Pelumba Siri MSS Muhammad Izzat Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR – Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013, Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini, lima hari selepas terbabit dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama berkata pelumba berusia 17 tahun itu meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Dalam insiden Sabtu lepas, Muhammad Izzat, yang beraksi dalam kelas 250cc, dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan S. Satish, 44, pada pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan.

Satish meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada hari yang sama selepas mengalami kecederaan serius di kepala manakala Muhammad Izzat, yang turut mengalami kecederaan parah, dihantar ke HKL.

Berikutan kemalangan itu, perlumbaan pusingan keempat MSS 2013 ditangguhkan.

Sementara itu, SIC ketika mengucapkan takziah, berkata pemergian Muhammad Izaat adalah satu kehilangan besar kepada sukan permotoran negara kerana anak muda itu menunjukkan potensi yang besar untuk menjadi pelumba hebat di masa depan.

“SIC berkongsi berita kesedihan mendalam ini dengan pemergian pelumba Piala Ninja SIC ini dan kami akan membantu urusan penghantaran jenazah melalui penerbangan ke kampung halamannya di Kuala Terengganu,” kata SIC dalam kenyataan di sini.

Muhammad Izzat mengikuti Program 250 Piala Ninja SIC tahun ini dan berlumba secara aktif sejak 2006.

Program itu dimiliki oleh SIC dan disokong oleh Kawasaki.

Kejadian itu merupakan kali kedua berlaku di Litar SIC selepas pelumba MotoGP, Marco Simoncelli, 24, terbunuh semasa perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia pada 23 Oktober, 2011. – BERNAMA

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Tahniah Rabecca Nur Al Islam bersalin anak ketiga

Kuala Lumpur: Pelakon Rabecca Nur Al Islam selamat melahirkan anak ketiganya di Hospital Gleanegles, Ampang, jam 9.35 pagi semalam.
Suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman menemaninya ketika melahirkan Nor Anggerik Renesmee seberat 3.74 kilogram melalui pembedahan. 
“Alhamdulillah saya dan bayi sihat,” katanya.

Kelahiran bayi baru itu melengkapkan hidup pasangan berkenaan yang sudah mempunyai dua anak, Nor Adam Daniel, 5 dan Nor Anggun Raveira, 10 bulan.

“Saya dan suami suka keluarga besar, tetapi mungkin saya akan ‘berehat’ dulu daripada menambah ahli keluarga baru,” katanya.








NOR ANGGERIK RENESMEE and NOR ANGGUN RAVERRA#1st day#see world#baby 2012 and baby 2013😘#my Princess#love#my World

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Kes budak didera sampai mati: Berdepan hukuman gantung






Ipoh: Seorang suri rumah yang mendera anak perempuannya berusia lima tahun sehingga mangsa meninggal dunia kelmarin, didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh.

Choong Mee Chin, 30, didakwa di depan Majistret Nor Haslinda A Raof, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Ho Yan Hui di ruang tamu rumah mereka di No 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, kira-kira jam 9 pagi 12 Ogos lalu. 


Tiada rekod pengakuan 

Mee Chin yang berpakaian lokap berwarna hijau dan berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, mengaku faham pertuduhan dikenakan. Bagaimanapun mahkamah tidak merekodkan pengakuan sebelum menetapkan kes disebut semula 25 Oktober ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Wanita berkenaan sudah didakwa Selasa lalu, namun ketika itu hanya dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana memukul kepala dan seluruh badan mangsa menggunakan sebatang rotan serta Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan cedera parah ke atas mangsa. Dia mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Pertuduhan terbaru semalam dibuat susulan kematian mangsa jam 2.40 petang kelmarin dalam keadaan koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), 14 Ogos lalu. 


Otak menanah

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan serius di kepala iaitu otak bernanah dan jangkitan kuman dalam darah.

Bedah siasat mayat mangsa dilakukan di HRPB pada jam 9 pagi dan berakhir 12.40 tengah hari semalam sebelum mayat dituntut bapanya, Ho Kok Peng, 39, yang tiba jam 12.50 tengah hari.

Kok Peng yang kelihatan murung dan tertekan, enggan menemui wakil media yang menunggu di perkarangan bilik mayat HRPB seawal jam 8.30 pagi.




hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Kabinet Tolak Syor Peminjam PTPTN Dirujuk CCRIS




Kabinet sebentar tadi memutuskan tidak akan meneruskan cadangan menyenarai hitam peminjam ingkar di bawah Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Keputusan itu dibuat mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini. 

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. 


"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akuan Twitternya, sebentar tadi.

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, Pemuda membantah cadangan itu masalah peminjam ingkar wajar ditangani menggunakan tindakan sedia ada, termasuk pelbagai makanisme kutipan daripada peminjam.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini mengumumkan peminjam PTPTN yang ingkar membayar pinjaman disenarai dalam CCRIS berkuat kuasa bulan ini.

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

1.7 juta individu gagal bayar saman bakal dibatal lesen memandU



KUALA LUMPUR: Seramai 1.7 juta individu yang disenaraihitamkan kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Op Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini.


"Kami mensasarkan penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil terlebih dahulu berikutan peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Ops Selamat III (membabitkan mereka)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen/daerah terbaik Op Selamat III di sini, hari ini.


Beliau berkata polis akan mencadangkan undang-undang dipinda segera bagi membolehkan tindakan itu diambil dengan secepat mungkin.

Ops Selamat III yang bermula pada 1 Ogos hingga 18 Ogos lepas, secara keseluruhannya mencatatkan 17,831 kes kemalangan yang menunjukkan penurunan sebanyak 106 kemalangan berbanding Ops Selamat II.

Bagaimanapun kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 32 kes atau 14.2 peratus iaitu daripada 226 kes kepada 258 kes, dengan jumlah kematian turut meningkat sebanyak 49 kes atau 20.2 peratus iaitu daripada 243 kes kepada 292.

Khalid berkata mereka yang telah disenarai hitam dan juga mempunyai saman tertunggak dinasihatkan membayar saman mereka bagi mengelakkan tindakan itu.
"Kami juga akan mengambil penguatkuasaan yang lebih agresif khususnya terhadap mereka memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong dua garisan berkembar, jadi, esok jangan salahkan polis kerana mendapat saman," katanya.

Sementara itu semasa berucap pada majlis tersebut, Khalid berkata para pemandu kenderaan, terutamanya penunggang motosikal, perlu mengubah sikap bagi mengelakkan daripada kemalangan maut yang semakin meningkat pada masa ini.

Mengenai kesedaran di kalangan masyarakat untuk bekerjasama dengan polis dalam membantu menjaga harta benda dan memerangi jenayah, beliau melahirkan rasa puas hati dengan peningkatan penyertaan masyarakat.

"Ini dapat dilihat berdasarkan peningkatan penyertaan masyarakat dalam kempen Op Selamat tahun ini iaitu sebanyak 8,592 atau 58.5 peratus, secara tidak langsung menunjukkan tahap penerimaan masyarakat terhadap PDRM semakin positif dalam usaha membanteras jenayah," katanya. - BERNAMA


hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.