Sinopsis Vanilla Coklat...

  1 comment    
categories: ,
Perhatian: Nanti jangan lupa tinggalkan jejak kat ♥ yang ke-3 tue ea,,kalau ase malas komen jela..senang nak follow n bw semula..maaf lah sekarang nie na bw pun agak susah sebab kekangan masa..nanti ada masa aku bw dan follow balik ea..terima kasih..


 

Drama ini ditayangkan dalam slot Lestary setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3. Drama yang dibintangi oleh Izara Aishah, Aiman Mentor 5, Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi dan Liza Abdullah ini bergenre komedi dan cinta.
 
Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih.

Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan. Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya.

Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir.

Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju. Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan.

Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan.

Lebih mencemaskan dalam Vanila Coklat apabila Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara. Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main.

Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir.

Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara. Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka dalam Vanila Coklat?


sumber

Kawen awal??

  2 comments    
categories: ,
Perhatian: Nanti jangan lupa tinggalkan jejak kat ♥ yang ke-3 tue ea,,kalau ase malas komen jela..
senang nak follow n bw semula..maaf lah sekarang nie na bw pun agak susah sebab kekangan masa..
nanti ada masa aku bw dan follow balik ea..terima kasih..


Berkahwin di usia muda adalah suatu niat suci yang tak perlu diberi pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripadanya . Ia sudah menjadi tuntutan agama, yang mana digalakkan oleh Nabi SAW sejak dulu lagi. Malah dianggap sebagai ibadah, macam amalan-amalan lain. :)


Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang “attack” dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:


“Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka…” (24:32) 

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka.

Arahan “kahwinlah” menunujukan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggungjawab ini tepikul kepada penjaga sama ada lelaki atau wanita.

Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yang dipertanggungjawabkan sangup menghalang anak jagaannya daripada berkahwin .Tidak sepatutnya bagi seseorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w:

 “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Jelas baginda menganjurkan kepada penjaga agar kahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama, akhlak, amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia. Ada pun meletakkan syarat-syarat tambahan di takuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya mebawa fitnah kerosakan di dalam masyarakat.


Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda :

“ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

Dari fatimah binti Qais ,

Sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini Usamah bin Zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun. Nikahlah kamu akan Usamah bin Zaid” Maka aku enggan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda “Nikahlah dengan Usamah bin Zaid”. Maka aku nikahinya. Maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata:

Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita. Dan Nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat. Nabi memberi kaedah seperti puasa.
 Dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah “Nasfu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah maka ia akan mennyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil”. Dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat. Antara-antara kelebihan-kelebihan perkahwinan awal adalah mendekatkan diri kepada Allah swt dan agama. Adalah ibadat dan sempurna ibadat dengan berkahwin, menjaga dan menyelamatkan hubungan sesorang itu dengan ikatan yang sah dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik, menjaga dari hilangnya kemanisan perkahwinan itu, masa dengan pasangan adalah lebih dan dapat merancang dengan baik, budaya “ becouple” ketika kahwin adalah terbaik.

Kalau dah agama yang menuntut kita mendirikan rumahtangga, kenapa kita masih mempertikaikan kebaikannya?
  • Berkahwin boleh mengelakkan maksiat berleluasa.
  • Berkahwin menjadikan pasangan itu matang dalam bertindak.
  • Berkahwin menimbulkan rasa tanggungjawab pada pasangan.
  • Berkahwin menarik banyak rezeki.
  • Berkahwin meramaikan ummah manusia, kerana Nabi SAW berbangga dengannya.
  • Berkahwin sebagai salah satu cara membaiki diri.

Tapi ... Lumrah Manusia Tak Pernah Berubah
Walau bagaimanapun, hakikatnya, lumrah manusia masih sama. Semoden mana zaman yang kita berada sekarang, lumrah manusia masih sama.

>> Lelaki ingin berkahwin dengan perempuan.
>> Pasangan muda ingin melangsungkan perkahwinan untuk kebahagiaan.
>> Apabila dah sampai 'seru' dan hajat, kenapa nak tangguh lagi?

Ada banyak kelebihan berkahwin di usia muda. Antara yang kita perlu tahu adalah :
  • Kahwin di usia muda memberikan ketenangan jiwa dan tidak akan lagi kesunyian/
  • Kahwin di usia muda, menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh khusyuk. Yalah, tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap pasangan yang belum pasti.
  • Kahwin di usia muda, menjadikan mereka lebih fokus terhadap tanggung jawabtermasuk terhadap pencarian ilmu. Masa semakin banyak perlu digunakan dan tiada lagi masalah nak melakukan perkara sia-sia seperti bermain game siang malam, bersembang hingga larut malam dan membaca komik berjam-jam tanpa hulu tuju yang kadang-kadang tak kelihatan matang dan membazir masa jika keterlaluan. :)