang untuk renewal insurans dan Cukai Jalan / Roadtax sebab tamat tempoh. tapi kadang kadang bila kita tanya Cukai Jalan / Roadtax tamat bila? customer jawab tak tahu. haish buat yang datang wakil pemilik kenderaan. camne nak check kan? kalau tak de no ic tak tahu no kenderaan lagi? pening agen insurans.


so untuk memudahkan semua pihak kita boleh buat Semakan Tarikh Cukai Jalan / Roadtax Tamat Tempoh di laman web --> website JPJ untuk dapat kepastian bila Cukai Jalan / Roadtax dan Insurans tamat.








Isikan maklumat No Mykad dan No Kenderaan.
Pastikan Cukai Jalan kenderaan anda tidak melebihi setahun.


dah siap pun boleh lah pergi ke agen insurans berhampiran untuk renewal Insurans danCukai Jalan / Roadtax

Like fanpage saya
  
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

Selamat Pengantin Baru Sie&Zam

  No comments    
categories: , , , ,
assalamualaikum.


sabtu lepas iols dah sampai Bukit Ibam, Muadzam Shah. pergi sana sebab exclassmate + exhousemate time study dulu mendirikan masjid. auw auw auw serius pejam celik pejam celik dah kawen pun kawan kite. 

gambar harus wajib letak hehe nie sebelum sampai Bukit Ibam. tengok lah enche tunang tak tukar baju pun lagi. pakai baju bola mentang mentang hari tue Pahang menang Piala FA hehehe.

Perjalanan dari Kuantan ke Bukit Ibam ambil masa dalam 1 jam 45 minit gitu tue pun enche tunang bawak 80 km/j tau hehehe ala ala makan angin gitu.


kitorang sampai tepat sebelum Sie&Zam nikah tapi dek kerana enche tunang tak tukar baju so tak sempat tengok dorang akad nikah T_T


Selamat Pengantin Baru Sie & Zam !!
sumber FB pengantin


gambar nie sempat snap sebelum makan hehehe cantik sangat dah macam princess tau hehe  jom tengok gambar yang sempat ambik hehe











yang nie kite rembat dari FB exhousemate Chiq. dah bertahun tak jumpa akhirnya di Bukit Ibam kami berjumpa semula hehe


alhamdulillah dah selesai sebelah perempuan minggu nie sebelah laki pulak kat Temerloh. tapi kami tak dapat datang sebab ada hal yang tak dapat dielakkan hehe.

Selamat pengantin baru buat Sie&Zam semoga perhubungan sebagai suami isteri lebih bermakna dan dirahmati. didoakan semoga berkekalan sehinggan akhir nyawa. amin amin amin.

Like fanpage saya
  




hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

Review B-vite Legacy Secret

  No comments    
categories: ,


Apa itu B'Vite ?? baca sini dulu --> Nak kulit cerah & sihat ?? Meh Try B'Vite !! alhamdulillah sekarang sangat berpuas hati dengan B'Vite. bukan apa banyak sangat produk kecantikan di kelililng kita sekarang nie sampai tak tahu nak pilih so sebagai langkah berjaga-jaga azney try lah B'Vite nie. nie pun Mek Onie yang bagi kat azney. terima kasih mek Onie .



B'Vite nie bagus sebab sejenis supplemen yang cukup mudah dipraktikkan nak nak pulak orang cam azney yang sibuk sampai makan pagi pun tak nie. B'Vite nie banyak kelabihan tau. Azney dah ceritakan tentang kelebihan dan kebaikan B-Vite dalam entry nie --Nak kulit cerah & sihat ?? Meh Try B'Vite !!.




antara kesan yang azney perolehi selepas mengamalkan B-Vite nie ialah bila bangun tido rasa badan segar sangat. takde lah rasa ngatuk je walaupun azney tido lewat. Bila pagi sebelum breakfast sempat lah ambil B-Vite nie . insyaAllah sampai ke tengahari perut rasa tak lapar . kira boleh diet jugak lah bila makan B-Vite nie.


dan yang specialnya B-Vite nie mampu memutihkan kulit hehe. yelah kan tak lama lagi azney nak tukar title dari cik ke puan memang tepat sekali lah ambil B-Vite nie. perubahan tue memang ada walaupun tak ketara. sebab baru ambil dalam 2 minggu gitu. tapi kira okay lah kan dah nampak kesan positif.jerawat halus dah kurang . sekarang nie tinggal sikit sikit je lagi kat muka hehehe.




eh korang berminat ke?? berapa harga?? ala murah sangat lah yang oiii memang harga mampu milik tahu sebotol cuma RM33.00 (WM)  RM38.00 (EM) BRD 18.00 (BRUNEI) SGD 18.00 (SINGAPORE) dan boleh lah pergi ke page page rasmi yang jual B-Vite nie. bukan apa untuk pastikan korang dapat yang original bukan tiruan. kang naya je rosak kulit badan korang kan.






Like fanpage saya
  
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

CARA MEMBUAT OAT CHOCO HOMEMADE



OAT CHOCO HOMEMADE


BAHAN-BAHAN

-100 gram Nestum

-100 gram Quakeroat

-50 gram Beryls White Compound / Coklat Compound Putih










LANGKAH-LANGKAH


1 - Sediakn Quakeroat dan nestum sama banyak

2 - Cairkn coklat putih secara double boiler atau kukus

3 - Satukan Nestum dan Quakeroat .

4 - Tuangkan coklat dan gaul Nestum dan Quakeroat pakai sudu kayu sehingga sebati.

5 - Ratakn adunan dalam loyang yang di lapik plastik (untuk memudahkan ia dikeluarkan dan tidak melekat)

6 - Sejukkan dlm freezer dlm 3-5minit keluarkan dan potong.


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.