Kes Sosilawati: Media Akhirnya Berpeluang Masuk & Lihat Ladang Gadong

  No comments    

 



KUALA LANGAT: Selepas hampir setahun negara digemparkan dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, pihak media akhirnya berpeluang memasuki Ladang Gadong, yang dipercayai menjadi lokasi pembunuhan kesemua mangsa.
Peluang itu hadir semasa mengikuti rombongan mahkamah yang terdiri daripada Hakim Datuk Akhtar Tahir, pihak pendakwaan dan pembelaan melawat lokasi penemuan bahan bukti dalam kes bunuh itu hari ini, bagi membolehkan mereka mendapat gambaran lebih jelas dan penerangan terperinci berhubung kes itu.
Sebelum ini, kawasan ladang itu dikawal ketat oleh pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.
Pintu masuk utama ke ladang yang menggunakan pagar kawalan automatik dibuka ketika 17 kenderaan yang membawa hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta pihak media tiba kira-kira 4.10 petang.
Rombongan yang turut diiringi tiga kereta peronda polis (MPV) sebelum itu turut melalui jalan masuk ke ladang yang terletak di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting di sini, yang sebahagiannya dinaiki air.
Selepas memasuki kawasan ladang tersebut, tinjauan mendapati ia kelihatan seperti telah lama ditinggalkan di mana rumput di kawasan sekitar ladang tumbuh meninggi dan lalang serta semak samun turut kelihatan di merata-rata tempat.
Turut kelihatan di dalam kawasan ladang berkenaan ialah beberapa bangunan yang menyerupai chalet di mana satu daripadanya terdapat beberapa sofa diletakkan di bahagian luar, rumah pekerja yang kosong serta gazebo yang ditumbuhi lalang dan tumbuhan liar.
Selain itu, beberapa bahagian ladang turut dinaiki air dan terdapat beberapa tapak semaian ditutupi jaring berwarna hitam di sepanjang laluan pintu masuk hadapan serta kandang-kandang binatang yang kosong.
Rombongan mahkamah turut dibawa ke bahagian belakang ladang yang juga mempunyai pintu masuk di mana kelihatan binaan seperti pintu gerbang yang berjaring di bahagian tengah ladang menghala ke tembok belakang dan beberapa binaan konkrit berbentuk empat segi di bahagian kiri ladang tersebut.
Ketika Hakim Akhtar, pihak pendakwaan dan pembelaan diberi penerangan oleh pihak polis, pihak media tidak melepaskan peluang merakamkan suasana dan keadaan di dalam ladang tersebut.
Rombongan mahkamah meninggalkan kawasan ladang pada 4.30 petang selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit.
Terdahulu, rombongan tersebut turut dibawa melawat ke lokasi penemuan bahan-bahan bukti dalam kes berkenaan iaitu di kunci tali air berhampiran Pasar Besar, Banting, sebuah sungai di Kampung Kelanang, Jambatan Sungai Endah di Kampung Endah dan Sungai Panchau.
Keempat-empat tertuduh dalam kes itu, bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan bagaimanapun tidak dibawa bersama mengikuti lawatan itu, yang bertolak dari bangunan mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada 2.30 petang.
Keempat-empat tertuduh kini sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Contest Blog Paling Kemas

  No comments    


Syarat-Syarat :

1. Follow blog Heart of Beauty iaitu blog Aishah untuk ketahui maklumat-maklumat tentang contest.
2. Buat entri tentang contest ni. Buat lah sesimple yang boleh. Ikut suka, kalau nak copy paste pun tak apa.
3. Hantar link entri kepada ruang komen.
4. Kalau rajin, tag la...
5. Letak banner dalam entri.

Tak susah kan...Hadiahnya ???

Tempat pertama ... Header pilihan sekiranya nak, name cursor kalau nak, shoutbox icon, bloglist
Tempat kedua..... cursor, shoutbox icon, bloglist

Hadiah akan ditambah insyaallah, sekranya mendapat sambutan yang menggalakkan. Tetapi sekiranya contestant kurang daripada 14, contest ini akan terbatal...

Kau Memang Bikin Aku Panas !!

  No comments    
salam..

perghhhh menyirap darah aku ase da cam gunung berapi jekk..
kau  **** memang la..tak boley buad baek langsung kan..memang dasar tak tahu na hargai pertolongan orang..pas 2 ko boley bersuka ria plak ea..adushhh asal la aku boley berkawan dengan orang macam kau nie ea..





kau da buad aku susah kau sedap-sedap jek bersenang lenang..subahanallah..astagfirulahalazim..mengucap panjang azni..tapi kalau koram jadi aku n berada dalam situasi aku sekarang mesti koram akan akan panas cam aku..tapi tak tahu la kalau aku je yang ase cam 2..


bayangkan hamba allah nie pernah berhutang tapi sekarang bermain tarik tali dengan aku sebab na mengelak bayar hutang..macam-macam la alasan dye bagi na mengelak..
adoyy menyesal aku tolong kau..dulu tyme na pinjam muka kau bukan maen 1sen lagi ea..sekarang kau da cabut lari berlagak cam banyak sangat duet beribu riban..
aku da tak bley saba..disebabkan kau la aku sangkut baya berukband aku nie tau..grrrrrr geram betul aku...









p/s : buad baek pn ne tipu jugak...

puasa + raya ! !

  No comments    
cik puan google
















puasa puasa..
yeay alhamdulillah..
akhirnya aku berjaya jugak 
menghabiskan puasa yang aku ta sengaja tinggal taon lepas..
lagi untung pagi tadi ade pak cik kat tempat keje aku 
bawak sample kue raya..
perghh sedap wooo,,
macam-macam ade..
kue tart,, kue suji kristal ,,kue mama green,,
kue almond london,,
almond bluberry,,almond strawberry..
besh besh besh..
memang sebijik cam raya la..
na plak pagi tadi kak baha bagi roti canai 
tapi makan nan rendang..
lagi la cam raya..
hehehehehe ...
sekarang misi aku na usaha puasa sunat palak..
hehehe..
koram doakan la aku berjaya 
melaksanakan taon ney ea..







nikmatnya hidup bila semua orang sayang 
dan suka berkawan dengan kita..
terima kasih  ! !
sayam koram . . 









p/s : aeney makan lua beramai-ramai. .
pekena nasi ayam special  . . . 
cmne na diet kalau asyik na makan jekk. . .

"SAYA NAK PROMOSI JUGAK"

  No comments    

salam ukhuwah..
aku sejak dua menjak neh suka sangat join ape2 segmen..
aku bukan ape..
saje na mendalami ilmu ilmu dalam berbelog neh..
eala kan..
aku neh baru je ag menceburi bidang neh..
hehehe..
ape kate koram pn join gak segmen yang kak niena kita neh..
koram boley kelik kat SINI..
jom ramai-ramai kita terjah belog kak niena..
aka neh jugak meniaga tau..
kalau ase na shopping 2  sesuai sangat la 2..
jom jom jom ..