‘Fesyen merupakan suatu seni bina: ia berkaitan perkadaran’- Coco Chanel
Banyak kebenaran disebalik kata-kata ikon gaya, Coco Chanel. Saya pula anggap ia sebagai peraturan asas fesyen.
Peraturan Fesyen: Jangan tayangkan kulit secara berlebihan.
Ucapkan hello kepada maxi
Maxi merupakan skirt panjang yang mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih kurus, yang sangat digemari di kalangan hippie, gadis prairie, ‘goth’, dan hijabster (Nota: Contohnya seperti Hana Tajima dan Yuna, yang merupakan ikon gaya bagi wanita berhijab)
Buat masa ini, skirt maxi mempunyai peminat yang lebih luas. Digayakan dengan popular pada zaman 90an, kini skirt maxi sudah kembali. Syukur juga, kerana kini terdapat lebih banyak pilihan berbanding seluar panjang tatkala kaki tidak ingin bekerjasama.
Apa yang bermula sebagai obsesi bohemian seperti yang dimulakan oleh Nicole Richie, skirt maxi kini boleh didapati dalam pelbagai reka bentuk dan corak, sesuai untuk semua acara!
Siapa kata korang semua hanya boleh memakai seluar dan skirt paras lutut sahaja ke pejabat? Tambahkan pilihan dengan skirt maxi. Contohi pelakon dan ikon gaya Amerika, Rachel Bilson dan gayakan skirt maxi dengan blazer. Jika korang bersaiz genit seperti Bilson, pilihlah blazer pendek dan jika korang tinggi, blazer yang lebih panjang pasti terletak padan.
Jika korang kurang minati blazer (dan pejabat korang lebih terbuka kepada pilihan pakaian), maka cuba masukkan kemeja ke dalam skirt seperti Dianna Agron.
Semua orang cuba kelihatan sempurna untuk janji temu. Namun begitu, pilihan pakaian untuk janji temu tidak terhad kepada dres pendek semata-mata untuk menarik perhatian si dia.
Para gadis inginkan gaya yang kelihatan seolah-olah tidak mencuba untuk kelihatan jelita. Apa lagi yang memberikan gaya sempurna tanpa cubaan berbanding maxi? Korang boleh menggayakan maxi untuk janji temu makan tengahari dan janji temu makan malam.
Selamat tinggal seluar jeans dan seluar pendek untuk gaya kasual. Sesuai dengan cuaca panas Malaysia, skirt maxi mampu menyejukkan.
Korang boleh menggayakan skirt maxi dari pantai ke kompleks membeli-belah. Berfikir seperti pelakon hangat Minka Kelly serta padankan sahaja dengan kemeja T putih dan skirt maxi berwarna-warni.
Ada suatu ketika di mana orang akan kaitkan skirt maxi dengan pakaian mengandung. Keadaan masih begitu, kerana teman saya pernah bertanya kepada saya tatkala saya gila membeli skirt maxi, “adakah awak mengandung?”
Semestinya jawapannya adalah saya tidak mengandung dan sesiapa sahaja boleh memakai skirt maxi kerana ia selesa dan bergaya. Pakaian mengandung tidak lagi bermakna korang perlu bergaya buruk dengan adanya maxi.
Contohi ibu selebriti Nicole Richie, dan lihat bagaimana beliau gayakan skirt sama dalam empat cara. Apa lagi yang korang nantikan? Abaikan skirt pendek dan carilah skirt maxi!
sumber
mbb
thanks for reading !!
sharing is caring