Fobia nak kawen

  1 comment    
categories: , , , ,
CNY nie ramai pulak yang kawen..hehe alhamdulillah dah sampai jodoh la tue kan hehehe..nie pun baru je balik dari kenduri kawen..ermmm CANTIK !!sampai tak kenal dah pengantin tue hehe..tue lah kuasa make up kan..


update blog kat Temerloh Mall sambil tunggu enche bakal tapi dia tak timbul-timbul lagi..menyampah pun ada sebab menunggu..ermmm...tibe-tibe teringat kat sorang kawan nie..sebaya..perempuan..tapi dah kawen..bestkan kawen muda? tapi bila tengok cara kehidupan dia rasa tak sanggup nak kawen..sebab??kebanyakkan yang kawen muda nie dalam umur belasan dan awal 20an..dan ada yang gagal..sekarang nie dah hampir 5 orang yang aku kenal..semuanya runtuh rumah tangga..memang tak kekal..salah sorangnya kawan yang agak rapat dengan aku time aku keje kat Biotechnology..


meh sini aku nak kongsi ape yang aku dan kawan-kawan lain alami selama kitorang kenal dia..aku kenal Si A bila dia kerja kat tempat aku..mula-mula dia okay sangat..boleh lepak sama-sama perangai pun gila-gila tapi kadang-kadang mental jugak..hahaha..kitorang jadi rapat lepas aku join birthday party anak dia..



nak dipendekkan cerita Si A kenal dengan seorang lelaki,,Si B..gara-gara sebab Si A jual barang pada Si B..mula-mula kawan gitu-gitu je tapi tah kenapa lepas 2 3 hari Si A jadi lain sangat..bila kitorang tanye dia jawab kawan je..Si B suka hantar mesej-mesej jiwang kat Si B..okay aku just dengar je malas nak layan sangat benda-benda camtue sebab aku tau yang Si A dah kawen dan tak mungkin malukan suami dia..

hujung minggu tue aku dengan enche bakal pergi brcuti ke Kuantan..planning punya planning Si A nak join..kitorang on jelah dan nak amek dia kat Terminal Makmur..tapi yang bengangnya dia ajak Si B sekali..tapi kitorang buat muka selamba jelah macam tak de pape..dengan muka tak bersalah Si A jalan engan Si B macam pasangan couple..aku dengan enche bakal terkejut giler tapi buat je tak tahu..time kat Megamall si B tanye enche bakal..betul ke si A tak de sape-sape..enche bakal aku malas nak campur sebab kenal pun sekejap je kan..


sampai kan kalau dia nak keluar rumah mesti dia guna nama kitorang untuk dapat izin dari suami dia..yang kesiannya suami dia tue dah lah mualaf buat pulak cam tue kat dia..haishhh nak cakap tapi bila nak cakap je suami dia mesti cerita kebaikkan isteri dia..last-last kitorang senyap je..


pernah sekali kantoi dengan suami dia tapi tau apa yang Si A buat?? pergi rumah Si B..katenya tenagkan pikiran..tenangkan ape kalau merempat rumah jantan lain..ergggg kitorang semua masing-masing sume dah slow dengan dia lepas kes kantoi tue..ayat punya baik sampai suami dia percaya..nauzubillah..tak paham betul..kenapa tak mampus je kan..lagi baik tak payah tambah dosa suami..tak tahu dek untung betul..suami tue mualaf patutnya bimbing lah dia..ini haishhhh...


baru-baru nie kan dapat duet BR1M kan..habes dikebasnya untuk berjoli dengan jantan keparat tue..tapi tak leh salah kan jantan tue sebab jantan tue pun tak tahu yang Si A nie dah berkahwin dan anak 3..sebelum tue exciden..mintak dengan suami nak RM400 rasanyakata nak pergi hospital swasta tapi.. habis dilenjan dengan jantan tue ke Genting..baik pegi mampus jatuh dalam gaung lagi baik..haaa geram sangat dah nie..


last-last sekarang nie amek jalan mudah malas contact malas jumpa..sebab taknak terlibat dah dengan penipuan Si A..bukan apa kesian kat suami dan anak-anak..suami dia sanggup pinjam duet dengan enche bakal sebab nak beli pampers dan susu anak tapi isteri dia??hampehhh sikit pun tak de rasa tanggungjawab seorang ISTERI dan IBU..



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
zaidatulaznyscorner
AzSha Marketing Zaidatulazni Shamsuddin

 klik iklan nuffnang nak kawen.

Al fatihah AHMAD ADAM Syukri

  3 comments    
categories: 








AL FATIHAH KEPADA ADIK AHMAD ADAM SYUKRI YANG TELAH PERGI MENGHADAP PENCIPTANYA..
SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGANYA..SEMOGA IBU DAN AYAH ADIK ADAM TABAH MENGHADPI UJIAN INI..

MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL FATIHAH BUAT ADIK AHMAD ADAM SYUKRI.
SYURGA MENANTIMU SAYANG..


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

http://www.facebook.com/zaidatulaznyscorner

AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.

#wordless wednesday | U S

  4 comments    
categories: , , , , ,


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

http://www.facebook.com/zaidatulaznyscorner

AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.

Baju kurung puaka

  3 comments    
categories: 

SEBAHAGIAN daripada baju kurung dan kain batik milik Linda yang membuatkannya berasa seperti cacing kepanasan apabila memakainya.


SEBELUM ini Linda (nama samaran) tidak pernah alah dalam berfesyen. Dia sering menjadi perhatian rakan-rakan sekerja kerana sentiasa menjaga penampilan. Saat itu dia bertugas sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta di Grik, Perak.

Dalam bijak berfesyen, Linda juga tidak mengenepikan hukum syarak apabila tampil menjaga aurat. Dia merupakan penggemar baju kurung setiap kali pergi ke pejabat.

Namun, hidup Linda mula berubah apabila pada suatu hari badannya berasa seperti cacing kepanasan selepas memakai baju untuk ke pejabat. Keadaan itu berlaku secara berlarutan sejak lapan tahun lalu sehingga kini.

“Pada mulanya saya berasa seperti tidak selesa dan sakit-sakit badan sejurus memakai baju kurung untuk ke tempat kerja. Badan berasa seperti mencucuk-cucuk, panas dan sendi begitu lemah.

“Selain baju kurung, pakaian saya yang lain semuanya seolah-olah berpuaka kerana berasa begitu terseksa apabila memakainya. Kesakitan itu berulang pada setiap kali saya memakai pakaian lain yang digunakan semula selepas dicuci.

“Hidup saya benar-benar terganggu sejak lapan tahun lalu sehinggalah kini,” kata Linda, 34 yang telah bertemu ramai bomoh dan pengamal perubatan alternatif bagi merawat masalah itu.

Dia yang pada awalnya menganggap hal itu sebagai masalah kesihatan turut berjumpa doktor bagi melakukan ujian kerana sendi pada tubuhnya kerap berasa sakit. Namun, pegawai perubatan tidak dapat menentukan apa-apa masalah tentang kesihatannya.

Biarpun terbiasa dengan keadaan yang menyeksakan itu, Linda menemui penyelesaian apabila dinasihatkan oleh pengamal perubatan Islam untuk cuba memakai baju baharu. Hal itu berikutan Linda didakwa telah terkena ilmu sihir menerusi minyak dagu yang dicalit pada pakaiannya.

Tindakan memakai baju baharu memberikan kesan apabila tiada sebarang gangguan yang dialaminya. Namun masalah lain pula timbul apabila Linda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar demi menukar pakaian baharu pada setiap hari sejak beberapa tahun lalu.

“Apabila pakai baju baharu, saya tidak diserang apa-apa masalah. Sihir itu dikatakan menganggu apabila memakai baju yang sama berulang kali. Ini bermakna saya perlu memakai baju baharu pada setiap hari.

“Kadang-kadang sanggup tidak mandi seharian kerana tiak mahu menukar baju lain,” kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Linda terpaksa berhabis wang kerana perlu membeli pakaian baharu untuk dia memakainya pada setiap hari.

“Apabila dihitung, mungkin perbelanjaan saya untuk membeli baju baharu sudah mencecah lebih RM100,000. Selain itu saya banyak meminjam pakaian daripada keluarga untuk menjimatkan kos membeli baju.


SHAMSURI (berdiri) turut membantu Linda dalam melakukan proses memulihkannya kembali daripada terkena sihir minyak dagu.


“Ada juga saudara-mara yang memberikan pakaian terpakai kepada saya. Selepas memakainya sekali, saya sudah tidak boleh menyarungnya lagi.

“Banyak juga baju yang hanya dipakai sekali telah diberikan kepada orang lain kerana saya sudah tidak boleh memakainya. Hingga kini, jumlah baju yang terpaksa saya beli sudah tidak terbilang jumlahnya tetapi memenuhi lima buah almari,” katanya kepada Jurnal baru-baru ini.

Untuk mengubati masalah tersebut, Linda kini berhenti bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dan pulang ke kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan sejak lima bulan lalu.

“Hidup saya sengsara dalam tempoh yang lama. Apabila diberitahu telah terkena ilmu hitam oleh seseorang, saya kini sudah tidak bekerja lagi. Saya mahu memberi tumpuan kepada proses berubat,” kata wanita kecil molek itu.

Dalam pada itu seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie menjelaskan bahawa minyak dagu merupakan salah satu daripada cara untuk melakukan sihir terhadap orang lain.

Minyak dagu merupakan cecair yang terhasil daripada dagu orang mati yang dilayur di bawah api. Cecair berlemak itu akan keluar menerusi dagu selepas terkena bahang api dan seterusnya dijampi.

“Bahan sihir itu kebanyakannya dibawa masuk daripada negara jiran. Tidak hairanlah negeri-negeri yang bersempadan seperti Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis menjadi lokasi mudah untuk mendapatkannya.

“Kini saya dapati ada minyak dagu yang dipasarkan hingga ke Pahang oleh sindiket yang menjualnya secara komersial. Selalunya ia dijual pada harga antara RM300 hingga RM2,000 sebotol yang sebesar botol minyak atar mengikut gred,” kata Shamsuri yang menyatakan kerisauannya apabila bahan itu semakin mudah didapati.

Tambahnya, minyak dagu dari Siam dihasilkan daripada mayat kanak-kanak yang dilahirkan pada hari Selasa. Bayi itu juga haruslah merupakan milik seorang ibu yang turut dilahirkan pada hari Selasa.

Antara kegunaan minyak dagu dalam perbuatan sihir termasuklah sihir penunduk, sihir pengasih dan untuk membalas dendam dengan membuatkan mangsanya sengsara.

“Cara menggunakannya ialah menerusi mencalit pada pakaian atau tubuh orang yang mahu ditujukan ilmu hitam itu. Selain itu, ada juga yang menanam botol minyak dagu di kawasan tertentu dan meletakkan dalam makanan mangsa,” kata Shamsuri yang turut membantu Linda mengatasi sihir tersebut menerusi bacaan ayat-ayat suci al-Quran.


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

http://www.facebook.com/zaidatulaznyscorner

AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.

Rozita balas cinta saya - Najib Razak.

  No comments    
categories: 

erkk !!! Apa pun tak boleh



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

http://www.facebook.com/zaidatulaznyscorner

AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.