Elia balas kenyataan Apek..Ibu anggap tiada jodoh..

  1 comment    
semalam kita membaca kenyataan apek berhubung dengan kes putus tunangnya dengan elia..tapi aeney elia membalas kenyataan apek dengan mengatakan bahawa "khairul tak cakap apa" berhubung pertunangan mereka yang diputuskan oleh apek..
disini aku share dengan koram kenyataan elia..dan kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu apek dari sumber..


TINGGAL KENANGAN...Elia (kiri) hanya mengetahui kisah putus tunang menerusi kenyataan Khairul dalam Metro Ahad, semalam.

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.
Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).
“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.
Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.
Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.

berikut adalah kenyataan ibu apek yang dikeluarkan..

KOTA BHARU: Ibu penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, menyifatkan keputusan anaknya memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, sebagai takdir.
Bidah Ibrahim, 53, berkata jodoh anaknya dengan Elia tidak kesampaian kerana mereka tiada jodoh.
“Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan (mengenai hal putus tunang itu).“Jika pertunangan mereka hanya setakat ini saja, saya anggap mereka tiada jodoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, di sini, semalam.Bidah mengulas keputusan Khairul Fahmi atau popular dengan panggilan Apek memutuskan pertunangannya dengan Elia selepas bertunang pada 17 Mei lalu.Semalam, Metro Ahad melaporkan di sebalik kecemerlangan menjaga gawang gol, Khairul Fahmi memendam rasa sehingga memutuskan pertunangan dengan Elia. Khairul Fahmi turut menafikan kemelut itu berlaku angkara orang ketiga iaitu seorang gadis dikenali dengan nama Dahlia.Menurut Bidah, sehingga kini, dia belum berhubung dengan keluarga Elia dan menyerahkan kepada Khairul Fahmi untuk menyelesaikan masalah itu.
“Tidak banyak boleh saya perkatakan kerana semuanya saya serahkan kepada Khairul Fahmi.
“Saya memang tahu anak saya dan Elia ada sedikit masalah, tetapi tidak mahu mencampuri hal mereka dan yakin Khairul Fahmi bijak menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang tepat,” katanya.
Bidah berkata, dia tidak tahu mengenai dakwaan kemunculan orang ketiga yang menggugat hubungan anaknya dengan Elia, malah tidak mengenali siapa Dahlia seperti dilaporkan akhbar.
“Saya pun dapat tahu cerita mengenai dakwaan (kemunculan) orang ketiga dan (kemunculan) nama Dahlia itu menerusi akhbar.“Apapun, saya tidak dapat menjelaskan situasi sebenar kerana segala persoalan, Khairul Fahmi saja yang boleh jawab, lagipun buat masa sekarang dia tidak bersama keluarga kerana sibuk dengan kerjayanya,” katanya.
 

u makan ape sahur tadi??

  No comments    


boy : u sahur makan ape tadi??
gurl : i makan nasi nan redang ayam plus sayur kangkung plus telur asin..hehehe u makan ape??
boy : i makan ape u makan gak heee..
gurl : oke..heee




tue kalau sahur kalau berbuka pn mesti tanye benda sama gak an..aku rase tyme puasa nie la orang tersayam paling caring hahaha mesti na tanye makan ape..berbuka ape..pegi terawih tak..solat jangan tinggal..tido awal tau,,eso na bangun awal sahur nanti keje susa mengantuk..hehehe sweet je an..



ally iskandar putus tunang?????

  No comments    

Ramai yang teruja & gembira apabila mengetahui berita mengenai pengacara popular tv yang berumur pertengahan 30 ini telah mengikat tali pertunangannya bersama seorang wanita, bekas peserta rancangan realiti, sekitar awal tahun ini.
Al-kisahnya, hari ini kami menerima berita yang kurang mengembirakan mengenai mereka berdua. Dengar cerita, sejak kebelakangan ini pihak perempuan telah meletakkan status seperti ‘I’m officially single’ yang sekaligus membuatkan ramai orang tertanya-tanya akan status pertunangan mereka.
Adakah pertunangan mereka sudah putus, atau kekal seperti biasa? Bukan apa, selama ini kami teringin nak melihat hubungan kedua-dua pasangan berakhir di jinjang pelamin. Iya’lah, si lelaki sangat hensem orangnya, yang perempuan pula memang cantik, sesuai sangat!

anak bulan da nampak la...

  No comments    
cepat-cepat anak bulan da kua..sape na sambut neyh..yeaayy da bley puasa hehehe..eh salah salah..yeayyy da na selamat da kawan aku hehehee..tadi kekanda tersayang  dye ade call aku bagi info yang adek tersayam  otw g hospital..air ketuban da pecah hehehe..perghh orang laen dok tunggu anak bulan na puasa..mak buyung tunggu baby tersayam keluar..so kalau anak dye kua laki ley la bagi nama anak ramadhan hehehe...kalau perempuan bak kata kak baha bagi nama ramadhani hehehe..untuk lina semoga selamat melahirkan baby yang comey dan ibu sihat  serta selamat oke...
yang kiri belum lagi yang kanan je oke...






p/s:isnin baru g tengok baby nan ibu..

percutian spontan..

  No comments    
categories: 


sekarang aku berada di port dickson..tapi ape yang aku kesalkan bila aku sampai sini air tak da..perghhh macam ne aku na mandi cmne aku na tut tut..adushhh bengangnya la..sampai sekarang entry nie di update aku xcuci muka lagik tau.. hehehehe..na buad guane kan..da darurat..laut kat bawah tue da memanggil da tue..hehehe jangan jeles..nampak gayenya aku ne terjun laut la..


aku datang pd nie bukan sorang jek..tapi aku datang dengan makcik aku 1 family..hahaha percutian ini dinamakan percutian spontan..seyes aku cakap tak plan ape-ape pun tibe-tibe cakap jom kita g pd..yeayyy berbunga-bunga hatiku neyh hahahahaha..

kitorang gerak semalam dalam kul 10.00 sampai kat pd dalam kul 11.30..laju tak laju tak??hehehe sampai jek terus check in kat apartment sesuai la kan untuk famili ramai cam kami nie hehehe..ape agi bentang toto tido depan tb la..haha aku tak suka tido lam bilik..tapi sebelum tue sempat bergayut engan ehem-ehem dulu..da puas bergayut baru boley tido..

sebenarnya ade kawan pakcik aku yang join sekali tapi disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dikawal dan dielak hahaha..pagi tadi dye sampai..kesian hehehehe..jaatnya aku..pagi aku bangun aku tengok adik-adik sepupu aku da excited na pegi mandi kolam..huhuhu sampai sekarang nie dorang tak naek-naek ag..selagi xkecut sume benda selagi tue la tak naek hehehehe..

aku bangun tadi terus p snap bape keping gambar..konon2 permandangan di waktu pagi la hahahaha..dari tingkat 9 ag tue tau..hahaha

laut tue pn da tak sabar menanti aku hahaha perasan jekkk...

aku na naek  pisang tue boleyyy hehehehe

kolam tuk dak-dak kecik..

tengok orang mandi na mandi tapi segan laaa
pokok kat bawah tue tumbang malam tadi sebab ade ribut tau hehehe
 ok bai..nanti cerita seterusnya akan di update ag..