#TipsPikatSuami : Masak Untuk Suami


Betul lah orang kata kalau nak pikat suami dengan air tangan isteri Insyaallah menjadi. hehehe selama 6 bulan berkahwin nie Azney adalah jugak masak untuk Erul.Tapi dalam banyak banyak menu yang Azney masak, Erul paling suka makan Sambal Sardin Goreng. "Pandaiiii ibu masak sardin " bertambah-tambah nasi kalau masak sardin. Kalau masak nasi 2 pot tue, boleh separuh periuk Erul sorang makan hahaha. Nampak sangat Azney pandai masak sardin je hahahaha .



Alhamdulillah sejak kahwin nie Erul memang tak banyak ragam, senang nak jaga makan pakai dia. Apa Azney makan Erul pun makan.  Menu yang paling simple makin Erul suka contohnya sambal ikan bilis belimbing buluh, Ikan bilis goreng bawang, dan ayam masak kicap. Tetapi Ayam masak kicap tak berapa lepas lagi sebab tak sama dengan yang mak mertua Azney masak walaupun rupa dah nampak macam ala-ala tapi tak rupanya hahaha.



Memasak nie tak susah pun sebenarnya, main campak-campak je tak payah beria sangat nak ikut ala-ala buku resepi tue. janji cukup bahan dan rasa okay lah tue. heheh Memasak nie seni tau. boleh diubah-ubah ikut kretiviti masing-masing. Sebelum berkahwin pun Azney mema dah selalu duduk dapur walaupun masak benda yang simple-simple. Buakan apa, puas sangat rasa bila kita masak dan ada yang makan apa yang kita masak.



Malu ?? memang malu bila mula-mula masak pastu nak jamu pada orang. tapi ketepi kan sebab apa guna housemate atau suami kan ? jadi tukang rasa lah . hahahaha. Penat ? mintak lah encik somi tolong kita di dapur. Bila berdua makin seronok untuk memasak kerana sambil memasak sambil menolong kemudian boleh berborak-borak. Tak rugi pun sebab boleh mengeratkan hubungan suami isteri adalah ! Kalau hujung minggu petang-petang kalau malas sangat untuk memasak, goreng je apa yang ada dalam peti cam contohnya keropok lekor ke, nugget ke, buat air kopi cicah biskut pun jadi ! heheh sekurang-kurangnya boleh dinikmati bersama-sama kan.



so pada isteri-isteri yang bekerja cam Azney nie cuba-cuba lah memasak walaupun kadang-kadang hehehe kerada dari kadang-kadang boleh jadi selalu kan. Tak salah pun kalau kita masak untuk suami kita sendiri. Mintak jauh suami kita cari orang lain hahahaha.



Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

1 comment:

  1. betul..
    Ustaz pun ada sebut, tawan hati suami dengan masakkan isteri...

    Sedap tak sedap belakang kira, yg penting layanan... baik punya...

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!