1) Apakah perbezaan Insuran Pihak Pertama & ketiga?
Undang-undang jalanraya Malaysia mewajibkan setiap kenderaan bermotor perlu memiliki perlindungan insurans pihak ketiga untuk melindungi kepentingan dan hak orang lain. bermakna, ada pihak yg akan menangung liabiliti akibat kecuaian pemegang polisi.
Contoh:
A - kereta A melanggar tembok rumah. tuan rumah boleh claim dari insurans pemilik kereta.
B - kereta A melanggar pejalan kaki. insurans akan menanggung kos perubatan dan gantirugi termasuk yang menyebabkan kematian dan kiraan nafkah hidup untuk mangsa.
C - kereta A melanggar kereta B. kereta B berhak membuat tuntutan pembaikan dan gantirugi dari insurans kereta A
sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan milik sendiri, maka pemilik tidak boleh buat tuntutan dari insurans sekiranya tidak mengambil Insuran Pihak Pertama (1st party) yang juga dikenali sebagai comprehensive/standard/lengkap. Ini bermakna selain dari pengguna lain, kenderaan milik sendiri turut dilindungi pihak insurans. Perlindungan komprehensif diwajibkan bagi kenderaan yang dibiayai secara sewa beli oleh pembiaya. Jika kenderaan sudah habis di bayar, pemilik ada pilihan untuk gunakan insurance 3rd party.
2) Sekiranya kereta saya dilanggar, apakah yang boleh saya lakukan?
Ada 2 cara untuk membuat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain. tapi MESTI lah ada keputusan polis bahawa orang itu bersalah. sekiranya dia disaman, bermakna dia bersalah. dan barulah anda boleh membuat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCB anda.
1. cara pertama ialah tuntutan pihak ketiga atau 3rd party claim. Anda baiki kereta anda, bayar dan gunakan resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini ialah anda boleh buat tuntutan loss of use. contohnya, kereta anda tersadai selama 20 hari di bengkel dan anda dibolehkan menuntut kerugian. contohnya sehari RM50 x 20 hari = RM1,000.
2. cara kedua dipanggil OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. Proses tuntutan sama iaitu anda claim pada insurans pihak bersalah TETAPI melalui syarikat insurans anda. Dalam pengertian yang ringkas, anda claim melalui syarikat insurans anda kerana lebih cepat dan kemudian syarikat insurans anda akan membuat tuntutan semula dari syarikat insurans pihak ketiga. NCB anda tidak akan terjejas.
3) Apakah NCB (Bonus Tanpa Tuntutan/ Non Claim Bonus)?
Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan memberikan anda bonus/diskaun.
Peratusannya adalah seperti berikut
1st year = 25%
2nd year = 30%
3rd year = 38.33%
4th year = 45%
5th year = 55% (maksimum)
NCB boleh dipindahkan mengikut pemilik dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yang lain.NCB juga boleh dipindahkan sekiranya anda membeli kereta baru.
Sekiranya anda membuat tuntutan, NCB anda akan hilang, maknanya anda perlu membeli insuran tanpa mendapat diskaun.
4) Apakah faedah Extension & hubungkait dengan NCD?
Perlindungan seperti banjir, windsreen dan accessories merupakan extension dari perlindungan komprehensif. Polisi insurans komprehensif tidak akan melindungi tuntutan disebabkan banjir, kecurian aksesori atau cermin pecah (melainkan pecah akibat kemalangan yang teruk). Begitu juga pokok tumbang akibat ribut @ uprooted trees melainkan pokok yg tumbang sendiri akibat struktur yg tua atau ditebang. Contoh-contoh Extension yang boleh ditambah pada polisi insurans komprehensif :
i. Windscreen
ii. Passenger liability - dalam kemalangan membabitkan kecederaan, keilatan kekal atau kematian, semua penumpang akan dilindungi oleh insuran.
iii. Damage other than accidents seperti
a. banjir
b. tanah runtuh
c. dahan pokok jatuh disebabkan ribut
Jika anda extend dan kemudiannya membuat tuntutan ianya tidak akan mengurangkan/menghilangkan NCB.
5) Apakah yang perlu disediakan untuk membuat tuntutan kemalangan?
Anda perlu menyediakan:
Dokumen Kemalangan
i. Salinan asal laporan polis
ii. Sketch map polis
iii Keputusan polis diperlukan sekiranya kita menuntut kerugian dari pihak ketiga (3rd party claim/Kemalangan jenis KFK)
iv borang tuntutan perlu diisi. selalunya dibuat oleh bengkel, pemilik cuma perlu tandatangan saja.
v. pemilik perlu membayar excess sekiranya ada.
Dokumen peribadi:
i. Salinan geran kenderaan
ii. Salinan policy insurance
iii. Salinan report police
iv. Salinan lesen memandu
v. Salinan I/C
vi. Salinan cover note (optional)
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!