PERTUNANGAN DALAM ISLAM :)

  1 comment    
categories: ,
assalamualaikum..

sekarang memang musim orang bertunang ke..bukan apa dalam tempoh sebulan nie ramai yang bertunang nak nak kalangan kenalan rapat hehe tak lupa jugak tuan rumah sendiri kihkih..

okay jom nak share sikit dengan korang tentang pertunangan dalam islam..tadi saje search tentang kursus kawin tapi terjumpa pulak tentang nie..macam menarik je untuk kongsi hehe



hantaran DIY tuan tanah hehehe


1. Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan pertunangan?

Ikatan pertunangan ialah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.

2. Bagaimanakah pertunangan ini dijalankan?

Pertunangan ini biasanya dijalankan mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.

3. Bolehkah perjanjian pertunangan ini dibuat secara lisan atau bertulis?

Perjanjian pertunangan boleh dibuat secara lisan atau bertulis tetapi sebaik-baiknya perjanjian ini dibuat secara bertulis untuk memastikan hak-hak pihak-pihak dalam perjanjian terjamin.

4. Apakah syarat-syarat asas untuk pertunangan?

Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:

i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Apakah halangan-halangan untuk berkahwin?

Halangan untuk berkahwin ialah hubungan muhrim di antara lelaki dan perempuan yang disebabkan oleh keturunan, perkahwinan atau sepersusuan.

6. Apakah perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui dalam pertunangan?

Perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui adalah seperti:

i) Tempoh pertunangan.
ii) Jumlah mas kahwin.
iii) Jumlah hantaran perkahwinan.
iv) Belanja perkahwinan.
v) Cara atau bentuk pembayaran mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
vi) Tempat perkahwinan akan diadakan.
vii) Tuntutan gantirugi dan atau remedi-remedi yang boleh dituntut jika berlaku kemungkiran pertunangan.

7. Sekiranya pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan, bolehkah pihak perempuan mengambil tindakanundang-undang?

Ya, pihak perempuan boleh mengambil tindakan undang-undang jika pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan.

8. Apakah undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan?

Undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan ialah peruntukan Seksyen 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.


saje je letak gambar tuan tanah hehehe

9. Adakah anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan jika pihak lelaki memutuskan pertunangan tanpa sebab yang munasabah?

Ya,anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan sekiranya perkara tersebut dipersetujui pada masa perjanjian pertunangan dijalankan.

10. Apakah remedi-remedi lain yang boleh dituntut daripada pihak yang mungkir?

Remedi-remedi lain yang boleh dituntut:
i) Ganti rugi hantaran yang telah diberikan kepada pihak yang mungkir.
ii) Ganti rugi perbelanjaan langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan perkahwinan.
iii) Ganti rugi hadiah pertunangan.
iv) Lain-lain bentuk ganti rugi yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam ikatan perkahwinan.

11. Sekiranya pihak yang mungkir pada perjanjian pertunangan tidak mahu membayar gantirugi di atas, bolehkah tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang mungkir ?

Ya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang mungkir.

12. Bagaimanakah tindakan itu boleh diambil ?

Sekiranya anda berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang, anda adalah dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan daripada pengamal undang-undang.

sumber
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

Dinosour mungkin ada di Malaysia



Dinosour mungkin ada di Malaysia berjuta tahun lalu


Ahli kaji bumi tidak menyangkal dinosaur mungkin pernah hidup di Malaysia berdasarkan bukti daripada beberapa kawasan di negara ini dengan batuannya berusia Jura-Kapur antara 203 juta hingga 65 juta tahun lampau sesuai untuk haiwan purba berkenaan hidup.

Ini dikuatkan lagi dengan penemuan tulang femur kiri, dinosaur sauropod yang pertama ditemui di Khon Kaen di Timur Laut Thailand pada 1976 dalam batuan berusia Jura-Kapur.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abd Razak, berkata kawasan berusia Jura-Kapur dijumpai di Gunung Panti, Johor dan di Gunung Gagau yang bersempadan dengan Terengganu, Kelantan dan Pahang memberi keyakinan bahawa fosil dinosaur boleh ditemui.

“Bagaimanapun setakat ini kami belum bernasib baik untuk menemui fosil dinosaur kecuali fosil tumbuhan berusia Jura-Kapur yang hanya ditemui dalam lapisan batu pasir setakat ini”, katanya kepada media selepas melawat lokasi penemuan fosil tumbuhan kuno berusia antara 270 hingga 340 juta tahun berhampiran kawasan projek pembinaan Ampangan Paya Peda, Hulu Besut, malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan melakukan ekspedisi kajian di beberapa kawasan bagi membuat cerapan geologi untuk mencari fosil fauna termasuk flora lagi pada masa akan datang.

Yunus berkata, sejak 1974 beberapa kawasan dalam negara termasuk Sungai Chincin di Terengganu dan Panti di Johor dikaji tetapi hanya hasil fosil flora sahaja ditemui.

Beliau berkata, mungkin pihaknya akan mendapatkan pakar dari Thailand bagi mengesan fosil dinosaur kerana mereka berpengalaman melakukannya hingga menemuinya di negara mereka sebelum ini.

Katanya JMG dengan kerjasama Kumpulan Warisan Geologi Malaysia serta pakar geologi akan meneruskan kerja inventori, pencarian, pengelasan, penilaian dan penarafan berkaitan sumber warisan geologi di seluruh negara.

Katanya, usaha itu akan diteruskan dan hasilnya didedahkan untuk pengetahuan generasi akan datang. - Bernama, 28 Januar, 2014.


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

KITCHEN KING 6 PCS KNIFE SET

memandangkan sekarang nie ramai bebenor yang nak menamatkan zaman bujang kan..ada 1 barang nie amat sesuai untuk korang yang pening tak tahu nak bagi apa untuk bride to be hehe ..

KITCHEN KING 6 PCS KNIFE SET

memanag sesuai sangat lah bukan apa dorang yang baru mendirikan rumah tangga nie mesti tak de lagi kelengkapan dapur bagai nie.. selalunya orang akan bagi blender, kipas lah, dapur gas la. apa kata kali nie tukar selera bagi KITCHEN KING 6 PCS KNIFE SET pulak hehe lagipun corak dan warna pun menarik. ada 3 warna yang boleh dipilih Merah / Hijau / Purple .


kalau taknak bagi pengantin boleh bagi kat mak mak kita hehe bagus sangat kan nak nak kalau menantu bagi kat mertua confirm mesti suka..kalau anak bagi mak pun mesti suka jugak..dalam KITCHEN KING 6 PCS KNIFE SET nie ada 6pcs pisau lah kan .. meh tengok ada pisau apa sampai banyak sanga
1) 1 x 8" Chef knife
2) 1 x 8" Bread knife
3) 1 x 8" Carving knife
4) 1 x 5" Utility knife
5) 1 x 3.5" Paring knife
6) 1 x 3.5" Ceramic peeler


KITCHEN KING 6 PCS KNIFE SET nie jugak boleh buat hantaran kawen apa..haa dah dapat idea dah. nanti kawen letak KITCHEN KING 6 PCS KNIFE SET jelah..gubah hantaran pastu letak je atas hantaran .:)

harga?? alah murah je kot RM65 SM RM75 SS sekali postage. kat tempat lain yang jumpa lebih dari tue lagi tau :P











Kitchen King - Set Pisau Yang Cantik dan Tajam

**SILA AMBIL PERHATIAN, SET PISAU KITCHEN KING ADALAH STAINLESS STEEL, BUKAN SERAMIK"

100% Tajam.
Mata Pisau Stainless Steel yang tajam dan tahan lasak.
Corak pisau yang sangat menarik.

Setiap set mengandungi:
1) 1 x 8" Chef knife
2) 1 x 8" Bread knife
3) 1 x 8" Carving knife
4) 1 x 5" Utility knife
5) 1 x 3.5" Paring knife
6) 1 x 3.5" Ceramic peeler

Warna : Merah / Hijau / Purple

RM65 SM RM75 SS

SEKALI POSTAGE 


HOW TO ORDER??

Kindly proceed with payment n inform us ur details..tq!

PAYMENT METHOD :

1) MAYBANK: 156057512121 ZAIDATULAZNI BINTI SHAMSUDDIN

2) attach us da resit or any attachment to prove ur payment thru facebook, mms/whatsapp (important !! without resit i will NOT post ur item)

3) SMS/WHATSAPP to hotline 0199415976/0139345956 your details, provide name , address, hp no (upon purchase, u agree our term and condition)

                     ✅NAME:
                     ✅ADD:
                     ✅NO HP:
                     ✅ITEM:
                     ✅PAYMENT :(RM DATE & TIME)

WAJIB!!
Sila masukkan email kami di bahagian Recipient email untuk rujukan kami sekiranya anda menggunakan Online Banking 


TERMS & CONDITION

1) SETIAP PEMBAYARAN DIBUAT WAJIB DISERTAKAN SALINAN RESIT ( AMEK GAMBAR DAN SMS/WHATSAPP KE 0199415976/0139345956)

2) ORDER AKAN DI PROSES DLM MASA 1-2 HARI BEKERJA.

3) PAYMENT & ORDER SEBELUM 2 PM AKAN DI POS HARI YANG SAMA, PAYMENT AFTER 2 PM BRG AKAN DI POS KEESOKAN HARINYA.

4) 0199415976/0139345956 - THIS NUMBER ADALAH UNTUK SMS/WHATSAPP URUSAN PERNIAGAAN ONLY!! ANY PHONE CALL TIDAK AKAN DILAYAN!!
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

Pantai Timur catat suhu terendah dalam sejarah

  1 comment    
categories: , ,

Pantai Timur catat suhu terendah dalam sejarah

KOTA BHARU - Keadaan suhu sejuk dan mendung seharian mencetuskan suasana baharu yang tidak pernah dialami masyarakat negara ini.

Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata, penurunan suhu dan udara yang sejuk dialami beberapa daerah di negeri ini merupakan satu rekod baharu.

Menurutnya, daerah Kuala Krai mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah Celsius pada jam 7 pagi kelmarin berbanding 21.8 Celsius suhu purata.

“Penurunan suhu di Kuala Krai itu adalah yang paling minimum manakala Pasir Putih pula mencatatkan bacaan 19 darjah Celsius selain Kota Bharu dan Gong Kedak dengan purata 20 hingga 25 darjah Celsius.

“Di antara punca utama penurunan suhu itu ialah disebabkan tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat,” katanya.

Menurutnya, fenomena tekanan suhu dari China itu terjadi semasa monsun timur laut dan tiupan angin kencang tersebut berlaku apabila kurangnya awan terbentuk pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Semenanjung.

Beliau berkata, disebabkan penurunan itu penduduk di kawasan berhampiran pantai terutamanya akan mengalami suhu sejuk yang terlampau berbeza dengan keadaan biasa.

Dalam masa sama, Jenuwa berkata, amaran ketiga angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan pihak Meteorologi kepada nelayan dan orang awam bagi mengurangkan sebarang aktiviti pantai.

“Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Untuk rekod, suhu di tanah tinggi Cameron Highland purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di negeri ini mendapati keadaan cuaca sepanjang hari redup dan sejuk. Orang ramai dan murid-murid sekolah yang mengenakan baju sejuk di luar bangunan walaupun pada jam 11 pagi.

Seorang penduduk di Kuala Krai, Rosdi Ismail, 49, berkata, perubahan mendadak suhu sejak selepas banjir gelombang kedua begitu dirasai.

Menurutnya, kedudukan kampung berkenaan yang dikelilingi bukit menyebabkan kesannya begitu terasa.

“Setiap kali keluar rumah untuk ke tempat kerja saya akan memakai baju sejuk kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk sekarang,” katanya. Suhu di Besut 19 darjah Celsius

Suhu di kawasan Besut pula mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah Celsius pagi kelmarin, menjadikan ia rekod suhu terendah yang pernah dicatatkan di daerah itu.

Jenuwa berkata, suhu itu disifatkan sebagai satu rekod kerana suhu biasa yang dicatatkan paling minimum bagi dua kawasan itu sebelum ini hanyalah sekitar 23 darjah Celsius.

Katanya, daerah lain di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman mencatatkan sedikit penurunan iaitu sekitar 21 darjah Celsius berbanding hari biasa.

Selain itu katanya, Jabatan Meteorologi turut memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Menurut beliau, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

“Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya.

Seorang penduduk di Besut, Yusof Ali, 72, berkata, keadaan suhu sejuk dirasakan sejak beberapa hari lalu, memaksa dia memakai baju lebih tebal.

Menurutnya, seingatnya, kali terakhir suhu sejuk berlaku di daerah ini ketika dia berusia 15 tahun, kira-kira 57 tahun lalu dan tidak berlaku lagi selepas itu sehinggalah ia berulang sekarang.


SUMBER
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

Sedekah

  No comments    


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ﺑِﺴْﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah, Firman Allah SWT maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik,memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272) Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)



Hadis di atas menjelaskan bahawa selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.


Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.


Terdapat tiga kebaikan bersedekah iaitu :
1. Di panjangkan umur.
2. Mencegah daripada mati dalam keadaan teruk.
3. Dapat menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takbur dan membanggakan diri.


Huraiannya :
1. Di panjangkan umur.
Kita hidup di dunia ini telah ditentukan bila dan saat kematian tiba. Seseorang tidak boleh lari daripadanya, tidak akan di cepatkan dan dilambatkan barang sesaat sekali pun. Tetapi kenapa hadis ini menceritakan bahawa bersedekah itu boleh memanjangkan umur seseorang.? Nabi SAW ingin menjelaskan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Dia boleh memendekkan atau memanjangkan umur seseorang mengikut kehendak-Nya. Jika Dia reda dan kasih kepada hamba-Nya yang banyak bersedekah tidak sukar bagi Allah SWT merubah qadak dan qadar-Nya yang telah tertulis diLoh Mahfuz.


Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya urusan-Nya apabila dia mengkehendaki sesuatu dia hanya berkata kepadanya:"Jadilah!" maka terjadilah sesuatu itu." (Surah Yassin ayat 81).


2. Mencegah daripada mati dalam keadaan teruk.
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi)


Mati dalam keadaan teruk adalah kematian yang mengerikan, mendapat musibah dan kematian yang tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.Salah satu mati yang teruk adalah mendapat su'ul khatimah. Jika seseorang mendapat su'ul khatimah dalam akhir hayatnya maka kecelakaan dan keburukanlah yang akan menantinya dialam barzakh dan hari akhirat.


Su’ul khatimah (penyudahan yang buruk) adalah meninggal dalam keadaan berpaling dari Allah,berada di atas murka-Nya serta meninggalkan kewajiban dari Allah SWT. Su’ul khatimah ialah apabila sewaktu akan meninggal dunia seseorang dikuasai oleh perasaan was-was yang disebabkan keragu-raguan atau keras kepala atau mencintai keterlaluan terhadap kehidupan dunia yang akibatnya ia harus masuk ke neraka jika tidak diampuni oleh Allah SWT.


Sebab-sebab su’ul khatimah secara ringkas antara lain adalah perasaan ragu dan sikap keras kepala yang disebabkan oleh perbuatan atau perkara dalam agama yang tidak pernah dilaksanakan dan sentiasa membelakangkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, menunda-nunda taubat, banyak berangan-angan tentang kehidupan duniawi, senang dan membiasakan dengan perbuatan maksiat.


Tidak diragukan lagi, demikian ini akhir kehidupan yang menyedihkan, selalu dikhawatirkan oleh orang-orang yang bertaqwa.


Semoga Allah menjauhkan kita darinya.Terkadang nampak pada sebahagian orang yang sedang sakaratul maut, tanda-tanda yang mengisyaratkan su’ul khatimah, seperti:


menolak mengucapkan syahadah, justeru mengucapkan kata-kata buruk dan haram, serta menampakkan kecenderungan padanya dan lain sebagainya.

Di antara penyebabnya juga adalah rakus terhadap dunia, mencarinya dengan cara-cara haram, berpaling dari jalan kebaikan, serta terus-menerus melakukan perbuatan maksiat.


Terdapat beberapa faktor penyebab seseorang itu tergolong dalam golongan yang mendapat su’ul khatimah:

1. Mengabaikan ibadat sembahyang (solat fardu)

2. Tidak mahu mengeluarkan zakat bagi membersihkan hartanya

3. Derhaka kepada ibu bapa

4. Minum arak

5. Menyakiti orang Islam

6. Suka memecah-belah kaum muslimin

7. Suka mengurangi takaran dan timbangan

8. Suka menipu kaum muslimin

9. Menyusahkan dan mengelincirkan mereka

10. Suka mengaku-ngaku sebagai wali Allah atau juga mengingkari para wali-Nya


11. Melakukan perkara-perkara yang keji dan lain-lainnya Hidup sekarang ini penuh cabaran dan kita tidak tahu apa akan terjadi di hadapan kita. Setiap hari kematain berlaku dihadapan kita dengan kematian kemalangan jalan raya, mati dibunuh dan paling ditakuti adalah kematian berlaku seseorang itu dalam keadaan melakukan maksiat, nauzubilahiminzalik.


Perbanyakkan bersedekah dan memohon rahmat Allah SWT semoga diakhir hayat kita mendapat husnul khatimah dan dapat mengucap kalimah, "LAILAHAILLALLAH.


3. Dapat menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takbur dan membanggakan diri. 
Sesiapa yang melazimkan diri bersedekah dan tidak kikir daripada harta yang dimiliki Allah SWT akan campakkan dalam hatinya perasaan kasih sayang, lemah lembut, tenang, suka pada kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah SWT sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.


Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW :

"Sedekah mana yg lebih besar pahalanya?

Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sahabat yang di kasihi,

Marilah kita sama-sama mencari bekalan akhirat dengan membanyakkan bersedekah. Sedekah jariah yang diberikan untuk pembinaan sekolah-sekolah agama dan Maahad Tahfiz, rumah anak-anak yatim, masjid dan surau dan mewakafkan tanah perkuburun Islam maka semuanya adalah merupakan saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walau pun penyumbangnya telah meninggal dunia. Bukan setakat di alam barzakh sahaja mendapat kebaikan tetapi di Padang Mahsyar pula para dermawan akan mendapat perlindungan Arash Allah SWT ketika ramai umat manusia kepanasan yang amat dahsyat dan dijauhi daripada seksaan api neraka.
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

Air terjun Niagara Membeku

  No comments    
categories: ,
AIR TERJUN NIAGARA FALLS terkenal dunia setinggi 178 kaki yang ditebingi AS dan Kanada turut membeku tatkala Amerika dan Kanada dilanda musim sejuk paling sejuk sejak 40 tahun.

Di sesetengah tempat suhu mencecah -50 darjah celcius. Berikut disiarkan gambar NIAGARA FALLS dalam keadaan beku.










Picture: Reuters/Aaron Harris)
REF - http://metro.co.uk/2014/01/09/niagara-falls-frozen-in-time-as-arctic-chill-blankets-us-4255596/


Fakta tentang air terjun ini:


Air terjun Niagara (Bahasa Inggeris: Niagara Falls, Bahasa Perancis: les Chutes du Niagara) ialah satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanadadan negeri New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat dayaBuffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembarNiagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.

Air terjun Niagara sebenarnya terdiri tiga buah air terjun. Dua buah bahagian utama yang dipisahkan oleh Goat Island ialah Air terjun Horseshoe, yang terletak di bahagian sebelah Kanada, dan Air terjun Amerika, yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat. Satu lagi air terjun yang lebih kecil pula ialah Air terjun Bridal Veil yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat dan dipisahkan daripada air-air terjun utama oleh Luna Island. Sistem air terjun ini terbentuk apabila glasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin (zaman air batuterakhir) dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.[1]

Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan hidroelektrik. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an.






Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

♡ E-day : Azni & Hafiz 4114 ♡


Alhamdulillah ..


Dah jadi tunang orang dah.. Dah masuk 5 hari hehe ..Semoga pertunangan kami hingga ke jinjang pelamin.. Amin amin doakan yang terbaik untuk kami..Orang kata dugaan darah manes nie kuat..huish risau jugak lah dibuatnya.. Harap harap kami boleh lalui dengan baik..


Majlis berlangsung hari sabtu baru nie bersamaan dengan 040114.. Dengan 9 dulang hantaran dari pihak perempuan berbalas 7 dulang hantaran dari pihak lelaki..Oh ada special tentang hantaran sebab 100% buat sendiri tanpa minta bantuan dari sape sape..tetiba rasa kagum sebab mampu buat hehe..


sebelah lelaki tema warna oren sebelah perempuan warna biru pink hehe memang tak leh lari betul dari warna pink hehe




Pelamin aka backdrop hehe pun buat sendiri..jimat kos sebab tunang je kan.. Bunga bunga yang ada pada hantaran dan pelamin dari crepe paper dab tissue paper..bertungkus lumus siap kan sendiri tau hehe..alhamdulillah berjaya jugak..eh lupa nak bagitau jugak bunga tangan pun buat sendiri jugak hehe



Okay nie ada serba sedikit gambar dari orang lain sebab tuan tanah xsempat nak ambil gambar guna camera hp sendiri huhu..










InsyaAllah hujung bulan 8 nanti majlis besarnya..doakan yang terbaik untuk kami !! Amin amin amin ..


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.