Konniciwa!!!selamat petang silent readers hehehe tetibe jek rase na berbahasa jepun,,almaklumla da lame x datang kelas..da sebulan kitorang cuti..hehehe excited puasa nan raya..minggu depan baru na mula balek..haih ntah cmne la nanti ea..hehehe mesti cikgu garu kepala dapat abak murid cam kami..tadi belek-belek metro tibe-tibe terbaca nama nie Adzrad Ezramel Adnan..nama cam kenal..laaa budak kelas aku dulu time skola...Gensekii tue weh,,wah wah da maju sekarang kawan-kawan aku hihihi..kalau na tau kena la beli metro hari ini yeay...sape-sape yang tak pernah dengar lagu gensekii meh sini aku na bagi dengarkan..
PEMINAT muzik di Malaysia hari ini sudah menerima baik kemunculan rock indie dan progresif seperti Meet Uncle Hussain. Begitu juga dengan kemunculan Bunkface dengan genre pop punk serta Hujan yang ada gaya unik.
Justeru, tidak menghairankan jika ramai di luar sana boleh menerima kehadiran kumpulan tiga anak muda yang menggelarkan diri mereka Gensekii.
Dianggotai Muhammad Qayyum Md Shafie atau Yum (vokal), Mohd Khairi Razali atau Kyrie (gitar dan vocal) dan Adzrad Ezramal Adnan atau Eba (bes), Gensekii tampil berbeza apabila mengutarakan konsep muzik Japanese Rock (J-Rock) yang berasal dari Negara Matahari Terbit.
Bahkan, pemilihan nama mereka juga diambil daripada perkataan Jepun iaitu Ganseki yang membawa maksud rock. Akui mereka, J-Rock unik kerana menggabungkan stail muzik alternatif, pop, rock, acid jazz, punk, disko dan beberapa lagi rentak bebas.
Penampilan pemainnya pula lebih cenderung kepada konsep ceria dengan kostum warna ‘trendy’ seperti fesyen anak kota sekarang.
Bercerita lanjut, Kyrie dan Eba mula bertemu apabila belajar di sebuah kolej pada 2009. Namun ketika itu pembabitan mereka dalam muzik hanya suka-suka. Sebaik bertemu Yum, barulah mereka serius bermain muzik dan menubuhkan Gensekii. Minat kepada muzik J-Rock membuatkan mereka memilih muzik ini bagi disajikan kepada peminat.
“Genre J-Rock sebenarnya sudah lama ada di Malaysia. Cuma ia belum menular secara meluas dan tidak sehebat Korean Pop (K-Pop). Namun menerusi pengalaman, kami dapati muzik ini semakin diterima peminat di Malaysia.
“Kami pernah buat persembahan dalam Malaysian Japanese Rich Community (MJRC) yang menggabungkan Gensekii dengan kumpulan lain yang berkonsep J-Rock dan mendapati sambutan begitu menggalakkan.
“Sebenarnya penggemar J-Rock bukan setakat meminati muzik, malah ia turut berkaitan dengan kegilaan terhadap anime (komik) Jepun. Ramai penggiat muzik ini terdiri daripada kaum Cina tapi sayangnya mereka kurang menonjol dalam industri muzik arus perdana,” jelas Eba.
Kesungguhan mereka memperjuangkan muzik J-Rock turut ditunjukkan apabila menyertai persembahan di rangkaian pasar raya besar di seluruh Lembah Klang bermula awal tahun ini sehingga sekarang. Tidak ketinggalan mereka turut terbabit dengan ‘gigs’ anjuran MJRC yang disertai 10 kumpulan termasuk dari luar negara.
“Setiap lokasi mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat. Pada 16 Oktober ini kami akan beraksi pada konsert yang dinamakan J-Rock Tamashii di Auditorium Bentley Mutiara Damansara. Kami percaya konsert ini akan dihadiri ramai penggemar J-Rock dan anime Jepun.
“Kalau ikutkan kami mahu jadi perintis bagi mengembangkan J-Rock di Malaysia. Ramai yang minat untuk ketengahkan muzik ini tapi mereka tiada pentas sesuai untuk berbuat demikian. Peluang yang ada hanya menerusi pertandingan Battle of The Bands yang pernah diadakan di Tasik Titiwangsa sebelum ini serta beberapa program lain.
“Kami beruntung kerana menggunakan sepenuhnya kemudahan laman sosial facebook (fb) untuk memperkenalkan dan mempromosi Gensekii kepada peminat. Setakat ini, kami sudah berjaya mengumpul lebih 3,000 peminat dari pelbagai tempat,” kata Yum pula.
Tidak lari daripada tema cinta, Gensekii menghasilkan single pertama mereka pada Januari lalu berjudul Jauhi Aku yang diilhamkan Kyrie bersama Keroz dan Azam sebagai penulis lirik. Agak menarik apabila lagu ini mendapat sambutan hangat daripada pendengar dan berjaya mendapat tempat di carta lagu XFM.
“Kami juga digelar Artis Cool di carta radio itu. Lagu itu juga berjaya memasuki pencalonan dalam Muzik-Muzik 2011 dan kini kami tampil dengan single kedua berjudul Melankolik. Kelainan lagu kami dari segi muzik dan bunyi ditampilkan yang sangat lain berbanding kumpulan sedia ada.
“CD kedua-dua single ini kami jual secara terus kepada peminat ketika membuat persembahan dan turut dijual menerusi fb. Kami beruntung kerana mempunyai Gensekii Studio di Sri Gombak, Kuala Lumpur untuk rakaman album dan sekarang kami sedang berbincang dengan syarikat rakaman bagi proses pengedaran album Gensekii.
“Alhamdulillah kami juga sudah menerima permintaan dari Jepun melalui penyanyi Malaysia, Aizdean, yang sudah berpangkalan di negara itu.
“Pengurusnya selalu berurusan dengan kami mengenai perkara ini dan kami sudah merangka dua langkah yang difikirkan terbaik iaitu menghasilkan lagunya secara solo dan membuat penampilan khas Gensekii dalam lagu itu,” katanya.