Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

Samsung Galaxy Note 3 !!

  1 comment    
categories: 
Teringin nak tukar henpong baru memandangkan ekonomi sekarang agak kukuh sikit. tapi rasa macam tak jadi pulak bukan apa hari tu henpong sony yang pakai sekarang nie ada masalah battery pastu tukar battery baru terus hilang masalah battery yang asyik cepat habis..terus macam tak jadi nak beli henpong baru.lagi pun sayang sebab lama dah henpong sony nie berjasa kat aku..


tapi bila celcom buat promotion sempena CNY kali nie terus rasa geletar nak tukau henpong..nak nak warna nie huihui kemaen cantik tau tak???? lagik lagik Rose Gold in White T__________T





offer dari Celcom pun kemain lah baik tau. dengan serendah RM1588 selama 24 BULAN Celcom First with 5GB data tau..lepas tue apa yang paling penting dapat pulak Moschino case yang harganya RM189 secara PERCUMA !!! ... memang tergugat iman betul lah T___________T.. dan ada lagi kalau sign up dengan celcom note 3 nie korang akan dapat discount pembelian Samsung Galaxy Gear colour orange okenggg dengan harga RM288 padahal harga sebenar RM999 !!! Banyak gilerrr boleh jimat kan . nak nangis lagi rasa tauuu .. T__________T  ada jugak lepas jumaat nie nanti aku pergi celcom huhu..







nak lebih detail singgah sini --> http://bit.ly/LD8rxI teruih tengok meleleh ke idok air liur :)



Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

KELEBIHAN B'RAMPING COFFEE

  No comments    
categories: 







KELEBIHAN B'RAMPING COFFEE:

- Tidak menyebabkan pening atau cirit birit
- 100% ramuan semulajadi, lulus KKM, HALAL dan diproses kilang bertaraf GMP
- Dapat mengurangkan 20-30% berat badan berlebihan dalam jangka masa panjang 
- Mengecilkan bahagian badan yang menjadi tumpuan/pengumpulan lemak berlebihan seperti di lengan, pinggang, punggung, peha dan perut
- Membantu mendapatkan bentuk badan ideal
- Membantu mengawal selera makan sekaligus mengurangkan potensi untuk makan melebihi had atau tidak terkawal 
- Meningkatkan METABOLISMA dengan berkesan 
- Membakar lemak dan kalori dengan pantas 
- Melancarkan pergerakan usus dan mengelakkan sembelit 
- Membuang toksin yang merbahaya 
- Membuang angin dalam badan 
- Mudah bangun tidur, lebih cergas dan bertenaga
- Turut membantu mendapatkan kulit lebih sihat, anjal, halus dan berseri




BAHAN-BAHAN DALAM B'RAMPING COFFEE:

Kopi Arabica

Menurut kajian penyelidikan perubatan oleh Universiti Cornell, pengambilan kopi sesudah makan akan menyebabkan tubuh memproses makanan yang dimakan pada kadar yang lebih perlahan. Hal ini menyebabkan seseorang akan berasa kenyang pada tempoh masa yang lebih lama di samping mengekalkan kesegaran tubuh sepanjang hari. Kajian yang lain menunjukkan kandungan kafein dalam kopi Arabica akan mengurangkan kadar pemprosesan makanan oleh perut ke dalam duodenum, iaitu bahagian usus kecil di mana proses penghadaman berlaku selain meningkatkan kadar metabolisme.


Guarana

Amalan pengambilan guarana mampu mengurangkan selera makan sekaligus dapat mengawal kuantiti pengambilan makanan. Bukan itu sahaja, guarana juga dikatakan mampu membakar lemak dalam badan sekaligus mengatasi masalah kegemukan.


Asam Gelugor

Buah asam gelugur mengadungi asid sitrik, asid tartarik, asid malik, asid askorbik, asid hidroksisitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral. Dengan memakan buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis dan berat badan berlebihan. Di samping itu, ia turut bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
Ekstrak Ubi Kentang

Ubi kentang merupakan salah satu makanan yang mengandungi karbohidrat yang cukup tinggi. Oleh demikian pengambilan kentang sahaja sudah cukup untuk mengenyangkan perut dan mengelakkan daripada mengambil banyak makanan. Ini dapat menurunkan berat badan seseorang. Di samping itu ubi kentang turut membantu melancarkan pencernaan di dalam tubuh badan.


Serbuk Mutiara

Mengandungi bahan pelembab semulajadi, protein, vitamin B kompleks, polisakarida & sedozen mineral iaitu kandungan yang paling bermanfaat : 20-22 jenis asid amino. Khasiat serbuk mutiara adalah membantu mencegah penuaan kulit, membersihkan kulit, menanggalkan kesan bintik akibat usia tua pada kulit dan awet muda di samping menyahtoksikkan sistem badan.


Kolagen (Ikan Talapia)

Kolagen secara umumnya sangat baik untuk pertumbuhan semula sel-sel kulitt supaya lebih elastik dan memperbaiki struktur kulit. Kolagen telah terbukti mampu melambatkan proses penuaan, menghilangkan jerata, jerawat dan kedutan, di samping mencerah dan menggebukan kulit. Selain itu, kolagen dikatakan boleh melaraskan berat badan dan hormon, anti bakteria, membuang toksin daripada badan, menormalkan fungsi kelenjar tiriod, memperbaiki masalah kulit dan rambut, mengurangkan kedutan, tempat hitam, selulit, membantu meningkatkan metabolisme, dan berupaya mencegah anemia.


Fiber Oat

Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Ini bermakna oat dapat membantu membuat rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Oat sangat bagus untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, diabetis dan mengurangkan berat badan. Di samping itu oat dapat mengurangkan kolestrol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan, serta mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.


ATURAN PEMAKANAN

1 sachet sehari - waktu pagi 30 minit sebelum sarapan

ATAU (untuk kesan berganda!!)

2 sachet sehari - waktu pagi dan malam 30 minit sebelum sarapan dan makan malam





TIADA PANTANG LARANG

Tiada pantang larang semasa mengamalkan produk ini. Jadi amalkan tanpa rasa ragu-ragu untuk menikmati hidangan yang anda ingini
TIDAK PERLU BERSENAM

Bersenam untuk mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot adalah amat digalakkan tetapi jika anda tidak mempunyai ruang dan peluang serta kekangan masa, kesan penurunan berat badan dapat dilihat sekiranya anda tidak mengamalkan senaman secara konsisten

MINUM AIR MASAK/KOSONG/MINERAL SECUKUPNYA

Anda perlu minum air mengikut kemampuan anda untuk melancarkan program penurunan berat badan ini. Minum 3 liter air setiap hari amat digalakkan


PERHATIAN!!!

Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi, anda dibolehkan mengamalkan program ini tanpa ragu-ragu kerana kandungan produk tidak akan menjejaskan bayi anda. In shaa Allah~

** BRC tidak disyorkan kepada pesakit kronik seperti gastrik teruk, tekanan darah tinggi/rendah, migrain dan jantung.










20 SACHET/KOTAK

RM85 WM / RM95 EM TERMASUK PENGHANTARAN

HOW TO ORDER??

Kindly proceed with payment n inform us ur details..tq!

PAYMENT METHOD :

1) MAYBANK: 156057512121 ZAIDATULAZNI BINTI SHAMSUDDIN

2) attach us da resit or any attachment to prove ur payment thru facebook, mms/whatsapp (important !! without resit i will NOT post ur item)

3) SMS/WHATSAPP to hotline 0199415976/0139345956 your details, provide name , address, hp no (upon purchase, u agree our term and condition)

                     ✅NAME:
                     ✅ADD:
                     ✅NO HP:
                     ✅ITEM:
                     ✅PAYMENT :(RM DATE & TIME)

WAJIB!!
Sila masukkan email kami di bahagian Recipient email untuk rujukan kami sekiranya anda menggunakan Online Banking 


TERMS & CONDITION

1) SETIAP PEMBAYARAN DIBUAT WAJIB DISERTAKAN SALINAN RESIT ( AMEK GAMBAR DAN SMS/WHATSAPP KE 0199415976/0139345956)

2) ORDER AKAN DI PROSES DLM MASA 1-2 HARI BEKERJA.

3) PAYMENT & ORDER SEBELUM 2 PM AKAN DI POS HARI YANG SAMA, PAYMENT AFTER 2 PM BRG AKAN DI POS KEESOKAN HARINYA.

4) 0199415976/0139345956 - THIS NUMBER ADALAH UNTUK SMS/WHATSAPP URUSAN PERNIAGAAN ONLY!! ANY PHONE CALL TIDAK AKAN DILAYAN!!
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

PERTUNANGAN DALAM ISLAM :)

  1 comment    
categories: ,
assalamualaikum..

sekarang memang musim orang bertunang ke..bukan apa dalam tempoh sebulan nie ramai yang bertunang nak nak kalangan kenalan rapat hehe tak lupa jugak tuan rumah sendiri kihkih..

okay jom nak share sikit dengan korang tentang pertunangan dalam islam..tadi saje search tentang kursus kawin tapi terjumpa pulak tentang nie..macam menarik je untuk kongsi hehe



hantaran DIY tuan tanah hehehe


1. Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan pertunangan?

Ikatan pertunangan ialah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.

2. Bagaimanakah pertunangan ini dijalankan?

Pertunangan ini biasanya dijalankan mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.

3. Bolehkah perjanjian pertunangan ini dibuat secara lisan atau bertulis?

Perjanjian pertunangan boleh dibuat secara lisan atau bertulis tetapi sebaik-baiknya perjanjian ini dibuat secara bertulis untuk memastikan hak-hak pihak-pihak dalam perjanjian terjamin.

4. Apakah syarat-syarat asas untuk pertunangan?

Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:

i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Apakah halangan-halangan untuk berkahwin?

Halangan untuk berkahwin ialah hubungan muhrim di antara lelaki dan perempuan yang disebabkan oleh keturunan, perkahwinan atau sepersusuan.

6. Apakah perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui dalam pertunangan?

Perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui adalah seperti:

i) Tempoh pertunangan.
ii) Jumlah mas kahwin.
iii) Jumlah hantaran perkahwinan.
iv) Belanja perkahwinan.
v) Cara atau bentuk pembayaran mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
vi) Tempat perkahwinan akan diadakan.
vii) Tuntutan gantirugi dan atau remedi-remedi yang boleh dituntut jika berlaku kemungkiran pertunangan.

7. Sekiranya pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan, bolehkah pihak perempuan mengambil tindakanundang-undang?

Ya, pihak perempuan boleh mengambil tindakan undang-undang jika pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan.

8. Apakah undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan?

Undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan ialah peruntukan Seksyen 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.


saje je letak gambar tuan tanah hehehe

9. Adakah anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan jika pihak lelaki memutuskan pertunangan tanpa sebab yang munasabah?

Ya,anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan sekiranya perkara tersebut dipersetujui pada masa perjanjian pertunangan dijalankan.

10. Apakah remedi-remedi lain yang boleh dituntut daripada pihak yang mungkir?

Remedi-remedi lain yang boleh dituntut:
i) Ganti rugi hantaran yang telah diberikan kepada pihak yang mungkir.
ii) Ganti rugi perbelanjaan langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan perkahwinan.
iii) Ganti rugi hadiah pertunangan.
iv) Lain-lain bentuk ganti rugi yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam ikatan perkahwinan.

11. Sekiranya pihak yang mungkir pada perjanjian pertunangan tidak mahu membayar gantirugi di atas, bolehkah tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang mungkir ?

Ya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang mungkir.

12. Bagaimanakah tindakan itu boleh diambil ?

Sekiranya anda berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang, anda adalah dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan daripada pengamal undang-undang.

sumber
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

Dinosour mungkin ada di Malaysia



Dinosour mungkin ada di Malaysia berjuta tahun lalu


Ahli kaji bumi tidak menyangkal dinosaur mungkin pernah hidup di Malaysia berdasarkan bukti daripada beberapa kawasan di negara ini dengan batuannya berusia Jura-Kapur antara 203 juta hingga 65 juta tahun lampau sesuai untuk haiwan purba berkenaan hidup.

Ini dikuatkan lagi dengan penemuan tulang femur kiri, dinosaur sauropod yang pertama ditemui di Khon Kaen di Timur Laut Thailand pada 1976 dalam batuan berusia Jura-Kapur.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abd Razak, berkata kawasan berusia Jura-Kapur dijumpai di Gunung Panti, Johor dan di Gunung Gagau yang bersempadan dengan Terengganu, Kelantan dan Pahang memberi keyakinan bahawa fosil dinosaur boleh ditemui.

“Bagaimanapun setakat ini kami belum bernasib baik untuk menemui fosil dinosaur kecuali fosil tumbuhan berusia Jura-Kapur yang hanya ditemui dalam lapisan batu pasir setakat ini”, katanya kepada media selepas melawat lokasi penemuan fosil tumbuhan kuno berusia antara 270 hingga 340 juta tahun berhampiran kawasan projek pembinaan Ampangan Paya Peda, Hulu Besut, malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan melakukan ekspedisi kajian di beberapa kawasan bagi membuat cerapan geologi untuk mencari fosil fauna termasuk flora lagi pada masa akan datang.

Yunus berkata, sejak 1974 beberapa kawasan dalam negara termasuk Sungai Chincin di Terengganu dan Panti di Johor dikaji tetapi hanya hasil fosil flora sahaja ditemui.

Beliau berkata, mungkin pihaknya akan mendapatkan pakar dari Thailand bagi mengesan fosil dinosaur kerana mereka berpengalaman melakukannya hingga menemuinya di negara mereka sebelum ini.

Katanya JMG dengan kerjasama Kumpulan Warisan Geologi Malaysia serta pakar geologi akan meneruskan kerja inventori, pencarian, pengelasan, penilaian dan penarafan berkaitan sumber warisan geologi di seluruh negara.

Katanya, usaha itu akan diteruskan dan hasilnya didedahkan untuk pengetahuan generasi akan datang. - Bernama, 28 Januar, 2014.


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.