'Mayat itu anak saya', kata ibu bapa Zhen Zhong

  1 comment    
categories: 

IBU bapa William keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi tujuan pengecaman di Klang, pagi tadi. gambar kecil, William Yau Zhen Zhong.SUBANG JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, mengesahkan mayat budak kecil yang dijumpai di Pelabuhan Klang, petang semalam adalah anaknya.

Pengecaman itu dilakukan berdasarkan seluar pendek dan seluar dalam mayat terbabit sama seperti yang dipakai Zhen Zhong ketika dia dilaporkan hilang. 

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, dalam sidang akhbarnya sebentar tadi berkata, polis masih menunggu laporan DNA mayat terbabit sebelum mengesahkan perkara itu. 


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

http://www.facebook.com/zaidatulaznyscorner

AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.

SEGMEN JIAKREATIFELT 3 in 1:Apakah?

  2 comments    
categories: ,



FOLLOWER : 1024

FANPAGE : ZaidatulaznysCorner & AzSha Marketing


.. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."


love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

http://www.facebook.com/zaidatulaznyscorner

AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.

Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434H

  No comments    
categories: 


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.


Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.


Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

"sama-sama kita sedekahkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w ".. 

Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."


love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

http://www.facebook.com/zaidatulaznyscorner

AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.

Bungkus & Campak Bayi Dalam Tong Sampah Hospital

  2 comments    
categories: 


Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.

“Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.

“Ketika sedang mendapatkan rawatan, gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.

Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.

“Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu.

“Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan," katanya.

Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan.

Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

sumber : http://rx.hu/zl3Z

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

http://www.facebook.com/zaidatulaznyscorner

AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.

mata kiri berkedip-kedip??

  No comments    
categories: 
hai assalamualaikum semua..

tak tahu lah kenapa la hari ney, mata kiri aku asyik berkedip-kedip je, kenapa ye??ermmm dari semlam pulak tue..ada apa-apa petanda ke..


Ohhh help me..!!!



Adakah ini 1 petanda yang baik atau tak baik,ermmmm. atau adakah ke aku akan menangis atau sebaliknya..apa pun banyak-banyak la berdoa supaya tiada apa yang akan berlaku.tapi dalam hati tetap risau..ramai pulak orang cakap kalau mata kanan bergerak-gerak maksudnya nak jumpa orang jauh danmata kiri pulak nak menangis?? Betul ke? acane nie??

nak share sumting yang menarik hehe..sebab malas nak layan mata yang berkedip-kedip nie..mane tau mata aku ade problem ke kan..


**************************************************

Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Lantas, mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali.


Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata. Memandangkan mata merupakan antara anggota tubuh yang penting, orang Melayu mempunyai banyak firasat tentang pergerakkan pada keliling mata serta penglihatan mata yang berkunang-kunang.


Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.


Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.


Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.


MATA KANAN

Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan ada yang menggoda atau mengganggu.

8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.

10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.

12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.

4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.

6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.

8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.

10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil

2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.


MATA KIRI


Jika MATA KIRI sahaja yang berkedip-kedip pada;

6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.

2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.

4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.

8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.

10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.

2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.


Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,


Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.

Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Bibir bawah bergerak – akan menangis.

Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.

Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.

Tangan Kiri gatal – nak buang duit.


Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih
mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…


Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata.


p/s: malas nak percaya takut terpesong kan kan kan...


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

zaidatulaznyscorner & AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.