PENJELASAN WANITA DIBELASAH SUAMI DALAM LIF – ‘SUAMI MARAH ANAK ENGGAN IKUT BERSIAR’



Nampaknya kes wanita dibelasah suaminya dalam lif kini sudah mendapat perhatian pihak berkuasa. Menurut sumber berita, polis kini sedang memburu lelaki berkenaan yang kini bertugas di Jerantut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Suami wanita berkenaan dikatakan berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, dan sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital. Katanya, suaminya itu memintanya agar memberi kefahaman kepada anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.

Penjelasan Mangsa Berhubung Kejadian Dibelasah Suami


“Saya sudah tiada perasaan lagi terhadapnya apatah lagi selepas dipukul. Saya dah tawar hati sebab itu saya tidak menangis ketika pukul,” katanya yang berusia 36 tahun mendedahkan selepas video dia dipukul seorang lelaki dalam Youtube, mendapat reaksi pelbagai pihak. Selain itu, dia juga bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan hingga menyebabkan dia mengalami kesakitan di kepala, muka dan paha kiri dalam kejadian itu.

Wanita itu berkata, kejadian berlaku di dalam lif di sebuah hospital swasta Bandar Perda, ketika dia dan dua anaknya berusia empat dan lima tahun mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.

“Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak supaya mengikutinya. Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut ummi dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami marah,” katanya dipetik dari BH Online.



Mangsa yang sudah tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun berkata, suaminya kemudian menampar mukanya beberapa kali, walaupun dua anaknya melihat kejadian itu. Sebaik pintu lif terbuka, dia pula ditendang suaminya di paha kiri sehingga terjatuh ketika mahu keluar.

Wanita berkenaan juga berkata, dia pernah meminta suaminya menceraikannya tetapi dia dicabar supaya pergi ke pejabat agama. Suami mangsa sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.


hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!